BAB 3: Mama, I Miss You.

12 3 0
                                    


Seminggu sudah berlalu, Sephia masih kekok dan berasa janggal dengan keluarga barunya itu, walaupun mereka bukanlah orang asing. Mereka juga adalah sebahagian dari darah daging Sephia juga. Mungkin kerana Sephia tidak mengingati siapa mereka. Ya lah, kali terakhir Puan Zarina dan Encik Syamsul berjumpa dengan Sephia adalah sewaktu dia masih bayi, mana mungkin dia mampu untuk ingat semula perkara semasa zaman bayi.

Sephia baring di atas katilnya yang empuk, merenung ke siling dinding pada malam yang dingin. Teringat pada momen bahagia dalam hidupnya bertahun lalu, bersama ibu tersayang. Sephia bangun dari katilnya dan membuka laci bersebelahan dengan katilnya itu.

Sekeping foto yang hanya tinggal separuh, di ambilnya lalu dia mengusap foto tersebut. Ianya gambar Sephia dan ibunya. Sebenarnya, gambar itu adalah gambar keluarga Sephia. Dalam gambar tersebut sepatutnya ada gambar Sephia bersama ibu bapa nya. Namun, gambar itu Sephia telah koyakkan. Dia mengoyakkan bahagian gambar yang ada figura ayahnya kerana dia berasa  benci kepada ayahnya itu.

"Mama, Arfyna rindu mama, I miss you so much."  dengan penuh sayu, Sephia melihat gambar ibunya. Dia sangat merindui ibunya. Air matanya mengalir dengan deras. Rindu terhadap seseorang yang telah tiada di dunia ini adalah rindu yang paling perit. Terutamanya rindu itu kepada orang yang paling kita sayang,  paling kita cinta. 

Walaupun diluar Sephia sangat dingin dan tidak menunjukkan sebarang emosi, tetapi jauh dilubuk jiwanya dia memendam kesakitan yang dalam. Luka jiwanya masih belum sembuh. Dia juga masih tidak dapat melupakan peristiwa semasa ibunya mati di depan matanya sendiri.

"Argh Seph, don't cry...I should go to the toilet.." Sephia mengusap matanya lalu dia pergi ke tandas untuk mencuci mukanya. Sephia melihat mukanya di cermin. Ah, mata sembab. 

"Haih mata ni, did I cry too hard?...what a drag, I hope those eyes will be fine soon" Sephia keluar dari biliknya lalu terlihat seseorang dalam biliknya. Rupanya itu adalah Puan Zarina, Sephia agak terkejut kerana ia sudah lewat malam, dia fikir Puan Zarina telah tidur. Puan Zarina melihat gambar yang berada di atas katil Sephia. Sephia lupa untuk simpannya dalam laci semasa dia ke tandas.

"Eh ummm, Aunty Zarina.."

"Huh? 'aunty'? Arfyna Safiyya sayang, mummy kan dah jadi ibu kamu, takperlu lah panggil puan ke aunty ke. Panggil mummy je, okay?" balas Puan Zarina sambil mencekakkan pinggangnya

"Err..maaf, Ar..Arfyna masih tak biasa lagi" Ya lah, sudah lama Sephia hidup tanpa ibu, jelaslah dia masih janggal.

"Takpe sayang, nanti lama-lama kamu biasa lah" Puan Zarina mengusap kepala Sephia. Walaupun baru seminggu berkenalan, tetapi Puan Zarina sangat menyayangi Sephia seperti anaknya sendiri. Puan Zarina berasa gembira dapat diberi peluang untuk menjaga Sephia, anak saudaranya.

Sephia hanya mengangguk dan tersenyum kecil saja. Puan Zarina melihat mata Sephia yang sembab. Puan Zarina juga melihat gambar ibu Sephia. Dia tahu Sephia menangis, dia tahu Sephia rindukan ibunya.

"Arfyna sayang, mari sini duduk dengan mummy.." Perlahan-lahan dan lembut nada suara Puan Zarina, dia mengajak Sephia untuk duduk di atas katil dengannya. Sephia hanya menurut.

"Ni gambar ibu kamu ya?" tanya Puan Zarina kepada Sephia. Sengaja dia bertanyakan soalan sebegitu walaupun dia sudah tahu figura dalam foto tersebut adalah biras kepadanya. Puan Zarina ingin buka bicara kepada anak saudaranya itu kerana Sephia kurang bercakap dalam rumah dan hanya menghabiskan masanya di dalam bilik sahaja.

"Ya..." balas Sephia dengan nada yang awkward.

"Cantiknya ibu kamu ni, anaknya pun apa kurangnya kan? Hihi." ujar Puan Zarina sambil menarik pipi Sephia. Puan Zarina berbuat demikian untuk melihat sebarang reaksi kepada Sephia. Namun, hanya terlihat senyum kelat dimukanya. 

Aih, tak boleh jadi ni, dia still memendam. Arfyna Safiyya, mummy tak sanggup tengok kamu  pendam sedih macam ni. Aku kena buat sesuatu...

Lantas tangan kanan Puan Zarina menggenggam erat tangan Sephia. Riak muka Sephia kelihatan terkejut dengan sentuhan tangan ibu saudaranya. "Arfyna rindu ibu Arfyna ya?"

Ah sudah, jika ditanya tentang perkara ini, sudah tentu Sephia tidak boleh mengawal emosi sedihnya yang terpendam dalam dirinya. Lagi-lagi dalam keadaannya yang sedang down kerana rasa rindu terhadap ibunya hadir.

Tiada sebarang jawapan. Sephia hanya membisu. Tiba-tiba, air matanya mengalir laju menjatuhi pipinya. Lalu dia menangis teresak-esak menunjukkan sepenuhnya emosi yang dipendam. 

Perlahan Puan Zarina memeluk Sephia dengan erat, sambil mengusap belakang Sephia. "It's okay to cry, Arfyna. Just let it all out, alright? Mummy nak Arfyna tahu, yang mummy sentiasa ada kat sini untuk kamu, sayang. Luahkan, luahkan apa yang kamu simpan. I'll listen to it, sweetie."

Pelukkan yang erat itu membuatkan Sephia berasa agak tenang, merasakan perasaan takut dalam dirinya seperti diusir. Terubat sedikit rindu kepada ibunya. Walaupun rasanya takkan sama. Namun, cukuplah untuk meringankan beban rindu dan kesedihan itu. "Terima kasih, mummy..."

"Walaupun mummy bukan ibu kandung kamu, tapi mummy sayang kamu. Mummy akan cuba yang terbaik untuk jaga kamu. Mummy tahu, rasanya takkan sama dengan ibu kandung kamu. Mummy happy sangat dapat jadi mummy kamu."

Sephia meluahkan dan menceritakan apa yang berlaku tentang peristiwa hitam dalam hidupnya yang harus dilalui olehnya dalam usia yang sangat muda.

****

3:30 AM

Aku rasa lega sangat. Entah kenapa rasa berat ni berkurang, rasa beban ni berkurang lepas aku luahkan semua dekat mummy...Maybe I always keep things bottled up... I never tell anyone about my past. Even in orphanage, if anyone asks me why am I here, I'll just answer "Diorang sakit". Aku rasa orang yang tahu pasal latar belakang aku, pengetua tu je.

.

.

"Dah, jangan sedih-sedih lagi tau." ujar Puan Zarina sambil mengusap air mata di pipi Sephia.

"Arfyna boleh solat? Kalau boleh, pergi ambil wudhu', jom kita solat tahajjud sama-sama? Kita sedekahkan doa untuk ibu kamu. Tambah lagi, seandainya ada pahala atas solat tahajjud kita, kita salurkan juga pahala ini untuk ibu kamu."

"Boleh, mummy. Jom!" balas Sephia dengan senyuman yang gembira

Kali pertama Puan Zarina melihat Sephia betul-betul tersenyum gembira. Raut wajah Sephia kelihatan lebih cantik apabila tersenyum. Siapalah bakal suami kepada Sephia suatu hari nanti, beruntung dia dapat gadis kacukan Jepun yang sangat cantik sebagai isteri.

Walaupun Sephia sudah berusia 17 tahun, Puan Zarina sangat berharap dia dapat meluangkan masa dengan Sephia dengan lebih lama. Kadangkala, dia juga berharap agar Sephia tidak kahwin dalam usia terlalu muda. Dia ingin menjaga Sephia dengan lebih lama. 

Dapat jaga anak saudara pun baginya adalah satu nikmat yang sangat besar. Kalaulah Puan Zarina mengetahui tentang insiden keluarga Sephia, sudah tentu dari awal lagi Puan Zarina dapat menjaga Sephia...

Selamanya, Kesayanganku.Where stories live. Discover now