Chapter 2: 16 years later...

7 1 2
                                    

Di kelas 5-1...

"Awak ni cold-blooded betul lah, Yuki", kata seorang gadis berambut pendek.

"Yelah, betul cakap Haruka tu. Cara awak bercakap pun macam takde emosi. Pastu semua lelaki yang buat love confession kat awak termasuk Class President awak reject. Memang padan awak dipanggil  'Ice Princess' oleh semua orang", kata seorang gadis yang berkaca mata.

"Saya bukannya apa Hitomi. Tapi saya rasa saya tak sedia lagilah nak layan permainan yang bergelar 'cinta' ni. Lagipun, saya nak pastikan harapan mak dan ayah saya tercapai", beritahu Yuki.

"Tapi perasaan manusia tak boleh di tahan Yuki... Manusia bukannya robot yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Saya pasti yang suatu hari nanti awak akan jumpa seseorang yang berjaya menawan hati awak", kata Hitomi. Gadis berkaca mata tersebut.

"Hmm, kita tak pasti lagi. Mana tau yang saya ni ditakdirkan untuk hidup seorang diri", kata Yuki. Cuba untuk membuat lawak.

"Kalau macam tu, maksudnya awak ni akan jadi anak dara tua lah", perli Haruka.

"Mungkin", kata Yuki.

Tiga sekawan yang makan bersama itu ketawa. Hanya Haruka dan Hitomi lah kawan sejati yang masih setia untuk berkawan dengan Yuki. Kawan-kawannya yang sebelum ini telah pergi meninggalkan Yuki sendiri selepas kejadian 15 tahun lalu. Walau bagaimanapun, Yuki masih bersyukur kerana masih mempunyai dua orang kawan sejati bersamanya. 'Korang berdua sudah cukup untuk saya', kata Yuki di dalam hati.

"Hei, Yuki... Awak nak tak sandwich tu? Kalau tak, boleh tak awak bagi saya?", tanya Haruka.

"Isy, awak ni, Haruka. Tak baik tau minta makanan orang", tegur Hitomi.

"Takpe. Ambillah. Lagipun saya dah kenyang", kata Yuki.

"Betul ke ni?! Awak tak main-mainkan? Kalau macam tu, thank you!!!", kata Haruka. Riang. Dia mengambil sandwich Yuki lalu memakannya.

"Hey, janganlah gelojoh", kata Hitomi.

"Haha", gelak Yuki.

Yuki memandang ke arah langit Kelihatan beberapa ekor burung berterbangan bebas. Betapa indahnya dunia ini.

"Hey, Yuki. Jomlah kita masuk kelas", ajak Hitomi.

"Oh, ok", kata Yuki.

Mereka bertiga berjalan pergi dari bumbung sekolah yang di khaskan untuk menjadi kawasan tempat makan para pelajar.

"Yuki"Where stories live. Discover now