Chapter 6: Beauty Contest

3 0 0
                                    

____________________________________

FUJI HIGH
BEAUTY CONTEST

Date: 15 July
Time: 09:00 a.m - 15:15 p.m
Venue:  School's hall

-Sila bawa pakaian anda sendiri
-Dilarang membuat baju yang menjolok mata
-Pakaian yang direka haruslah dipakai oleh penciptanya sendiri(peserta tersebut)
-Hadiah berjumlah 10000 Yen, sijil dan piala akan diberikan kepada pemenang.

p/s: sila ambil borang penyertaan daripada Mr. Karugawa

____________________________________

"Wei, Yuki... Apa kata awak masuk contest ni... Mana tau awak menang", beritahu Hitomi.

"Yelah, Yuki. Lagipun awak pandai menjahit", kata Haruka pula.

"Hmm... Tak nak lah. Saya malas nak menjahit buat masa ni. Saya nak fokus untuk exam kita nanti", kata Yuki selamba.

"Ehh, awak ni. Sekali sekala cubalah ikut pertandingan yang sekolah anjurkan tu. Dah lah dapat sijil dan piala, wang tunai bernilai 10000 Yen pun akan diberikan tau", beritahu Hitomi. Mereka kedengaran seakan-akan cuba untuk memujuknya.

"Hmm... Tengok lah dulu", kata Yuki. Acuh tak acuh. Dia kemudiannya berjalan pergi dari notis pemberitahuan tersebut. Rakan-rakannya hanya memerhatikan lenggok Yuki yang sedang menuju ke kelas.

Habis masa pertama waktu pembelajaran...

Yuki duduk berseorangan di dalam kelas. Haruka dan Hitomi menghilangkan diri entah ke mana. Tiba-tiba seorang pelajar wanita mendekatinya. Rambutnya berwarna coklat dan wajah gadis itu kelihatan sungguh comel.

"Ya? Apa boleh saya bantu?" tanya Yuki kepada gadis tersebut.

"Awak ni Yuki kan?" tanya gadis itu.

"Ya", jawab Yuki pendek. "Awak pula siapa?"

"Nama saya Mai. Dari kelas 3-3", saya datang ke sini sebab nak cabar awak dalam BEAUTY CONTEST ." kata gadis itu.

"Eh, malaslah. Baik saya belajar. Lagi baik", jawab Yuki.

"Malas ke atau awak takut~. Perempuan macam ni yang Rui pilih? Ceh, low standard betul", kata Mai sambil memandang Yuki dengan senyuman sinis terukir di wajah.

"Apa yang awak merepek ni? Saya tak faham lah", tanya Yuki.

"Awak ni pekak ke bodoh?", perli Mai.

"Entah. Tapi saya tahu yang saya lagi bijak dari awak", ucap Yuki. Dia memandang Mai tanpa sebarang ekspresi di wajah.

Kata-kata Yuki menyebabkan Mai berasa sakit hati.

"Hey! Awak tau tak yang Rui tu boyfriend saya! Dasar perempuan tak tau malu! Boyfriend stealer! Anjing betina! Dah takde lelaki lain ke yang nak dijadikan boyfriend selain boyfriend orang?" kata Mai. Geram.

Semua pelajar yang berada di dalam kelas itu memandang ke arah mereka. Terkejut kerana maki hamun yang dilemparkan oleh seorang pelajar junior terhadap seniornya.
Maki hamun Mai langsung tidak diendahkan oleh Yuki. Sebaliknya Yuki hanya merenung tepat ke wajah Mai. Kemudian dia menggerakkan bibirnya seperti ada sesuatu yang ingin Yuki kata kan.

"Bila?" kata Yuki.

"Sejak dua tahun yang lalu! Dia jadi boyfriend saya sejak dua tahun yang lalu okey?!", beritahu Mai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 30, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

"Yuki"Where stories live. Discover now