haein
lepas habis makan malam dengan eomma dan appa , aku terus masuk bilik .
time makan tadi eomma kata ada kawan dia nak datang . jadi aku biarkan jela sebab aku tak kenal pun dengan kawan eomma tu .
sebabtu sekarang ni aku berkurung je dalam bilik .
" HAHAHAHHA "
dari dalam bilik , aku dengar suara eomma gelak . seronok betul dia bersembang dengan kawan dia .
aku meraup muka kasar . kata kata aku yang tidak masuk akal tadi terngiang ngiang difikiran .
sumpah aku tak sedar apa yang aku cakap ! argh i cannot laaa
" aku terima kau. jadi, kita jumpa esok—chagi? "
aku tekup muka guna bantal . malu weii ! dahla panggil anak orang, chagi ! jijik gilaaa
macam mana nak berdepan dengan dia esok ? ahh mesti kena menganjing .
tapi kalau kena menganjing dengan dia takpe , ni kalau doyoung , chaehi ?! argh nak sorok kat mana muka ni ?? help me
" NA HAEIN! sini kejap "
suara lantang eomma membuatkan aku terus bangun terduduk .
" iye haein turun " balas aku dengan langkah menuju ke bawah . iaitu ruang tamu .
langkah aku terhenti dan riak wajah aku terus berubah .
aku berpaling ke belakang semula untuk naik ke bilik . tapi langkah aku terhenti bila seseorang memanggil lembut nama aku .
" na haein... "
nak tak nak aku terpaksa pandang muka dia . orang itu , kim rowoon .
aku taktahu apa yang dia nak dari aku sampai dia boleh datang kat sini dan aku pun taktahu macam mana eomma aku boleh kawan dengan mak si rowoon ni .
skip .
aku berdiam diri . sekarang ni aku dan rowoon berada diluar rumah .
" a—aku nak mintak maaf. aku tahu aku salah sebab berkasar dengan kau.. harini last aku ada kat sini, aku buat keputusan untuk pindah dari sini. a—aku malu sebenarnya nak sekolah kat sini lepas apa yang aku buat kat kau. aku bodo sebab aku tak fikir panjang. aku mintak maaf sekali lagi. "
aku mengeluh berat .
" erm okay aku maafkan kau.. tipu la kalau aku kata, aku tak pernah benci kan kau lepas apa yang kau buat kat aku. tapi its sokay la, benda dah jadi dah pun. kau pun dah menyesal kan? "
dia mengangguk lalu menundukkan kepala ke bawah .
" jadi kau sure ke nak pindah dari sini? " tambah aku lagi .
" entah la, aku sebenar— "
" kau stay jela sini, takpayah pindah. lagipun kau kata kau dah menyesalkan? taknak buat dah kan benda yang lepas? "
" iye, aku dah menyesal. lepas kena ceramah dengan cikgu disiplin haritu, aku terus insaf ermm "
" bagus la tu, lagipun tahun ni kan last sekolah. jadi kau stay jela sini, aku tak kesah and kalau kau pindah, mina macam mana? tak kesian kat dia? "
" erm mina? actually aku dengan dia dah lama break. "
aku sekadar meng'ohh'kan saja . lantas aku menepuk bahunya perlahan . kesian pulak kat mamat ni .
" rowoon... "
satu suara menyedarkan kami berdua . aku terus mengalihkan tangan daripada bahu rowoon .
" ye eomma? " balas rowoon lalu pergi pada eommanya .
aku melihat mereka berdua . mungkin dorang nak balik dah .
" kamu dah berbaik dengan dia? "
" dah eomma. dia dah maafkan rowoon. "
" erm bagusla. dah jom kita nak balik ni "
" okay. eomma masuk kereta dulu, rowoon nak cakap dengan haein kejap "
aku yang dari tadi perhati gelagat dua beranak itu tersenyum sendiri .
lepas je mak rowoon masuk kereta , rowoon datang mendekati aku .
tubuh dia yang tinggi lampai itu membuatkan aku terpaksa mendongak memandangnya .
" kenapa tak ba— "
rowoon secara tiba tiba memeluk aku .
" terima kasih haein sebab maafkan aku. terima kasih sangat sangat. kau memang baik. untung jaehyun dapat kau "
aku tersenyum lebar . untung kan jaehyun ? aku tahu dah aku memang baik .
" haha sama sama. "
aku balas pelukan dia dan beberapa saat kemudian pelukan tadi dileraikan .
" aku balik dulu, jumpa esok "
dia mengatur langkah menuju ke arah kereta .
" okay kim rowoon " bisik aku sendiri .