Hari Sabtu, Pukul 4:30 petang
"Maaflah saya terlambat", kata Yuki. Dia mengenakan baju T berwarna putih dan seluar pendek berwarna hitam. Ringkas.
"Takpa. Lagipun saya baru je sampai", kata Rui. "Kalau macam tu, jom kita pergi?"
"Okay", kata Yuki. Dia menyusuli langkah Rui menuju ke gerbang masuk sebuah fun fair...
Kelihatan banyak permainan yang boleh dimainkan di sana.
"Apa kata kita cuba main permainan tu?" ajak Rui. Dia menunjuk ke arah permainan yang dicadangnya iaitu permainan menembak.
"Awak pandai ke?" tanya Yuki. Seakan-akan memerli.
"Eh, mestilah pandai. Cuba senior tengok saya main. Nanti saya bagi senior teddy bear putih yang besar tu", kata Rui.
Mereka kemudian menuju ke arah permainan menembak itu. Rui segera memberi token kepada penjaga lalu mengambil sebatang senapang angin. Dia mengacukan senapang tersebut ke arah sasaran lalu melepaskan das tembakan.
Baang!
Sekali lagi das tembakan dilepaskan. Kedua-dua tembakan tersebut tersasar. Yuki tergelak kecil.
"Ahh, s-saya tak berapa sihat hari ni. Itu lah tembakan saya tak mengena", kata Rui. Gagap. Kelihatan wajah mulai merah menahan malu.
"Meh, sini. Biar saya yang buat", kata Yuki sambil mengambil senapang di tangan Rui itu. Hanya tinggal satu lagi tembakan. Yuki mengacukan senapang tersebut lalu melepaskan das tembakan. Tepat di sasaran.
"Oh, my-". Rui terpegun. Tidak pernah dia tahu yang gadis itu tahu menembak.
"Tahniah adik", ucap penjaga tersebut. "Nah, ini hadiah adik". Sebuah teddy bear besar diberikan kepada Yuki sebagai hadiah.
"Hebatnya senior. Dari mana senior belajar cara untuk menembak ni?" tanya Rui.
"Eh, sebenarnya saya pun belum pernah pegang senapang. Mungkin cuma nasib je yang tadi tu", kata Yuki.
"Oh, ye ke? Tapi senior memang hebatlah", puji Rui.
Yuki tersipu malu. Untuk seketika, Yuki mendiamkan diri. Tiba-tiba kedengaran bunyi penumpang yang menaiki sebuah roller coster menjerit.
"Apa kata kita naik roller coster tu!" ajak Rui.
"O-oh, boleh juga", kata Yuki.
Rui segera menarik tangan Yuki dan membawanya ke arah permainan roller coster tersebut.
DUB💓
DAB💓'Perasaan apakah yang hangat betul ni' fikir Yuki.
"Jom naik", kata Rui yang sedang duduk di bangku penumpang hadapan.
Yuki duduk di sebelah kiri Rui. Beberapa saat selepas Yuki memakai tali pinggang keselamatan, roller coster itu bergerak. Kedengaran suara penumpang-penumpang yang ketakutan.
"AHHHHHH!!" jerit Rui. Jeritannya kedengaran seperti perempuan.
Yuki hanya menikmati permainan tersebut...
Beberapa minit kemudian...
"Jom kita masuk ke dalam rumah hantu tu pula", ajak Yuki.
Kelihatan Rui yang pucat seperti orang kehilangan roh masih terduduk kaku di dalam roller coster itu.
"Hey, adik. Kenapa adik tak turun lagi? Adik nak naik permainan ni lagi ke?" tanya penjaga permainan itu.
YOU ARE READING
"Yuki"
RomanceAku, Miyakushi Yuki seorang senior dari kelas 5-1... "Tolong jadi kekasih saya, senior!" kata Kenji. "Baiklah", ucap Yuki. "EHHHHHHH??!", kata seluruh pelajar yang melihat kejadian tersebut. Apa yang dah jadi sebenarnya? Kenapa seorang...