Julia akhirnya kembali bersekolah pada hari itu. Pengalaman semalam masih terngiang-ngiang di fikiran Julia. Dia rasa bersyukur untuk kesempatan pada malam semalam, sedang Julia mengimbas masa lalu ibunya menegur dia. "Julia kamu tahukah kita ada jiran baru?,"soal ibunya.
"Jiran baru? Rumah kosong yang depan rumah kita ini?,"soal Julia. "Ya dan anak mereka sekolah tempat kamu tahu. Kalau tidak silap satu umur kamu,"kata ibunya lagi. "Oh, wow. Okay,"kata Julia acuh tidak acuh. Ikutkan hati dia tidak peduli pun.
"Kamu cubalah berkawan dengan dia,"kata ibunya memberi cadangan. "I try. Saya ke sekolah dulu,bu,"kata Julia memeluk ibunya dan terus bergegas ke sekolah. Namun belum jauh dia berjalan,kakinya terhenti tanpa dipinta.
Dia sedar kini dia akan sentiasa berjalan sendiri. Tiada lagi yang perlu di tunggu di simpang jalan tersebut. Hatinya agak sakit mengingatinya semula namun inilah hidup yang perlu diteruskan. "Eh,kau,"tegur seseorang dari jauh. Julia memalingkan badannya lalu matanya terbeliak.
"Si kurang ajar,"kata Julia terkejut melihatnya lagi. "Apa kau panggil aku tadi?,"soal lelaki itu. "Kurang ajar?,"kata Julia mengulang ayatnya. "Ewah sedap mulut bagi nama,"kata lelaki itu dengan penuh gaya. "That's kinda extra, by the way kau buat apa sini?,"kata Julia mulai menyampah.
"Aku tinggal sinilah. Kenapa kau fikir aku kejar kaukah?,"kata lelaki itu mengusik. "Ew! Annoying,"kata Julia dan terus berjalan meninggalkan lelaki itu. "Ya,hai juga. Nama saya Ethan Williams,"jerit Ethan dari jauh. "Aku tidak tanya!!,"jerit Julia balik. Entah bagaimana berlaku pula sesi kejar mengejar antara mereka.
Tidak jauh dari sana kelihatan Adrian sedang menunggu Julia di tempat biasa mereka. "Hehe. Julia mesti terkejut punya,"kata Adrian bangga kerana hari ini dia awal. Adrian sedar dia kurang luangkan masa bersama Julia sekarang. Beberapa minit sudah berlalu, Adrian mulai resah kerana Julia lambat selalunya dia akan datang tepat pada masanya.
"Lambat pula Julia ni. Begini kot perasan tunggu aku lama-lamakan? Tidak pula dia merungut,"kata Adrian dengan dirinya sendiri. Kemudian, dia mulai melihat sosok Julia, baru sahaja dia ingin memanggil Julia kelihatan seorang lelaki sedang mengejarnya. "Julia dalam masalah!,"fikir Adrian dan segera ke arah Julia. Isaac tiba-tiba sahaja menggenggam kolar baju Ethan membuatkan Julia terkejut.
"Ho..Hoi! Kau buat apa ini?,"soal Julia segera meleraikan mereka berdua. "Dia kejar kaukan tadi? Apa kau mahu sama Julia hah?!,"tengking Adrian. Ethan memandang ke arah Julia manakala Julia tidak mampu untuk tatap mata Ethan kerana malu dengan tindakan Isaac yang secara tiba-tiba. "Adrian sudahlah!!,"kata Julia dengan nada suara yang tinggi. Adrian terkejut mendengar Julia memanggil namanya dan bukan Mikhael.
Dia juga agak terkilan kerana Julia tiba-tiba sahaja marah. "EH SUDAHLAH!,"kata Julia dan meninggalkan mereka berdua dan segera berlalu pergi dari situ. "Mikhael?,"kata Ethan. Isaac mengangkat keningnya tanda hairan. "Buat macam kenal pula,"kata Adrian di dalam hatinya. "Kau ini Adrian Mikhael?,"soal Ethan lagi.
"Kau siapa?,"soal Isaac terkejut lelaki itu mengetahui nama penuhnya. "Akulah kawan baikmu,Ethan Williams,"kata Ethan tersenyum sinis. Tiba-tiba,sahaja kepala Adrian seperti dipalu orang. "K..kau! Kau buat apa di sini pengkhianat?!,"kata Adrian yang kini dipenuhi dengan amarah. Dia memegang kembali kolar baju Ethan.
Ethan hanya memandang sinis dan menepis tangan Adrian. "Wow! Sudah 5 tahun kita tidak jumpa cubalah at least cakap hai dan kau masih menganggap aku pengkhianat? Damn,bro,"kata Ethan sengaja menambahkan minyak ke dalam api yang sedang membara.
"Aku bagi kau amaran jangan berani dekat dengan Julia!!,"kata Adrian geram. "Eh kenapa tidak? Dia bukan siapa-siapa bagi kaukan?,"kata Ethan. Adrianterdiam seketika. "Di..dia kawan baik aku!,"kata Adrianmasih tidak ingin mengalah. "So? She not your girlfriend," kata Ethan. "Ya dia bukan girlfriendku but still don't ever get close to her. I double dare you," kata Adrian.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sunflower
RomanceSebuah kisah cinta di antara Julia dan Adrian. Julia yang cuba untuk mendapatkan Adrian namun hati Adrian sudah pun terpaut dengan gadis bernama Alisa. Apakah yang akan terjadi dengan Julia? Adakah mereka akan bersama atau adakah Julia akan menerusk...