Childhood Flashback I

40 3 0
                                    

Sewaktu Arfyna berumur 5 tahun...

“Okay, kau nak aku ceraikan kau sangat kan! Fine, Mariya Jasmine binti Abdullah! Aku ceraikan kau dengan talak satu!” lafaz Fakhruddin dengan amarah.

“Yes, this is what I want. Sayonara, I'm bringing Arfyna with me. Tunggu naik mahkamah sahkan penceraian, dapat hak penjagaan. I'll move to Japan with my daughter. balas Mariya dengan nada yang puas hati,

“No! You're not going anywhere with my daughter! Arfyna will stay with me. No matter what happen.”  ujar Fakhruddin yang tak mahu kalah.

Biar mahkamah yang tentukan. Saya rasa saya lebih layak, jadi sementara ni, Arfyna is going to stay with me! I carried her for 9 months, not you!” balas Mariya dengan geram.

Arfyna yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa hanya memandang sayu di sebalik pintu, yang ibu dan ayahnya sedang bergaduh.

Mariya Jasmine. Seorang wanita yang berasal dari Jepun, memeluk Islam. Nama asalnya ialah Hikari Mariko. Dia telah berhijrah ke Malaysia untuk menyambung pelajaran di universiti.
Alhamdulillah, dengan hidayah Allah SWT, dia memeluk Islam.
Selepas dia memeluk Islam, dia bertemu dengan Fakhruddin sewaktu Mariya menjalani latihan praktikal. Kemudian, selepas beberapa tahun bercinta, mereka akhirnya berkahwin.

Fakhruddin & Mariya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Nama diberi, "Arfyna Safiyya binti Fakhruddin".

*****
Mariya berjaya membawa anaknya itu ke rumah lamanya. Rumah kecil yang didiami sewaktu Mariya belum berkahwin.

Jam di dinding menujukkan tepat pada 9:30 malam.

Kita duduk sini sekejap ya sayang, nanti kita pindah jauhhhh dari sini. Sayang tidur dulu okay?” kata Mariya kepada satu-satunya permata hati Mariya.
Arfyna mengangguk lemah kerana dia sudah mengantuk. Mariya menyelimutkan anaknya, lalu dia ke ruang tamu untuk mengisi dokumen berkaitan hal penceraiannya.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi sesuatu yang jatuh. Mungkin hanya kucing yang mencari makanan di luar. Mariya meneruskan untuk mengisi dokumen tersebut.

Selepas beberapa saat, kedengaran lagi bunyi pelik dari dapur. Mariya risau, adakah ia pencuri? Dia juga risau dengan keselamatan anaknya. Mariya mengambil batang penyapu, lalu dia ke dapur.
Mariya begitu terkejut melihat figura yang memakai serba hitam. Disangkakan pencuri, tetapi, itu Fakhruddin!

Kau buat apa lagi kat sini!? Kau nak apa lagi, Fakhruddin!” ujar Mariya sambil membaling penyapu ke arah muka bekas suaminya itu.

Tolonglah, kau nak tinggalkan aku takpe, tapi bukan anak aku. Aku datang ni aku nak ambik hak aku. balasnya dengan selamba.

HAK kau?? No way!” Mariya amat geram dengan bekas suaminya itu.
Ya lah, penat-penat mengandungkan 9 bulan, separuh mati nak melahirkan, senang-senang je nak ambik macam tu je? Memang tak lah!

Taknak mengalah? ARGHHH Kau nak aku guna cara kasar, FINEE!!!” Fakhruddin mencekik Mariya kerana tidak puas hati dengan bekas isterinya yang enggan memberikan Arfyna kepadanya.

Mariya dan Fakhruddin bergelut sehingga ke ruang tamu. Mariya cuba melawan. Namun, tenaganya tidak sekuat lelaki.

Pergelutan mereka menyedarkan Arfyna dari tidur. Arfyna hanya membuka pintu kecil dan melihat ibu dan ayahnya bergelut.
Dia berasa sangat sedih dan takut. Dia tak tahu untuk buat apa. Tiba-tiba dia teringat apa yang di ajar gurunya di tadika...

Kalau ada benda buruk jadi, macam ada pergaduhan, orang cedera, perompak masuk rumah. Kita buat apa?”
Kita telefon polis/bomba/hospital untuk bantuan! Macam mana nak telefon? Senang je. Kita tekan 999 dekat telefon.”

Ah! Telefon! Kebetulan pula telefon bimbit ibunya ada di atas katil. Arfyna mengambil telefon tersebut dan mendail 999. Tangannya mengigil-gigil. Dia takut dan tidak sanggup melihat ibunya disakiti.

“Hello, boleh kami bantu? Apa masalah anda?”
“H..h..hello..n..nama saya Arfyna Safiyya. S..saya n..nak mintak tolong po-polis datang rumah..boleh? M..mama saya k..kena cekik...”
“Adik tahu alamat adik tak? Kami akan datang dengan segera. Adik bawak bertenang ya...”

Arfyna mencari kad pengenalan ibunya di dalam dompet. Dia membaca alamat yang tertera pada kad pengenalan ibunya.
Alamat pada kad pengenalan ibunya itu adalah alamat rumah lama ini.

Arfyna seorang budak pintar. Dia masih ingat ibunya pernah berkata untuk menukar kad pengenalan baru kerana ingin menukar alamat pada kadnya itu

*****

TAK GUNA KAU! ARGHHH cengkamannya makin kuat di leher Mariya. Muka Mariya kemerahan dicekik bekas suaminya itu. Tiba-tiba, dia rebah. Fakhruddin terkejut, dia sangka Mariya hanya pengsan. Fakhruddin menepuk pipinya...
Tiada respon. Dia memeriksa nadi Mariya. Tiada degupan. Mariya sudah mati.

Melihat keadaan ibunya yang rebah. Arfyna keluar dari bilik lalu berlari ke arah ibunya. “Mama! Bangun mama! Mamaaa!!!!” Arfyna menangis teresak-esak. Malang sekali, ibunya sudah tidak bernyawa lagi...

Selamanya, Kesayanganku.Where stories live. Discover now