Sudah 12 tahun Sephia tinggal di Edean Orphanage; rumah anak yatim itu. Mungkin bukan rezekinya lagi untuk di ambil oleh keluarga angkat.
Sebenarnya, Sephia pernah diambil sebagai anak angkat semasa dia berumur 11 tahun, 1 tahun selepas Faqih meninggalkannya. Tetapi, dia hanya tinggal dengan keluarga angkatnya selama 6 bulan, kemudian dia dikembalikan semula ke rumah anak yatim, kerana keluarga angkatnya itu tidak mampu untuk menjaga Sephia. Sering bergaduh pasal wang, wang tak cukup untuk makan, minum, pakaian. Walaupun Sephia budak yang pintar dan tak banyak songeh, namun keluarga tu sahaja yang bermasalah.
*****
23 Julai...
Sephia duduk di bangku. Cantik betul taman bunga kecil di rumah anak yatim ni. Sambil menikmati pemandangan bungaan ini, Sephia bermonolog sendirian.“Hari ni..Aku, dah..17 tahun.”
Sephia menatap bunga mawar yang ditanamnya. Ah, dah mekar! Warna merah gelap.
“...Happy birthday.., to me.” Sephia tersenyum kecil. Jarang dia senyum. Kali terakhir dia betul-betul senyum pun dia dah lupa agaknya.
Sudah 12 tahun dia tidak menyambut hari lahir bersama keluarganya. Kini, Sephia sudah berumur 17 tahun. Dia sudah merancang kemana dia harus membawa dirinya selepas SPM. Takkanlah dia nak duduk sini sampai tua, kan?
“Aku, tak sabar nak keluar dari tempat ni. Mulakan hidup baru, sendiri...”
“Tinggal lagi berapa bulan je..nak SPM. I... can do this.” katanya sambil membelek bunga-bunga yang lain.Sedang dia membelek bungaan yang mekar mewangi itu, Nabila, ketua dorm menghampirinya dari belakang. Nabila seorang yang tegas, tetapi dia baik dan sopan. Cuma tegas dalam melaksanakan tugasnya sahaja.
“Ha! Kat sini pun kau, ikut aku kejap weh, Seph. Ada hal ni.” ujar Nabila.
“Hal... apa? Tell me or else I'm not going.” balas Sephia.
“Aduh, kau ni. Manalah aku tahu, pengetua suruh aku panggilkan kau datang bilik dia. Katanya ada something.” kata Nabila. Haih..Seph, would it kill you to just be nice for a bit??
“Okay.” Sephia bangun dari bangku lalu meninggalkan Nabila.
“Oii kot ye pun tunggu lah aku!” Nabila mendengus. Tak ubah dengan perangai dinginnya itu!
Nabila juga macam senior juga di rumah anak yatim itu. Dia juga telah lama tinggal di rumah anak yatim. Jadi, dia sudah kenal dan masak dengan perangai Sephia. Keras macam batu. Hati kering. Anti-sosial. Huhuhu.
*****
“Oh, panjang umur kamu Arfyna!” pengetua itu menyapa Sephia.Sephia hanya tersenyum kelat.(Ah, dia panggil dengan nama tu...lagi. Takpelah, dia orang tua, dia taktahu.)
“Terima kasih ya, Nabila. Kamu boleh pergi tengokkan adik-adik kamu yang lain kat dorm ya.” Pengetua itu senyum gembira mengucapkan terima kasih.
“Baik, Ummi.” balas Nabila.
Puan Fatimah, pengetua Edean Orphanage, lebih suka di panggil sebagai "Ummi" oleh penghuni Edean Orphanage. Dia menganggap semua anak-anak disitu seperti anaknya sendiri.
“Kenapa.. ummi panggil saya ke sini? Ada apa?” Sephia bertanya kepada Puan Fatimah.
“Harini hari lahir kamu kan? Ummi ingat hari lahir anak-anak ummi.” ujarnya dengan senyuman manis.
Sephia tergamam, (Aku ingat, takde siapa ingat...birthday aku..tapi..ah, wait, she's the principal, she must had those records..that's why..) Sephia bermonolog dalam hatinya.
“Betul kan? Mengelamun pulak kamu ni” Puan Fatimah tergelak kecil melihat karenah Sephia.
“Y..ya” balas Sephia sambil mengganguk kecil.
“Selamat Hari Lahir yang ke-17, ya Arfyna. Ummi ada kejutan untuk kamu.” Kejutan apa pulak ni? Khas untuk senior je ke ada suprise? Tak pernah lagi orang ber-suprise dengan Sephia selama dia di Edean Orphanage.
Sephia hanya diam, tetapi dia nampak seperti ingin tahu, juga nampak confuse.“Ta-daaa” datangnya dua figura, lelaki & wanita. Adakah ada orang mahu menggambil Sephia sebagai anak angkat?
“Is this... the suprise? Who are they?” Sephia bertanya kepada Puan Fatimah.
Belum sempat Puan Fatimah menjawab. Lelaki tersebut mencelah.
“Ah, maybe you don't remember me. You were too young that time.” katanya sambil mengusap kepala Sephia.(Too young? Siapa diorang ni? Kenapa sukahati sentuh aku ni? Tahu batas ke tak?) Banyak persoalan yang keluar di minda.
Apa jenis kejutan ni? Memang terkejut betul Sephia dibuatnya. Tiba-tiba sahaja dua orang yang tidak dikenalinya menjadi 'suprise' hari lahirnya.
YOU ARE READING
Selamanya, Kesayanganku.
Teen FictionArfyna Safiyya, seorang remaja 17 tahun yang sangat dingin dan pendiam. Arfyna sangat sukar bergaul kerana masalah sikap dinginnya itu. Sikap dinginnya itu disebabkan oleh kisah latar belakang hidupnya yang agak menyakitkan. Arfyna seorang anak yati...