•14•

425 69 13
                                    

"Hali... Boleh kau masakkan?"

Keempat-empat kembar elemental itu memandang Halilintar sambil mengerdipkan mata beberapa kali sambil tersenyum comel.

Halilintar melarikan anak matanya. Sakit pula matanya melihat wajah-wajah bercahaya seakan-akan tidak berdosa itu :v

"Kenapa aku pulak?" soalnya dengan nada mendatar.

"Sebab... Kaukan abang kedua,"

"Taknaklah. Aku takde skill memasak," balasnya.

Terus berubah air muka mereka.

"Eleh, taktau masak cakap jelah taktau. Nak berskill-skill bagai," Solar tersenyum mengejek.

Halilintar menatap dingin wajah si kembar bongsu. Entah kenapa asyik buat dia marah sahaja Si Solar ni.

"Kau tak puas hati apa sebenarnya dengan aku?" soalnya.

Solar mengusap dagunya dan memandang ke atas, seolah-olah berfikir. Tidak lama selepas itu, dia menggeleng kepala dengan wajah tidak bersalah.

"Hmm... Takde apa," selamba sahaja dia menutur kata.

Halilintar menghela nafas, cuba bersabar. Memang skillnya bukan pada memasak, tetapi pada menghunus pedang.

"Sabar, Hali... Sabar..," Taufan menepuk-nepuk paha Halilintar.

"Haih... Taufan, kau jelah yang masak," Ais memberi cadangan.

"Aku? Aku?" Taufan menunjuk ke arah dirinya. Wajahnya kelihatan teruja.

"Eh, jangan! Kau tak ingat kali terakhir Taufan masak? Dia punya kuantiti garam tu, boleh habis gugur rambut aku! Tak macholah aku nanti!" Solar menggeleng kepala laju. Takut pula dia kalau Taufan yang menjadi chefnya.

Taufan mencebik bibir.

"Err... Haahlah..," Ais baru teringat akan hal itu. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

"Hah, kaulah Blaz- Eh, tak boleh! Blaze ni suka sangat main-main... Nanti dia main tak ingat dunia sampai terbako rumah pun dia tak sedar,"

Blaze tersengih mendengar kata-kata Taufan.

Semua diam seketika. Kali ini, mereka pandang ke arah Ais pula.

"Eh? Err... Aku nak tido!" Ais kalut-kalut menyembamkan mukanya bantal peluk. Yelah, memasak? Hmm, bukan minatnya! Dia lebih suka buat air daripada memasak! Pengendali elemen air tahap dualah katakan...

Tidak sampai seminit, sudah kedengaran dengkuran halus daripadanya.

Krooh... Krooh...

"Dasar," Taufan menepuk dahinya. Bersungguh-sungguh tidak mahu memasak nampak?

Mereka memandang mangsa seterusnya.

Thorn.

Thorn sewaktu itu sedang ralit bermain mainan kereta Myvi terbang entah dari mana dia dapat, hingga tidak sedar dirinya menjadi perhatian untuk kali kedua atau ketiganya atau entahlah :v

"Eh, lagilah tak boleh!"

Semua menggeleng-gelengkan kepala laju. Tidak dapat dibayangkan kalau Thorn yang masak. Nanti bukan dia yang masak, orang lain yang masak sebab stress asyik ditanya macam-macam nanti.

"Aku tak reti masak. Tapi kalau nak aku buat potion hilang rasa lapar bolehlah," ujar Solar tanpa dipinta.

"Eh, betul ke?!" Taufan yang pada awalnya mahu menjadi teruja, tiba-tiba berubah riak. Dia teringat sebab apa Gempa menjadi kucing tadi.

"Betullah. Tapi maybe akan siap dalam masa dua bulan atau tiga bulan nanti," Solar mengusap dagunya. Dia seperti merasakan idea spontannya itu bernas!

Semua orang membuat muka 'baik tak payah kalau macam tu' apabila mendengarkan jawapan Solar.

"Solar... Oo Solar... Kalau nak tunggu dua atau tiga bulan tu..," Taufan menggunakan suara yang 'lembut'. Dia kemudian menjeling ke arah Blaze di sebelah untuk menyambung ayatnya.

"Kita dah jadi tengkorak dah!" sambung Blaze.

Solar tersengih. Ada benar juga tu.

"Huwarghhh... Lama lagi ke nak bincang tentang ni? Kita makan kat rumah Tok Aba jelah!" tiba-tiba Thorn menghentakkan mainan kereta Myvi terbangnya ke atas lantai. Bibirnya sudah tercebik.

Ting!

Terus keluar mentol menyala di atas kepala masing-masing. Tapi mentol metafora jelah. Gila ke apa nak sangkut mentol betul-betul :v

"Thorn... Kau memang..,"

"Bijak!" Serentak semua menyebut perkataan itu.

Aduhai, mengapalah mereka tidak terfikir dari tadi?

Thorn tersengih segan. Rasa pertama kali dia dipuji oleh mereka. Biasanya Gempa yang akan memanjakan dirinya dengan gelaran-gelaran dan pujian-pujian yang baik seperti itu.

"Jap, tadi korang ada cari Gempa kat rumah Tok Aba?" Solar teringat tentang Gempa.

Taufan, Blaze dan Thorn saling berpandangan sebelum masing-masing menggelengkan kepala.

"Hmm... Kitorang pun tak cari lagi kat sana..," Solar sudah tersenyum lebar. Dia dapat merasakan Gempa berada di rumah datuk mereka itu.

"Seriuslah? Apa lagi? Jomlah cari dia kat sana!" Blaze turut tersenyum.

"Jom," tiba-tiba Ais mencelah. Bila dia bangun daripada tidur pun, entahlah. Terkejut mereka semua.

"Uisy, mayat hidup! Nyah kau dari sini," Blaze merecik-recikkan air yaasin yang muncul dari langit ke arah Ais.

"Woi!" dahi Ais berkerut. Dia sudah lama pun berjaga, tetapi kembar-kembarnya tidak perasan akibat asyik berbual.

"Dahlah tu, Blaze... Ais dah lama rancang, kita je yang lalai," Taufan merangkul bahu adiknya itu.

"Isy, lambatlah korang ni. Jomlah cepat,"

Halilintar sudah berada di hadapan pintu rumah, siap berkasut lagi. Terbeliak mata adik-adik kembarnya. Sah, keluarga vampire! Kejap ada, kejap takde!

"Wei, bila kau bangun?"

"Tulatu,"

"Isy, lambatlah! Siapa keluar last, ganti tugas Gempa sepanjang dia takde!"

Zapp!

Terus hilang Halilintar dari pandangan. Ceh, mentang-mentang pengendali elemen petir =3=

"Alamak! Taknakkkkk!"

Masing-masing bangun dari duduk dan pembaringan. Mereka berlari-lari ke pintu utama dan saling bergelut serta tolak-menolak.

Dan dengan penuh tiba-tibanya...

"Alamak!"

Bukkk!

 

Best Ke Jadi Meow? 💀Where stories live. Discover now