para para pelajar di dewan itu berdebar menunggu nama mereka dipanggil . hari graduasi universiti inilah hari yang paling dia tunggu.
" kau berdebar ke , hwang areum? " tangan areum disentuh dan dia menoleh kearah rakan karibnya , lalisa.
" mestilah! kau ingat aku tak berdebar? dahlah ini kali terakhir kita akan berjumpa , semua benda dekat universiti ni akan berakhir. " lalisa tergelak . areum memang penakut orangnya.
" major in fashion design , hwang areum. " yang lain menepuk tangan dan areum mula berdiri. berjalan naik ke pentas.
areum tersenyum memandang kamera sambil memegang bunga dan segulung ijazah.
akhirnya , aku dapat capai impian aku. untuk ke france , dan lanjutkan pembelajaran disana. namun , semuanya musnah bila dia–
×××
pada malam itu , universiti mereka mengadakan satu parti. untuk meraikan kejayaan pelajar yang graduate.
" areum , congrats. nak sambung belajar kat france right? mesti kau tinggal aku lepasni kan? " areum tersengih memeluk lalisa.
" kau ni. aku pergi pun aku balik lah. bukannya aku tak balik langsung. " mereka berdua tergelak.
" sayang. " areum tersenyum saat lelaki itu datang. lisa memandang teman lelaki areum dengan jelingan.
" aku pergi sana dulu lah. taknak lah kacau right? " dia menepuk bahu teman lelaki areum , nakamoto yuta.
" nah. yuta ambikkan air tadi. "
" gumawo. " gelas wine mereka dilagakan. dalam diam yuta tersenyum sinis melihat areum meneguk wine anggur yang dia sudah campurkan dengan sedikit serbuk.
beberapa minit kemudian ,
" yu–yuta. jom balik? tiba - tiba rasa mengantuk lah pulak. lewat sangat pun tak boleh. nanti omma marah. " yuta tersenyum dan memegang bahu areum.
" arraseo. jom kita balik ya? "
×××
namun semuanya musnah ,
PAP!
" macam mana kau boleh jadi macamni areum? aku tak pernah ajar kau untuk buat perkara macamni! " areum yang hampir jatuh terus dipeluk oleh nakamoto yuta.
teman lelakinya.
" aku tak kira! aku nak kamu berdua , selesaikan hal ni sendiri! pandai pandailah kau betulkan silap kau! " puan hwang terus berjalan masuk kedalam bilik dengan perasaan yang marah.
" yuta , macam mana ni? saya– baby ni. pelajaran saya macam mana? " yuta memegang kedua-dua belah bahu areum .
" gwenchana , kita kahwin. yuta akan bertanggungjawab. tapi dengan syarat , areum perlu tangguhkan dulu flight ke france okay? " areum menggelengkan kepalanya.
tak mungkin dia kena tangguhkan.
" tapi itu impian areum , yuta. " yuta memeluk gadis itu erat. dia tahu areum memang sudah lama ingin ke france .
tapi apakan daya? takkan dia nak biarkan areum kesana dalam keadaan mengandung? lagi pula , bayi yang areum kandung juga anaknya.
" jan–janji tau? jangan tinggalkan areum , yuta ? " yuta tersenyum dan mengusap rambut hitam areum dengan lembut.
" ya yuta janji. kita kahwin dan hidup bahagia sama - sama ya , areum? "
akan tetapi , saat dia menyedari yang semua itu hanya sekadar dusta . hatinya hancur .
" macam mana boleh jatuh? "
" tak tahu mama. dia ada dalam bilik air pagi tadi. lepastu dia menjerit panggil yuta. tengok - tengok dah jatuh. "
" anak saya dah tak ada ke , yuta? " yuta mengusap belakang badan areum untuk menenangkan isterinya itu.
" gwenchana. bukan salah sayang ya? yuta selalu ada dekat sini. jangan salahkan diri sendiri . mungkin dia tunggu kita dekat syurga kan? " badan suaminya dipeluk erat. segala tangisan dilepaskan di dada yuta.
dia cuma ada lelaki ini. tiada yang lain. puan hwang tidak mahu berjumpanya lagi. katanya dia malu mempunyai anak seperti areum.
" dah dah jangan nangis ya? i'm here. and i'm sorry sebab biar sayang masuk tandas seorang diri pagi tadi. "
areum rasa beruntung mempunyai seorang suami seperti yuta. yuta begitu menyayangi dirinya. hendak turun ke dapur pun , areum akan dia angkat dahulu.
" yuta , boleh ambilkan telefon saya? ada dekat dalam kereta rasanya. saya nak telefon lisa. " yuta mengangguk dan berjalan keluar dari wad areum.
" mama dengar doktor cakap kau dah tak boleh mengandung. " areum mengetap bibirnya.
" bukan tak boleh ma. doktor cakap yang peluang tu tipis– "
" jangan pernah buat yuta merana , kau faham? kalau kau tak mampu bagi dia zuriat dan bagi aku cucu , kau jangan harap aku akan layan kau baik - baik lepasni. " areum terdiam.
" kau ingat dia nak sangat kahwin dengan kau? dia kahwin tu sebab nak tutup malu kau! sekarang? semua salah kau . tak pandai jaga diri! " puan nakamoto terus berjalan keluar dari wad areum.
areum menekup mulutnya . tangisan tidak henti-henti mengalir. selama ini , dia memang dilayan dengan teruk oleh mama yuta. namun yuta tidak mengetahui hal tersebut.
" sayang , phone awak tak ada bateri lah. saya charge dalam kereta tadi. lapar tak? yuta pergi beli makanan ya? " areum mengangguk tanpa menunjukkan wajahnya.
dia tak mahu yuta tahu dia menangis , kalau tidak yuta akan menyoal dirinya tidak ubah seperti seorang polis.
" sayang tunggu kejap tau? " yuta berlari keluar dari wad untuk ke cafe.
dia begitu sayangkan areum .
entahlah , areum yang fikir begitu. bagi yuta pula?
tbc
heheks! korang nak dina bagitahu tak how the drama goes? atau nak buat teori sendiri? vomment ❤️
YOU ARE READING
[OG] SWEET REVENGE ; jeong jaehyun
Romance; why did i met you? and why did i met him? hey , enjoy my sweet revenge. ❝ let's do this together , darling. your sweet taste belongs to me , hwang areum. ❞ - jeong jaehyun. start ; twenty of july , 2020 . end ; one day . ©️ yukheiamorist original...