Got me spinning like a ballerina,
Feelin' gangsta everytime i see ya.
.
.
.
."Yaya, kau pergi mana semalam? Asal tak turun prep malam?" Kun mendekati yaya yang sedang baring di atas katil, kepenatan di sekolah.
"Aku ada hal sikit semalam." Jawab yaya ringkas lalu menarik bantal dan menekup telinganya.
Kelakuannya membuatkan kun faham bahawa yaya tidak mahu diganggu. Mungkin ada masalah.
Kebetulan lee dan faseah masuk ke dalam dorm, kun mendekati mereka.
"Lee, asal mata kau bengkak semalam waktu prep?" Kun memandang lee yang hanya mengedipkan matanya.
"Bengkak eh? Aku tak cukul tidur kot, hehe" lee menggaru belakang kepalanya yang berlapik tudung.
.
.
.
."Fasya, nah.." Sebotol air minuman teh hijau dihulurkan kepada fasya.
"Eh farhan" fasya menyambut air itu lalu meletakkan air disebelahnya.
"Alah takyah farhan sangat la.. Kita kan dah rapat, panggil paan dah la" Farhan senyum segaris.
"Oh btw! Fasya dah baca skrip pidato?" Soal farhan sambil memegang skripnya
"Err dah.. Tapi bila fasya cuba baca semua macam membaca dalam kelas je.. Takde nada" fasya menguis hujung kakinya di lantai sambil tersengih
"Lah yeke.. Cuba buat depan paan.. Paan nak tengok"
.
.
.
."Aqish.. K-kau nak jumpa dia lagi ke? Takyah ah wehhh! Nanti kau tersalah tumbuk aku lagiiii" wani menahan lengan aqish yang melangka dengan laju.
"Bila masa aku nak jumpa dia? Aku nak berak lah!"
.
.
.
.Petang itu agak tenang pagi para pelajar kerana tiada perjumpaan rumah sukan. Prep petang juga dibatalkan.
Ahli dorm melur menghabiskan masa dengan cara masing-masing.
Fasya sedang berpidato dan sudah tentu penonton setia dia adalah yeong dan mai!
Kun dan wani sedang bergaduh kerana locker wani terlalu bersepah.
Lya pula pergi berjumpa dengan warden asrama, hal dorm barangkali.
Lee setia meriba faseah yang semakin hari semakin manja dengannya.
Yaya? Sudah tentu tidur.
Enjin? Sibuk kacau yaya yang cuba melelapkan mata.
Tiba tiba
"PERHATIAN KEPADA ALIEYA MAISYARA, SILA TURUN KE DM DENGAN KADAR SEGERA! SAYA ULANG! PERHATIAN KEPADA ALIEYA MAISYARA SILA TURUN KE DM DENGAN KADAR SEGERA!"
Speaker bergema dengan kuat mengejutkan yaya yang baru saja hendak lena.
Anak matanya diangkat untuk melihat ke arah lee yang juga sedang memandangnya.
Sejak kejadian semalam, mereka berdua tidak bercakap sepatah pun sesama sendiri.
Yaya kemudian turun ke dm. Dia juga tak tahu apa sebabnya dia disuruh ke dm.
"Aidan? Nak apa?"
"Ya, umi call aku tadi."
"Ha astu?"
"Umi sampaikan pesanan dari mama kau, dia kata minggu ni dia tak dapat datang, jadi kau ikut aku outing dengan umi." Terang aidan
Terbuntang mata yaya mendengar penerangan aidan. Ha sudah kena outing sama-sama!
TBC!
SIAPA AIDAN?
NEXT CHAPTER AKU REVEALLLL
YOU ARE READING
[OG] LEGEND OF MINAH SQUAD
Fiksi RemajaStrangers that met up and hating each other, but as the time flow, they become close to each other. That's how 'THE WEIRDEST TEENAGERS GROUP OR MINAH SQUAD EXIST' Here we go~~~