"WUARHHHH!" Nguap dua orang insan yang hampir sama itu. Hari yang sangat membosankan setiap hari. Mereka hanya menunjukkan riak muka kosong.
"Woi kau pahal ikut aku menguap ni. Sibuk je" kata Yoongi sambil memandang Jihoon disebelahnya atau merangkap sepupu rapatnya. Jihoon memandang Yoongi kosong.
"Ehh aku yang menguap dulu kan, kau yang ikut aku sepak kang" balas Jihoon pendek.
"Eh kau la!"
"Kau la gila!"
"Kau la yang gila!"
"Kau!"
"KAU!"
"KAUUUUUU!"
"KAU LA YOONGI BRENGSEK"
"JIHOON ANJIR LO"
"KA--- ARGHHH SAKIT SAKIT!" jerit Yoongi dan Jihoon sakit apabila telinga mereka dipiat hingga menunjukkan kesan merah.
"Hengkorang ni gaduh ape hah? Kau gila la apebenda la" kata nenek mereka sambil tangannya tidak lepas dari telinga mereka.
"Yoong la! Ikut Hoon menguap ergh sibuk je"
"Eh aku pula! Kau la!"
"Alahhhh benda kecik diperbesarkan buat apa! Lepasni tolong halmeoni masak dekat dapur" kata neneknya.
"Halmeoni lepas boleh? Sakitttt" rengek Jihoon sambil memegang tangannya. Yoongi disebelah tergelak kecil.
"Alorh sakit sikit je pun. Tak manly betul. Perempuan ke lelaki ni?" jawab neneknya sambil menggelengkan kepalanya. Jihoon hanya diam tersentap. Yoongi hanya sambung tergelak kecil kerana Jihoon kena marah.
"Bukan ape, mana tak sakit kalau halmeoni pusing telinga Hoon 360°. Kalau tercabut, Hoon ambik telinga halmeoni sebagai ganti tau" Jihoon hanya menatap neneknya datar. Haihh Jihoon ni, dapat lempang free kang baru tau.
"Ihh ape la kamu ni. Jangan nak gelak sangat la Yoongi, hang pun sama" Nenek mereka hanya melepaskan telinga dan terus pergi ke arah dapur untuk memasak.
"Eh Yoong pula kena. Hoon yang lembik" Jihoon menatap Yoongi seram. Yoongi pula hanya memandang sinis. Bila aura hitam mereka itu mengelilingi mereka, mereka mula untuk bergaduh.
"YOONGI, JIHOON! DAPUR!"
"YE YE DATANGLA NI"
-skip-
"Kenapa kitorang kena masak sekali halmeoni" rungut Yoongi dengan gaya malasnya. Dia duduk dikerusi dan menongkat dagunya.
"Untuk masa depan kamu le" balas nenek mereka pendek. Jihoon disitu memikir idea jahat.
"Hah? Wow tak sangka Yoongi kau dah nak kawin ke? Bapak la kawin tak ajak malah tidak menjemputku malas la ade sepupu gini" Jihoon mengelap air mata palsu sambil memotong bawang. Mata hang tak sakit ke Jihoon?
"Jihoon pabo " Yoongi yang geram membaling rempah kari ke Jihoon. Habis muka Jihoon penuh serbuk kari. Jihoon pula tersenyum sinis lalu membalasnya dengan membaling bawang yang dipotongnya. Habis berterabur semua benda. Nasib nenek diorang tak nampak lagi.
"Ish ape bising-bising ni! Memasak pun bising eh. Ni yang malas ni kalau ajak lelaki masuk dapur. Haih bila tak ajak kang tido ke kerja, bila diajak macam ajak beruk yang memasak" bebel nenek mereka tanpa pusing belakang. Ni kalau pusing belakang mau tak maut diorang nanti.
"Erk takde ape la halmeoni. Hoon ni ha taktau potong bawang. Yoong nak ajarkan. Ish budak ni kang semua benda taktau" jawab Yoongi sambil memukul belakang Jihoon kuat. Dan mereka sambung pergaduhan yang tergendala tadi. Yoongi membaling rempah kari tu ke muka Jihoon bagi nampak glowing lagi manakala Jihoon menyumbat bawang yang dipotongnya kedalam mulut Yoongi.

YOU ARE READING
[OG] Yoongi & Jihoon ChildCare [BTS X SVT]
FanficKenal dua namja tu? Mereka terkenal dengan cool & swag yang tak boleh dikalahkan. Nak tengok macammana diorang merana & jaga budak? Adakah diorang boleh menjaga kesabaran? Adakah diorang boleh elakkan tabiat buruk diorang? Hmm entahlaaaa taktauuuu...