Beberapa bulan kemudian...
"Akhirnya! Exam telah pun tamat! Habis sudah waktu stress kita dalam menelan buku sekolah."
"Betul tu! Jom berseronok malam ni!"
Gempa hanya memandang rakan sekelasnya yang begitu lapang dada kerana ujian akhir tahun mereka telah pun habis. Bermaksud hari ini juga sudah menjadi hari terakhir mereka di sekolah. Kini mereka bersaran dari zaman persekolahan dan menunggu masa untuk menuju ke gedung universiti.
Gempa tersenyum. Dia mengemas peralatan belajarnya yang dia guna untuk menjawab soalan daripada matapelajaran sejarah.
Tanpa Gempa sedar, ada satu pasang mata melirik ke arahnya.
Halilintar mengalas beg dan berjalan keluar dewan peperiksaan.
"Hali tunggu!"
Langkah Halilintar terhenti, dia membalikkan tubuh. Dia hanya memandang datar ke arah Gempa yang sedang berlari menghampirinya.
"Hali.."
Si empunya nama hanya diam dan memerhati Gempa yang kini sudah berdiri tegak dengan kepala mendongak memandang ke arahnya.
"What?"
Gempa mengetel tali begnya, bibir bawahnya digigit.
"Tch! Buang masa."
Halilintar berdecit. Baru sahaja dia mahu berbalik, tangannya dipegang oleh Gempa.
"Tu...tunggu.. Kau.. Malam ni kau free tak?"
"Asal?"
"Hmmm, aku nak ajak kau keluar. Boleh?"
Halilintar merenung Gempa dalam-dalam, membuatkan Gempa menjadi salah tingkah. Merah padam mukanya kerana ditenung begitu.
"Ok." kata Halilintar lantas dia beredar begitu sahaja, tanpa mendengar balasan Gempa.
Gempa sudah tersenyum lebar, apabila mendengarkan itu.
"Thanks Hali! Jumpa malam ni!" jerit Gempa sambil melompat-lompat kecil.
Senyum kecil terukir dibibir Halilintar.
"Dasar setan kecil."
•••••
Gempa menilik dirinya dicermin solek. Dia tersenyum puas apabila penampilannya sudah dirasai cukup sempurna.
"Gempa! Kawan kamu dah datang ni."
"Kejap!!"
Dengan keadaan kalut dan ceroboh, Gempa mencapai jaket hitam serta dompet.
Dia memasukkan dompet ke dalam poket seluar, lalu jaket hitam dia pakaikan pada tubuh.
"Awal dia sampai, baik aku cepat. Sudahlah mamat tu jenis baran, nanti dia lari balik pula sebab aku lambat. Haish, dia tu bukannya boleh buat main."
Keluar sahaja daripada rumah, Gempa mendapati Halilintar sedang berpeluk tubuh sambil memandang ke arah langit malam.
Gempa segera mendekati Halilintar yang berdiri di tengah laman rumahnya.
"Lambat." ucap Halilintar dingin.
"Sorry." Balas Gempa sambil mengaru belakang kepalanya.
Halilintar mengalihkan pandangan matanya ke arah Gempa.
"Sudah jom."
"Okey."
Halilintar menaiki motor ninja merahnya, helmet dikenakan. Sebuah helmet satu lagi diberikan pada Gempa.
"Naiklah."
Gempa mengangguk sambil mengenakan helmet dengan susah payah, usai sahaja dia menaiki motor dengan berpegangan pada bahu Halilintar.
"Dah?"
"Dah!"
"Berpeganglah dengan erat, kalau kau tak nak jatuh."
"Kenapa pula.. Huarghh!!!"
Nasib baik Gempa dengan cepat memeluk erat pinggang Halilintar, jika tidak sudah dipastikan dia akan jatuh ke jalan bertar itu.
Halilintar menambahkan kadar kelajuan motornya, membelahi jalan raya yang tampak sedikit lenggang pada malam itu.
Dia tersenyum senget apabila Gempa makin mengeratkan lagi pelukan pada pinggangnya.
Dia sengaja hehehe...
Tbc..
Sudah hampir ke penamat... UwU...
Ohya, aku pub cite baru... Hshshsh
Ada yang berminat👆🏻? OwO
YOU ARE READING
Tsundere Husband (HaliGem) [C]√
Romance"Sedingin-dingin dia, mesti akan mencair juga seperti aiskrim kan?" "Misi goda Mr. Thunderstorm. Goda dia habis-habisan, kalau boleh setiap hari, jam, minit dan saat. Sampailah dia sendiri yang tertunduk pada aku." Warning! Yaoi! Uke!Pregnant Don't...