+3

98 15 18
                                    

"Woi gula! Bangun la! Kan nak jaga budak hingusan tu. Kang diorang sampai japgi" Jihoon mengejut Yoongi dengan memukulnya dengan bantal.

"Ish yang kau bangun awal sangat ni apahal? Selalu bangun paling last" kata Yoongi dengan suara tidurnya. Dia memusing menukar arah tempat tidur dengan membelakangi Jihoon.

"Excited ni! Cepatlahhhh!! Bangunnnnn!!" jerit Jihoon lalu menarik selimut Yoongi. Diiringi dengan bantal, kumamon, bantal peluk, semua dia tarik.

"TAK MASALAHNYA SEKARANG PUKUL 6 PAGI!! KAU NAK BUAT APE!! DAH TIDO TIDO!!"

"Alaa mana tau diorang sampai awal an? An? An?" kata Jihoon lalu menarik kolar baju Yoongi kebelakang. Uih tercekik mamat tu karang.

"FINE! Aku pergi buat breakfast, kau tunggu la depan pintu" Yoongi dengan laju turun ke dapur. Jihoon hanya tersenyum suka.

PUFF!!

Ok baiklah saya disini nak cakap yang itu hanyalah mimpi diorang semata mata. Takde makna diorang nak bangun awal. Buang tabiat ke apa.  Takkan pernah sesekali diorang akan bangun awal. Jadi mari kita sambung......

Ting Tong!

"....."

Ting Tong!

"....."

Ting Tong Ting Tong Ting Tong!

"ISH! SIAPA MAIN LOCENG RUMAH ORANG NI!! RUMAH TAKDE LOCENG KE?!!" jerit seseorang sambil meramas rambutnya. Tak boleh ni kalau ada orang kacau dia tido. Akhirnya dia berkeputusan untuk turun tengok siapa yang main loceng. Nak kata Halloween, lambat lagi.

"Ni kalau budak² yang buat ni, aku ketuk dengan gitar Jihoon tu" dengan amarahnya, dia membawa sekali gitar milik Jihoon bersamanya yang elok terletak di tepi sofa.

Ting Toooooooongggggg!

"APE?!! DAH KENAPA TEKAN LOCENG RUMAH ORANG NI?!! KALAU NAK SANGAT LOCENG TU, BIAR AKU BELIKAN" marah Yoongi tanpa melihat pelakunya. Dia sedang bersedia untuk memukul siapa yang cari nahas dengannya. Berani betul kacau dia tidur.

"Erm awak Min Yoongi kan? Cucu Pn. Jiyoo? Yang akan menjaga 18 orang anak jagaan? Betul kan? Tak salah kan?" tanya seorang perempuan apabila dia melihat kelakuan pelik orang didepannya ini.

Terlihat mamat yang bernama Yoongi terpaku disitu memikirkan apa yang berlaku sekarang ni.

"WAIT! what? o-ouh awak ke? Ehee s-sorry. Tak perasan. Sejak bila sampai ni?" Yoongi yang baru melihat wajah didepannya itu menunduk malu dengan perbuatannya tadi. Dia terus membetulkan rambutnya yang kusut dan merapikannya. Takdelah nampak serabai kan.

"Bila saya sampai? Dah lamaaaa sangat. Taktau la ape gunanya loceng tu sampai tuan rumah lambat nak bukak. Oh btw gitar tu nak buat pukul saya ke apa?" Yoongi tersentap dengan katanya berkaitan loceng lalu memandang gitar yang diangkat tinggi olehnya. Opps lupa nak turunkan. Dia terus turunkan gitar tu perlahan² dan membalingnya ketepi. Agaknya dia lupa tu gitar siapa.

"Ouh mana ade, ni untuk senaman pagi je ehee" disebabkan otaknya masih mamai, dia cakap apa yang ada. 

"Ouh btw budak² yang awak perlu jaga tu dah sampai"

"HAH? DAH SAMPAI?!"

"Bukan saya dah cakap ke, saya akan hantar? Takpela, saya pergi panggil dulu" Yoongi hanya terdiam. Tak dapat terima yang dunianya bakal berubah.

"Nae" satu persatu Yoongi melihat budak itu memasuki rumahnya. Ada yang muka baru bangun tido, muka malu, muka happy, muka innocent. Bila dikira hanya ade 6 orang sahaja.

[OG] Yoongi & Jihoon ChildCare [BTS X SVT] Where stories live. Discover now