24 Disember, Ahad
Happy Birthday to you~🎶
Happy Birthday to you~🎶
Happy Birthday, Happy Birthday🎶
Happy Birthday to you~~🎶Setelah lagu hari jadi habis dinyanyikan, seorang gadis kecil meniup lilin bernyala yang diletakkan pada keknya.
"Selamat hari jadi, to my dearest daugther, Yuki", ucap Ayah.
"Mak harap, Yuki akan jadi seorang gadis yang rajin dan berjasa kepada semua orang di masa yang akan datang nanti", kata Ibu.
"...Ayah, ibu... Yuki nak tanya sikit ni," kata gadis kecil yang bernama Yuki itu.
"Apa yang Yuki nak tanya kami tu?", tanya Ayah.
"Yuki nak tau kenapa ayah dan ibu bagi Yuki nama ni", tanya Yuki. Gadis berumur enam tahun itu bertanya.
"Hmm, kalau Yuki nak tau, mak dan ayah namakan Yuki macam tu sebabnya Yuki tu bermaksud salji", beritahu Ibu.
"Betul tu. Disebabkan salji turun tepat sewaktu Yuki lahir, jadi kami ambil keputusan untuk namakan awak 'Yuki'. Ayah dan mak percaya yang Yuki ni akan menjadi cahaya yang akan menerangi hidup ayah dan mak", beritahu Ayah.
"Kalau macam tu, Yuki akan buktikan pada ayah dan mak yang Yuki ni akan jadi penerangan kehidupan semua orang!" kata Yuki. Bersemangat.
"Dahlah tu. Jom kita makan sebelum makanan jadi sejuk", kata Ibu.
"Yuki nak potongan kek yang besar boleh tak?" pinta Yuki.
"Yuki boleh habiskan ke? Nanti kalau tak habis, membazir tau namanya", beritahu Ayah.
"Hehe, mestilah boleh!" kata Yuki. Matanya bersinar-sinar bila melihat potongan kek yang besar diletakkan ke dalam pinggan lalu diberi kepadanya. "Yay!!" ucap Yuki. Gembira.
YOU ARE READING
"Yuki"
RomanceAku, Miyakushi Yuki seorang senior dari kelas 5-1... "Tolong jadi kekasih saya, senior!" kata Kenji. "Baiklah", ucap Yuki. "EHHHHHHH??!", kata seluruh pelajar yang melihat kejadian tersebut. Apa yang dah jadi sebenarnya? Kenapa seorang...