03

220 31 7
                                    

"jaehwa, kau serious ah nak keluar beli coffee untuk aku malam-malam buta ni?" hyojung mengangkat kening tanda hairan melihat aku yang sudahpun menyarungkan sweater tebal pada tubuh dengan tenang.

wajah aku teliti pada cermin sementara jari pula membetulkan rambut yang sedikit kusut. "ha'ahlah. habis tu? kau ingat aku ni tengah bercanda?"

"eh, kau biar betik. selama aku jadi roommate kau; selalunya bila aku suruh, tahunya nak membebel. malaslah, apalah. kau dah kenapa ni? demam? aku ada pil kuda kat dalam laci aku ni. kau ambik jelah sebanyak mana kau nak. asalkan kau jadi diri kau balik,"

"dah, shh. at least aku tolong kau jugak. bak sini duit kau."

•••

dan sekali lagi, aku tersedar aku sekali lagi khayal memandang lelaki itu menyanyi di atas pentas. kali ini dia tampil bersama gitar pula.

tambahan pula, lagu yang dia nyanyikan malam ini ialah lagu solo salah seorang idol yang aku gemar; baekhyun dari exo yang bertajuk candy. boleh meroyan kalau duduk sini lama-lama.

malangnya, dah 30 minit aku duduk sini dan alhamdulillah tak mati lagi. macam mana aku boleh survive dengan suara semerdu ni bertalu-talu bergema di telinga aku?

espresso yang sudah suam-suam aku hirup membasahi tekak bersama pandangan yang setia dihalakan melihat lelaki itu menyanyi.

sesudah dia menghabiskan nyanyian, aku orang pertama yang menepuk tangan. menyedari suasana yang agak senyap dari biasa, aku memandang ke belakang.

dan aku tersedar.. aku seorang je yang ada dalam cafe ketika ini. waduh, gawat.

"terima kasih kerana sudi mendengar, awak yang disana." dengan mata yang membulat aku memandang lelaki itu mengukir senyuman manis yang terasa seperti diajukan kepadaku seorang.

ketika itu, pipiku terasa panas membahang. jantung pula semakin pantas berdebar.

itulah kata-kata terakhir darinya yang kudengar sebelum aku memecut keluar dari cafe sepantas kilat, tanpa memandang ke belakang.

dan aku tertinggalkan iced americano hyojung kat cafe tu. lantaklah. sesiapa yang terambil tu aku halalkan. yang aku tahu, ketika itu aku perlu lari untuk menutup malu.

𝗠𝗘𝗟𝗢𝗗𝗬Where stories live. Discover now