12

522 90 23
                                    

( 📢 ). AGONY

" sekali lagi maafkan aku, Wiyoung. Disebabkan aku, kau juga menjadi mangsa tikaman abang kau. Kau ingat tak yang aku suruh kau ambilkan ubat atas meja makan ? Itu lah ubat yang aku gunakan untuk mabukkan Wooyoung. Aku letakkan dua pil dalam gelas minumannya dan aku sendiri tak sangka yang dia akan tikam kau. "

" kau nak tahu tak, masa aku dapat tahu yang kau telah dibebaskan dari penjara.. aku upah Jongho dan konco-konconya untuk cuba merogol serta menghancurkan hidup kau. Sebab apa ? Sebab aku takut kau datang balik pada abang kau, Wooyoung. Aku dah perangkap Wooyoung supaya dia bencikan kau. Dan ye, dia termakan semua helah aku. Pada 3 tahun yang lalu, aku dan dia bercinta tanpa pengetahuan sesiapa. Setiap hari dia akan jenguk aku selepas dia pulang dari kerja. Akhir sekali, kami berdua berkahwin tanpa restu eomma aku. Tapi sekarang semuanya okay, eomma pun dah restu hubingan kami cuma dia minta kau maafkan dia kerana melahirkan anak yang derhaka macam aku ni- " Hana menunduk ke bawah. Tak sanggup mahu menahan air mata.

" banyak sangat dosa aku pada kau, Wiwi . Aku simbah air sabun untuk buat kau tergelincir tapi aku pula yang terima padahnya. Haih " keluh Hana sekali lagi.

Tiba-tiba, dia terasa seperti tangannya digenggam seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba-tiba, dia terasa seperti tangannya digenggam seseorang. Matanya membulat apabila melihat Wiyoung tersedar. Wiyoung memegang erat tangan Hana. Dia juga turut menangis sama seperti Hana.

" W-wiyoung ah ! "

" Hana.. "

Lalu mereka berpelukan. Terpancar senyuman nipis dari wajah Wiyoung.

" a-aku panggil nurse sekejap- "

" jangan ! a-aku nak dengar lagi luahan kau. Aku rindu nak tengok kau membebel " kata Wiyoung. Dia masih lagi kelihatan pucat seperti dulu.

" Wiwi, maafkan aku. A-aku jahat ! Aku berdendam dengan kau hiks. Aku menyesal sangat ! " rayu Hana.

" aku dah lama maafkan kau, Hana. Cuma aku tak boleh lupakan apa yang kau dah buat pada aku. Kau masih ada peluang untuk berubah. Aku nak kau ubah balik sikap kau yang negative tu kepada yang positive. Aku yakin kau mampu lakukannya " nasihat Wiyoung.

Agony.Where stories live. Discover now