Kelihatan ramai pelajar yang mengerumuni luar kelas 5-1. Suasananya sungguh riuh seperti berada di pasar ikan.
"Apa yang dah jadi ni?" tanya Hitomi kehairanan.
"Entah", jawab Haruka.
"Eh, kat sana ada ruang kosong. Jom kita pegi sana, mana tau boleh nampak apa yang terjadi", kata Hitomi.
"Kat ma-- ? Eh, apasal pula awak tarik tangan saya ni?" tanya Haruka.
"Hisy, awak tu yang lambat bertindak.", jawab Hitomi sambil membawa Haruka ke ruang yang dimaksudkannya tadi.
"Huh, itukan Yuki. Dia dapat love confession lagi ke?" kata Haruka apabila mereka tiba di ruang kosong tersebut.
Kelihatan Yuki dan seorang lelaki berambut hitam berada di dalam kelas itu.
"Awak ni siapa?" tanya Yuki.
"Saya, Yamashiro Rui dari kelas 3-2", kata lelaki berambut hitam itu.
"Pelajar junior rupanya... Kenapa awak datang nak jumpa saya ni?" tanya Yuki lagi.
"Senior, saya dah lama suka kat senior. Tolong jadi kekasih saya, senior Yuki!" luah Rui sambil menghulurkan sepucuk surat.
Yuki mengambil surat tersebut lalu membacanya.
"Haha, mesti akan kena reject lagi", kata seorang pelajar lelaki.
"Yuki ni popular betullah. Sampai saya pun rasa cemburu sebab hampir semua pelajar lelaki kat sekolah ni suka kat Yuki. Handsome pula tu", kata seorang pelajar perempuan.
"Memang patutlah semua lelaki suka kat Yuki... Dah lah pintar, cantik pula tu. Kalau saya ni lelaki, mesti saya pun tertarik pada dia", kata seorang gadis berambut coklat.
"Nampaknya ada lagilah muka beruk sebab menangis kena reject", perli rakannya.
"Baiklah", kata Yuki. Tenang.
"Kan saya dah kata yang dia akan kena re--", kata seorang lelaki berambut kuning. Kata-katanya terhenti seketika.
Keadaan senyap buat seketika.
....
"EEHHHHHHHHHHH??!!!!" kata seluruh pelajar yang melihat kejadian tersebut.
Sukar untuk dipercayai. Seorang gadis yang diberikan gelaran 'Puteri Ais' oleh semua orang menerima seorang junior sebagai kekasihnya.
"Betul ke ni? Kalau macam tu kita jumpa lepas sekolah nanti ye. Awak tunggu saya di kelas ni", kata Rui. Riang sambil berjalan keluar dari kelas.
"Okay", jawab Yuki. Ringkas. Semua pelajar melihat mereka dengan penuh hairan.
Hitomi dan Haruka segera berlari untuk mendapatkan Yuki.
"How??? Tell me what happen? Did you really accept his confession? Tell me everything!", kata Haruka sambil menggoncang tubuh Yuki. Tidak percaya.
"Weii, sabar. Tengok Yuki tu, pening dah sebab awak asyik goncang je dia dari tadi", kata Hitomi. Cuba untuk menghentikan Haruka.
"Oops, sorry", ucap Haruka. Dia melepaskan tubuh Yuki.
"Jadi apa yang sebenarnya dah jadi tadi?", tanya Hitomi.
"Yelah. Bagi tau lah kitorang", kata Haruka.
"Hmm... Yelah. Cuba korang baca ni", kata Yuki sambil menghulurkan sepucuk surat kepada mereka berdua.
______________________________________
Senior, maaflah tapi boleh tak senior tolong saya. Tolong terima confession saya ni. Saya buat macam ni sebab Ex saya tak nak lepaskan saya pergilah... Dia kata kalau saya berjaya diterima oleh senior, dia akan lepaskan saya. So, saya harap senior boleh bantu saya.
-Yamashiro Rui; 3-2
______________________________________
"Oohhh, macam tu rupanya", kata mereka berdua sambil memulangkan semula surat itu kepada Yuki.
"Hmm, begitulah", kata Yuki.
KRIIINGGGG~~🔔
"Eh, loceng dah bunyi tu. Jom kita duduk kat tempat masing-masing", ajak Yuki sejurus sahaja loceng berbunyi.
Semua pelajar kembali ke kelas masing-masing. Pelajaran dijalankan seperti biasa. Macam tiada apa-apa yang berlaku.
Masa berlalu dengan pantas. Kini tibanya waktu untuk pulang. Seperti yang diminta oleh Rui, Yuki menunggu ketibaan Rui di kelasnya.
Angin bertiup lembut. Menerbangkan rambut Yuki yang terlelap kerana penat menunggu.
"Huh...?" kata Yuki. Mamai. Dia terjaga apabila merasa seperti kewujudan seseorang.
Kelihatan Rui sedang duduk sambil memerhatikan Yuki.
"Seronok tidur?" tanya Rui. Dia tersenyum kecil.
.....
Yuki kaku. Keadaan menjadi sepi untuk seketika.
"Uh, awak nak tisu?" tanya Rui lagi. "Tu ada sesuatu kat muka awak".
Yuki menyentuh wajahnya. Kelihatan bekas air liur tertinggal di pipinya. Muka Yuki mulai merah. Dia segera memalingkan wajahnya daripada pandangan Rui. Malu.
"Haha", tawa Rui. Dia tertawa kecil. "Cute".
"Wha-- what do you mean?" tanya Yuki. Gagap. Mukanya masih lagi merah.
"Saya tak tau pula yang gadis bergelar 'Ice Princess' ada perasaan", kata Rui. Seakan-akan memerli.
Kata-kata Rui itu tepat mengena di wajah Yuki.
"Hey, Of course I have a feelings. I'm a human to, okay?" kata Yuki dengan nada yang keras.
"Hmm, betul juga tu", kata Rui.
"Apa-apapun, kenapa awak nak jumpa saya? Mana ex awak?" tanya Yuki.
"Dia tak pegi sekolah hari ni", jawab Rui.
"What?! Are you kidding me? Jadi awak nak saya stay kat sekolah just for nothing?" kata Yuki. Marah.
"Chill... Since we are now together, how about we use this opportunity to go on out first date", cadang Rui.
"Huh? Date? Binatang apa tu?" tanya Yuki. Baru kali ini Yuki mendengar perkataan tersebut.
"Awak tak tahu maksud 'date'? Betul?", tanya Rui. Macam tidak percaya.
Yuki mengangguk tanda mengiyakan. Rui menghela nafas panjang lalu melihat ke arah Yuki.
"Awak ni memang tak tahu apa-apa mengenai cinta kan...", kata Rui. Tiba-tiba.
Yuki mengangguk. Dia kemudiannya melihat tepat ke arah mata Rui.
"Kalau macam ni, sepanjang kita bersama... Biar saya yang ajar awak erti sebenar cinta", kata Rui. Dia tersenyum manis.
DUB DAP💓
DUB DAB💓'Perasaan apakah ini?' bisik Yuki sendiri. Yuki memandang tepat ke arah mata Rui. Tiba-tiba mukanya terasa panas. Cepat-cepat dia memalingkan wajahnya yang mulai merah itu.
'Bukan dia cuma nak minta bantuan saya ke? Kenapa saya rasa yang dia ni cuma nak ambil kesempatan untuk rapat dengan saya je', fikir Yuki.
"Jom!" ajak Rui sambil menghulurkan tangan.
"Huh? Maksud awa--", kata Yuki. Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, tangannya telah ditarik oleh Rui. "Ehhh, awak nak bawa saya pegi mana pula ni".
"To our first date", beritahu Rui.
Yuki membisu. Dia hanya menyusuli langkah Rui. Hatinya mulai berdegup kencang. 'Ahh, perasaan ini lagi' fikir Yuki sendiri.
Mereka berdua berjalan meninggalkan kawasan sekolah untuk menuju ke suatu tempat. Suasana begitu indah. Sepertinya dunia merestui hubungan mereka berdua.
[A/N: sorrylah sebab story author ni serabut sangat. Author masih belajar nak tulis story² mcm ni😅. Klau ada salah dan silap author nak minta maaf ye🙃. Anyways, see you in next chapter( ╹▽╹ )]

YOU ARE READING
"Yuki"
RomantizmAku, Miyakushi Yuki seorang senior dari kelas 5-1... "Tolong jadi kekasih saya, senior!" kata Kenji. "Baiklah", ucap Yuki. "EHHHHHHH??!", kata seluruh pelajar yang melihat kejadian tersebut. Apa yang dah jadi sebenarnya? Kenapa seorang...