“Arfyna, Arfyna.. mari ikut papa sayang? Mama dah mati. Mama memang tak layak jaga kamu. Papa lebih layak. Jom kita tinggalkan tempat ni, alright?” Fakhruddin memujuk Arfyna untuk mengikutnya. Tetapi, walaupun Arfyna berumur 5 tahun. Dia nampak semuanya. Papa dah bunuh mama! Tak mungkin dia akan menerima 'tawaran' ayahnya itu.
“Tak nak! Papa jahat, papa jahat!! Arfyna nak dengan mama je. Papa jahat!! Papa buat mama mati!” katanya sambil menangis, meratapi mayat ibunya.
“Like it or not, you're going with me!” Fakhruddin menarik lengan Arfyna. “Ikut papa!” Dia ingin membawa anaknya keluar dari rumah itu, meninggalkan mayat Mariya di situ. Kawasan rumah lama Mariya itu agak terpencil. Takkan ada yang tahu.
“Taknak!!! Arfyna taknakkk!! sakit, papa, sakitttlah! Lepaskan Arfyna..” teriak anaknya itu.
Fakhruddin membuka pintu. Suprise! Polis di depan mata! Terkejut beruk si Fakhruddin. Macam mana boleh ada polis ni?!
*****
Fakhruddin ditahan dan dimasukkan dalam penjara atas kesalahan membunuh. Siasatan dijalankan, ternyata Fakhruddin didapati positif dadah.Dia bermula terjebak dengan dadah apabila dia stres dengan kerjanya. Seorang kawannya memberinya sepaket serbuk. Katanya boleh hilangkan stres. Hanya kerana ingin 'release tension', dia mula ketagih dadah. Hingga prestasi kerjanya merundum. Dia dibuang kerja.
Mariya sangat terkilan dengan perangai Fakhruddin yang semakin hari semakin teruk hingga dibuang kerja. Entah apa yang merasuki suaminya itu. Dia sudah tidak tahan. Dia ingin bercerai dan meninggalkan suaminya yang tak guna itu.
Namun, hanya tragedi yang berlaku. Mariya mati dengan tangan Fakhruddin. Fakhruddin pula, dihumban dalam penjara.
Apakah nasib puteri tunggal mereka, Arfyna? Kesian anak kecil itu. Dia tidak tahu apa-apa. Bebanan ujian yang diterimanya agak berat untuk umur sebegitu.*****
Arfyna dihantar ke rumah anak yatim. Arfyna tiada saudara-mara terdekat.
Ibunya orang Jepun, anak tunggal. Atuk & nenek belah ibunya sudah tiada. Begitu juga atuk & nenek sebelah ayah, kedua-duanya juga sudah tiada. Tetapi, ayah Arfyna mempunyai seorang abang. Ya, bapa saudara kepada Arfyna. Tetapi dia tiada di Malaysia. Dia menetap di Australia bersama isteri, kerana mereka bekerja di sana.
YOU ARE READING
Selamanya, Kesayanganku.
Teen FictionArfyna Safiyya, seorang remaja 17 tahun yang sangat dingin dan pendiam. Arfyna sangat sukar bergaul kerana masalah sikap dinginnya itu. Sikap dinginnya itu disebabkan oleh kisah latar belakang hidupnya yang agak menyakitkan. Arfyna seorang anak yati...