Seorang lelaki beriris merah ruby memerhati sekeliling. Setelah memastikan line clear, dia menyelinap masuk ke dalam makmal Sains Solar.
'Aku harap tak jadi apa-apa,' desis hatinya.
Setelah masuk, lelaki bernama Halilintar itu berjalan seperti biasa. Dia memeluk tubuh.
"Ceh, takde apa pun," katanya sendirian dengan gaya yang penuh 'cool'.
Dia memerhati sekeliling, meneliti segenap ruang. Mana tau budak mata empat tu ada selit wasiat kat mana-mana, kan? Eh, apa pulak yang author merepek ni. 😌
Tiba-tiba, mata tajamnya tertancap pada satu bikar yang berisi sejenis cecair. Itu membuatkan hati Halilintar berasa ragu-ragu.
"Cecair apa ni...," dia mencapai bikar itu dengan hati yang berdebar-debar.
Sungguh, debaran kali ini memang lain macam. Disebabkan potion ni ke Solar melarang keras dirinya dan yang lain untuk masuk ke dalam makmal?
"Aku tak sedap hatilah. Lebih baik aku jangan kacau eksperimen dia ni," ujarnya sendirian.
Bukan apa, pernah suatu hari, Si Blaze dan Taufan tu kacau eksperimen si budak mata empat ni. And guess what? Makmal Solar dah terbakar. Ni semua akibat gabungan bahan kimia yang dicampur oleh Solar mula bertindak aktif.
Badan Halilintar mula menggigil. Tidak mahulah dia cari pasal. Nanti habis rosak wajah tampan dia tu.
Perlahan-lahan, bikar itu diletakkan semula di tempatnya.
"Eh, Hali? Kau buat apa kat sini?"
Zapp!!!
Mahu luruh jantung Halilintar dibuatnya. Bahunya terhincut sedikit. Wajahnya berubah gelisah, namun dikawal supaya kelihatan cool.
"Kau senyap-senyap masuk makmal Solar eh?" Taufan bertanya, menginginkan kepastian.
"Eh? Ma... Mana ada! Aku... Err... Err...," Halilintar tergagap-gagap, tidak tahu mahu memberi alasan yang munasabah.
"Jujur jelah, Hali. Eh, air apa tu?!" pandangan Taufan beralih kepada bikar yang dipegang Halilintar tadi. Nampak menarik je~
"Eh? Kau... Baik kau jangan pegang! Solar dah warning kan, tadi?" ujar Halilintar, mengingatkan semula.
"Solar kata, jangan masuk dalam makmal dia. Kau pun dah masuk. So suka hati akulah nak buat apa pun," Taufan mencebik bibir tidak puas hati.
"Isy, aku taknak tertangkap curi-curi masuk dalam makmal dia! Dah, aku nak keluar!" belum sempat Halilintar menapak keluar, Taufan menariknya semula.
"Kau tak teringin ke nak tau ni potion apa? Tak nampak bahaya pun?" kata Taufan, cuba memujuk Halilintar untuk tetap berada di situ. Takpe, kalau dia kena marah, Hali pun sama! Hahahahahahah :v
Halilintar berfikir seketika. Ye, ramuan tu memang tidak nampak seperti berbahaya. Tetapi, dia tidak mahu Solar kecewa jika bikar tu pecah dan eksperimennya gagal.
"Oh, baik jugak Hali ni ye," bisik author yang sedang menaip. Hiks, author pun nak menyelit. ✌️😂
Halilintar hanya memerhati Taufan yang sedang bermain-main dengan bikar tersebut. Sekejap dikacau-kacaunya bikar itu, sekejap diketuk-ketuk dinding bikar itu.
"Korang buat apa kat sini?" soal satu suara.
Akibat terkejut, bikar yang dipegang Taufan terpelanting dan tanpa sengaja...
YOU ARE READING
Best Ke Jadi Meow? 💀
FanfictionBest ke jadi meow? Siapa yang tidak kenal Solar? Seorang lelaki yang berotak 'Sains' dan suka melakukan eksperimen serta mengkaji perkara yang baru. Pada suatu hari, dia berjaya menyiapkan satu ramuan setelah bertungkus-lumus mengambil masa selama s...