sebaik sahaja nyanyian kau tamat, aku kembali ke alam realiti.
sepatutnya aku dah balik sekarang ni, tapi disebabkan kau, aku stay. hyojung mesti dah mengamuk sebab coffee dia lama sangat nak sampai.
maaf, salahkan lelaki ni sebab suara dia sedap sangat.
jam yang berada di pergelangan tangan kujeling sekilas lalu pandangan aku angkat semula menghala ke arah kau yang berada di pentas, masih terlihat sedang duduk di atas kerusi tinggi itu sambil memegang kemas mic-stand di tangan.
"terima kasih kerana sudi mendengar," ujar kau dengan senyuman yang terlihat ikhlas.
suara kau bila bercakap sama merdu dengan suara kau bila menyanyi. ntahla. aku rasa aku dah jatuh cinta nyah.
mataku masih tak lepas dari memandang kau yang kini berdiri, sedia untuk turun dari pentas.
kini pandanganku tertumpu pula pada kawan-kawan kau yang sedang duduk di meja yang berada di hadapanku.
kulihat mereka menepuk tangan, jadi aku pun melakukan benda sama.
tapi aku terperasan; ketika aku melakukan sedemikian, kuperasan pandangan kau terhala ke arah aku. tindak balas dari kau itu serta-merta membuatku malu.
gelabah, aku berdiri dan segera keluar dari cafe itu dengan hati berdebar-debar. tapak tanganku mulai berpeluh-peluh, namun langkah kugagahi meneruskan perjalanan pulang.
aku nak tahu nama dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝗠𝗘𝗟𝗢𝗗𝗬
Фанфікиmaaf, seokmin. aku akan tolak kau untuk dokyeom! a joshua hong fanfiction © 2020.