genap 3 hari aku tak pergi cafe tu akibat malu yang teramat. kini, tubuhku berbalutkan selimut sepenuhnya di atas katil.
sejujurnya memang nak, tapi aku malu. malu sebab dah banyak buat perangai depan dia. jaehwa, kau ni kenapa cepat gelabah sangat haaa. kalau suka suara dia cakap jelah. apa susah.
tapi aku suka suara dia je.. kan? aku tak ada apa-apa perasaan dengan orangnya. ok aku tipu diri sendiri lagi. aku suka dia.
dahla comel, pandai nyanyi pulak tu. sopan je orangnya. comel.
tanpa aku sedari, kaki aku kini menendang-nendang selimut yang dibalut pada tubuh kerana terbawa-bawa dengan perasaan yang berbunga.
senyuman yang terukir di wajah tidak mampu kuusir ketika ini. ah, rindu pula dengan dia. sempat lagi ke nak pergi cafe tu? dia ada tak? bingung, aku bangun dari pembaringan dan duduk.
pandangan aku halakan sekilas ke arah jam yang bergantung di dinding. jam 8. dia balik jam 9, jadi ada peluang lagi. amaghilah mengembara.
•••
dan ya.
dia masih ada lagi dalam cafe ni,
tapi dia buat persembahan dengan seorang gadis sebaya aku. cantik orangnya. serupa idol. walaupun sedikit cemburu, kugagahkan diri menonton persembahan itu sehingga habis.
kuperasan mereka berpandangan dengan manis sewaktu menyanyi tadi dan sumpah aku rasa macam nak terjun bangunan. k joke.
aku cemburu je.
sebaik sahaja persembahan tamat, aku tak tunggu diorang turun pentas. langkahku terus meluru ke kaunter untuk memesan minuman untuk aku bawa pulang. rasanya makin lama pandang makin sakit hati aque dibuatnya.
sementara menunggu pesananku siap, aku sengaja menghabiskan masa menscroll twitter feedku yang penuh dengan gambar oppa-oppa.
sedang aku khusyuk melakukan sedemikian, satu suara datang menyapa aku.
"hai, awak."
telefon yang berada di tanganku hampir sahaja terlepas tatkala pandangan ku angkat memandang pemilik suara yang tak kujangka.
"a-ah hai," sedaya-upaya aku tidak menampakkan bahawa aku kekok berada di hadapannya. bila berdepan macam ni, aku perasan dia memang tinggi.
hari tu aku dah jumpa dia berdepan tapi eheheehhe aku terlalu gelabah, jadi tak sempat usha muka dia.
"awak ni.. yang selalu tengok showcase saya kan?" cair taik telinga aku dengar suara dia.
"oh.. y-ya. saya suka dengar suara awak. sedap. aum- UHUK."
mendengarkan balasan dariku itu, dia tergelak kecil sambil menggaru tengkuknya tanda kekok.
"saya nak tahu nama awak, boleh?"
terasa lututku bergetar-getar tanda gelabah. tambah dengan senyuman dia, makin sejuklah tangan aku ni.
"jung jaehwa."
"saya dokyeom."