Bab 3: Peneman Baru

5 0 0
                                        

        Demam Julia mulai kebah dan dia akhirnya dibenarkan pulang ke rumah dengan kebenaran pihak hospital. Sampai sahaja di rumah Julia mulai kembali aktif seperti dirinya yang dulu meskipun di nasihati untuk berehat namun Julia berdegil untuk melakukan kerja di rumah pada hari itu mungkin juga akibat rasa serba salah kepada ibunya kerana seharian ibunya buat kerja.

   Julia juga sudah mulai membantu ibunya mengemas rumah,mencuci kain,sapu rumah dan sebagainya. Kelihatan dari jauh, Puan Jess sedang memerhatikan anak perempuannya. Bukan dia tidak biasa melihat Julia melakukan kerja namun melihat Julia seakan-akan seperti manusia namun tidak bernyawa membuatkan hatinya retak. 

        Meskipun, Puan Jess tidak mengatakan apa-apa dia tahu apa yang sedang Julia alami cuma Puan Jess tahu dia juga ada batas untuk masuk campur di dalam kehidupan anaknya. Apa yang dia tahu,dia hanya boleh memberikan kata-kata semangat dan kasih sayang kepada Julia saat ini.

  "Julia,sayang. Mari sini kejap,"panggil Puan Jess. "Ya?,"jawab Julia tersenyum kelat. "Lepas ini, Mimi dan Rafiq akan datang. Mereka kata mahu bawa kau jalan. Pergi sana bersiap. Biar ibu yang selesaikan yang lain,"kata Puan Jess mengusap rambut anaknya. 

    Puan Jess melihat tepat ke mata Julia namun kosong seperti tiada jiwa kelihatan. "Tapi bu tinggal sikit ini,"kata Julia kesian akan ibunya yang sedari tadi buat kerja. "It's okay. Ibu boleh,"kata Puan Jess. Mahu tidak mahu, Julia naik ke atas dan bersiap. Dia cuba untuk memujuk ibunya untuk memberikan dia melakukan kerja tetapi Puan Jess berkeras ingin dia ikut Mimi dan Rafiq.

    Tidak lama,kemudian kedengaran bunyi loceng rumah menandakan ada orang. Puan Jess segera ke depan pintu dan menjemputkan Mimi dan Rafiq masuk ke dalam. "Auntie,"kata Mimi dengan nada manjanya. Puan Jess tersenyum dan memberi pelukan erat. Rafiq juga turut tersenyum dan membiarkan Mimi dan Puan Jess bercerita, tiba-tiba Rafiq rasa seperti seluarnya ditarik dengan kuat.

  Dia melihat ke bawah dan mendapati Jessica,adik kepada Julia sedang menarik seluarnya. Rafiq mengangkat Jessica dan meletakkan Jessica ke dalam pelukannya. "Bang, saya ada permintaan,"kata Jessica secara tiba-tiba dengan suara yang lantang dan kuat.

   Terbeliak mata Mimi melihat Jessica bercakap dengan Rafiq. Mimi memberi muka kepada Rafiq yang mengatakan apa sedang berlaku namun Rafiq hanya menjongketkan bahunya kerana dia juga sama terkejut dengan Mimi. Jessica ini seorang yang pendiam.

   Tidak pernah sekali pun dia tegur Mimi mahupun Rafiq kebiasaannya Rafiq selalu lihat Jessica bermain bersama Adrian. Boleh dikatakan Rafiq jeles kerana Rafiq suka budak-budak. Rafiq berkerut dahi bila Jessica menggunakan perkataan 'permintaan' terasa seperti dirinya pari-pari. "Cakaplah,"kata Rafiq. "Sembuhkan kakak saya,ya? Saya dengar abang dan kakak manis itu akan bawa kakak saya jalan. Masa bawa dia jalan bagi dia banyak coklat supaya dia tidak nangis-nangis lagi. Boleh?,"kata Jessica sambil bermain dengan benang baju Rafiq yang terjuntai keluar.

   Rafiq terkejut dengan permintaan Jessica itu. Bukan dia tidak boleh tunaikan namun Jessica baru berumur 5 tahun dan dia tahu apa yang berlaku. Rafiq menghela nafasnya dan meletakkan Jessica di bawah. Dia cuba untuk mencari ayat yang sesuai untuk dikatakan kepada Jessica agar budak kecil itu tidak risau lagi akan keadaan kakaknya.

   "Boleh. Abang boleh tunaikan tapi,"Rafiq sengaja membiarkan ayatnya terhenti di situ agar Jessica tertanya-tanya. "Tapi?,"kata Jessica tertanya-tanya dengan ayat seterusnya yang bakal dikatakan oleh Rafiq. "Jessica kena main dengan abang masak-masak, boleh?,"kata Rafiq membuat perjanjian dengan Jessica. 

  "Boleh!,"kata Jessica dengan girang dan memeluk Rafiq. Rafiq tersenyum melihat Jessica tersenyum. Tidak lama kemudian, Julia pun memunculkan dirinya. "Wow! Sejak bila adik rapat dengan Rafiq ini?,"kata Julia terkejut melihat Rafiq sedang main masak-masak dengan adiknya. Seingat Julia, Jessica hanya sukakan Adrian.

SunflowerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang