BAB 2: Sayonara, Edean.

14 3 0
                                    

Ternyata, dua orang itu adalah saudara Sephia! Abang kepada ayah Sephia yang tinggal di Australia telah kembali ke tanah air! Encik Syamsul dan isterinya Puan Zahirah.

Ya, itu bapa saudara & ibu saudara Sephia. Mereka telah pindah ke Malaysia beberapa bulan yang lalu kerana ingin tinggal di Malaysia semula, rindu negara asal. Walau macam mana best negara yang di diami, tanah air juga lah yang paling terbaik. Mereka memutuskan untuk tinggal di negara asal hingga hari tua.

Setelah pulang ke Malaysia, mereka baru tahu tentang insiden 12 tahun yang lalu, dimana ibu Sephia dibunuh, manakala ayahnya dipenjarakan. Sejurus sahaja mereka tahu tentang insiden tersebut, mereka terus mencari maklumat di mana keberadaan anak saudaranya.

Encik Syamsul & Puan Zahirah ingin mengambil Sephia sebagai anak angkat. Mereka berdua telah berkahwin selama 20 tahun tetapi tiada rezeki buat mereka untuk menimang cahaya mata sendiri, kerana Puan Zahirah mempunyai masalah peranakkan (sakit puan). Dia pernah keguguran selama 5 kali. Banyak rawatan dibuat, berkali-kali keluar masuk hospital, bermacam ikhtiar dilakukan, namun semuanya hampa.
Puan Zahirah meminta suaminya untuk mencari isteri kedua, namun, Encik Syamsul tetap setia kepada Puan Zahirah walaupun dia tidak mampu untuk memberikan zuriat kepadanya...

Walaupun dijadikan anak angkat, Sephia masih juga sebahagian dari darah daging Encik Syamsul. Kerana Sephia adalah anak saudaranya.

*****
"Baiklah tuan & puan sign dekat dokumen ni...Alright, dah siap. Terima kasih banyak ya."  Puan Fatimah mengucapkan terima kasih kepada pasangan suami isteri itu kerana mengambil Sephia.
Kesian juga dia melihat Sephia lama tinggal disini tanpa sesiapa. Pada masa yang sama, dia juga sedih kerana anak asuhan yang paling lama menetap di Edean Orphanage akan meninggalkannya.

"Mari ikut mummy & daddy? Mulai hari ni Arfyna tinggal dengan kami, okay?" Puan Zahirah memegang tangan Sephia.

(Ah, "mummy..daddy..", dan..sentuhan ini...
Adakah ini hadiah hari lahir yang dikurniakan dari Tuhan untukku?)

Walaupun Sephia masih dingin, tetapi jauh di lubuk jiwanya, dia sebenarnya gembira.

"Tunggu sekejap. Saya nak kemas barang saya dulu." Sephia membalas, lalu melepaskan gengaman tangan ibu saudaranya.

"Oh, iye lah, barang kamu! Sorry, kami excited sangat nak bawa kamu balik! hihi" Puan Zahirah tertawa kecil.

*****
Usai barangan Sephia dimasukkan ke dalam bonet kereta, terlihat seorang perempuan berlari ke arahnya. Ah, itu Nabila. Eh, dia juga membawa ummi bersama.

"Kau ni kan! Nak pergi tak cakap. At least cakaplah, ni diam-diam tiba-tiba nak blah macam tu je?!" Nabila mencebik. Dia berasa sedih kerana Sephia akan meninggalkan Edean Orphanage.
Sephia orang paling lama kot duduk dengan dia kat sini! Walaupun mereka kurang rapat kerana sikap Sephia tidak suka didekati, namun, dia tahu Sephia seorang yang baik, cuma, She doesn't know how to express it or doesn't want to express it.
Sephia juga seorang yang pintar dan fast-learner. Sephia kadang-kala membantu Nabila dalam pelajaran.

"Sorry, I don't want to bother you." balas Sephia.
Ya Allah , Sephia! Masih lagi dengan perangainya itu.

"Hmm takpelah, aku faham. Elok-elok nanti kat rumah baru! Jaga parents kau baik-baik! Kalau rindu kau call je eh aku ngehehehe"  Nabila memberi sekeping notepad kepada Sephia. Nombor telefon Nabila tertera di atas notepad itu

"Sejak bila kau...ada nombor telefon?" Tanya Sephia dengan pelik.

"Oh, aku baru dapat tadi! Berlari aku pergi kedai beli simcard guna duit simpanan aku hehe, cuma phone je takde lagi. Nanti aku dah ada phone aku letak ah!" ujarnya.

"Comelnya korang berdua ni." Puan Fatimah tertawa melihat karenah Nabila & Sephia. "Ummi doakan Arfyna sihat selalu ya. Selamat maju jaya, SPM nak dekat tu, study elok-elok" Puan Fatimah memeluk Sephia. Nabila pun turut join sama!

"Oh ya, aku ada lagi benda nak kasi, tapi jangan bukak sekarang. Nah!" Nabila menghulurkan satu sampul bewarna biru.

"Terima kasih, ummi, Nabila." Sephia membalas. Sebenarnya banyak lagi yang ingin dikatakannya, dia juga berat hati untuk tinggalkan Edea Orphanage. Tetapi, dia hanya simpan di dalam hati sahaja.

Sephia memasuki perut kereta, dan beredar. Puan Fatimah & Nabila melambaikan tangan kepada Sephia sebagai tanda selamat tinggal.

Sayonara, Edean Orphanage. Thank you for this 12 years. Even there are some bitter memories...

Selamanya, Kesayanganku.Where stories live. Discover now