"Meow.. Meow.."
Kening Gempa terangkat sebelah apabila gegendang telinganya mendengar suara kucing jantan mengiau di sebelahnya. Dia toleh dan mendapati Halilintar baru sahaja melabuh duduk di sampingnya. Wajah suaminya ditatapnya hairan. Keruh sahaja wajah kacak itu.
"Linlin dah kenapa? Macam kucing jantan nak mengambang aje.. Aduh!"
Gempa mengaduh sakit apabila dahinya di jentik oleh Halilintar.
"Biadab."
"Habistu?"
"Aku.."
Dahi Gempa makin mengerut, tatkala mendapati wajah Halilintar berubah merah.
"Awak demam? Wajah awak merahlah, sini saya nak periksa suhu awak."
Baru sahaja Gempa mahu melekapkan telapak tangannya pada dahi Halilintar, tangannya sudah ditepis.
"Bukan lah. Aku tak demam lah."
"Dah tu?"
Halilintar mencuit-cuit bahu Gempa.
"Ishh awak kenapa sebenarnya?"
"Meow.. Aku.. Aku lapar.."
"Lah! Sebab lapar aje, tapi perlu ke buat suara kucing jantan nak mengambang? Gedik aje bunyinya."
"Biarlah, habistu masa kau nak goda aku tu bukannya kau buat suara macam tu ke? Siap buat muka kucing yang minta penampar aje."
Sepasang suami isteri itu saling menjeling antara satu sama lain. Tidak puas hati.
"Tch! Awak nak makan apa?" Malas mahu memanjangkan pergaduhan mereka, Gempa terus tukar topik.
"Ikutlah, tapi kalau kau nak jadi makanan aku pun tak apa. Lagi spesial kan."
Bugh!
Halilintar mengaduh sakit, sebaik sahaja kepalanya mendapat pukulan sayang daripada Gempa.
"Sakitlah, kau nak jadi isteri durha.."
Mulut Halilintar terkatup rapat, apabila Gempa mencium bibirnya. Terkebil-kebil matanya. Dia pandang Gempa yang tersengih.
"Sorry, sengaja."
Bebola mata Halilintar terguling ke atas. Menyampah.
"Saya ke dapur dulu."
Gempa angkat punggungnya dan mahu berlalu ke dapur, akan tetapi tangannya dipegang Halilintar. Gempa berbalik.
"Gem, one more again."
"Ha?"
Gempa mengerjap kelopak matanya, blur. Dia melihat Halilintar yang sedang melekapkan jari telunjuk pada bibirnya sendiri. Suaminya dah kenapa? Apasal pelik sangat perangai dia hari ni?
"Kiss me, more, more, more, more and more. I want more, more, more and more. I want you kiss me more, more, more and more..."
Halilintar mengetuk bibirnya, seolah mengisyaratkan Gempa untuk memberikannya sebuah ciuman. Tidak lupa juga dengan kerlingan matanya yang seolah mahu menggoda itu.
Wajah Gempa berona merah, mahu keboom rasanya jantungnya kerana terlalu laju berdegup.
"Omaigad, aku nak pengsan kejap boleh? Ni tak baik untuk kesihatan jantung aku, lebih baik aku ke dapur sekarang."
Halilintar terpinga-pinga apabila Gempa melarikan diri ke dapur sambil mengipas wajahnya yang tampak seperti tomato masak. Merah bakhang!
Gelak kecil tercetus dibelah bibir Halilintar.
"Tch, tu baru aku goda sikit tapi dah mengelabah tahap babun. Kalau aku goda lebih? Mesti dah arwah."
Tbc...
YOU ARE READING
Tsundere Husband (HaliGem) [C]√
Romance"Sedingin-dingin dia, mesti akan mencair juga seperti aiskrim kan?" "Misi goda Mr. Thunderstorm. Goda dia habis-habisan, kalau boleh setiap hari, jam, minit dan saat. Sampailah dia sendiri yang tertunduk pada aku." Warning! Yaoi! Uke!Pregnant Don't...