P a r t ■ s e v e n

338 14 5
                                    

"Khairi aku datang ni ada hajat" Tan Sri Khalid memulakan perbualan.

"Ada apa tu lid? Macam series aja bunyinya."

"Kami datang nak meminang bunga kau"

"Oh! Ada sorang aja lah yang tak kahwin lagi Rysya sorang aja. Yang lain dah kena ikat lid!"

"Memang hajat aku datang ni nak meminang Rysya untuk Aisy. Kau setuju ke?"

"Oh begitu! Kalau macam tu kami setuju jer! Tapi kenalah tanya juga tuan empunya badan macam mana"

"Tak payah abang nak tanya-tanya Rysya tu. Kan dia dah cakap dia serahkan kita pasal jodoh dia tu, dia setuju je kan. Jadi buat apa nak tanya dia." Celah Qhaisyah sebagai ibu kepada Rysya.

"Kalau macam tu, tak apalah. Kami setuju lid!"

"Alhamdulillah"

"Bila nak tetapkan tarikh ni?" Tanya Qhaisyah tak sabar mahu melihat anak bongsunya itu berkahwin.

"Sabar sayang..." Khairi meleret kan suaranya.

Qhaisyah sudah tersengih sambil mengangkat peace.

"Apakata kita tak payah buat majlis pertunangan. Kita buat nikah, bersanding itu ajalah." Cadang Nur Arnie hanim iaitu isteri kepada Tan Sri Khalid.

"Haa..bagus jugak tu cadangan kau hanim." Ujar Qhaisyah sambil tersenyum memandang bakal besannya.

"Okey kalau semua dah setuju. Kita tetapkan tarikh ajalah! Hm..tarikh tu apakata kita suruh diaorang aja tentukan. Diaorang kan berhak"

"Yer betul tu bang" Qhaisyah menyokong cadangan suaminya.

Mereka semua berbual mesra hingga ke larut malam.

                      ***
Dalam sibuk Rysya mencuci pinggan tiba-tiba dia terdengar jeritan seseorang diruang tamu.

Pinggan yang ditangannya itu diletak ketepi dan dia menuju ke ruang tamu tersebut ingin melihat apa yang terjadi.

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh" jerit seorang lelaki asing.

"Cakap sape hantar kau??!" Ujar keras Syiqin.

Lelaki asing itu telah pun diikat dan dia duduk dilantai. Tampak muka lelaki itu takut apabila terpandang muka Rysya yang baru sahaja keluar dari dapur itu.

"Ap...apa dah jadi?" Ujar Rysya blur dengan keadaan sekarang.

Semua mata tertumpu pada Rysya termasuk lelaki asing itu.

"Tadi mase Zara siram pokok bunga jantan ni nak tembak Zara tapi nasib baik aku perasan kalau tak dah lama dah badan Zara ni makan peluru pepagi." Jelas Syiqin tegas sambil mencerlung mata kearah lelaki berbadan tegap itu.

"Sape hantar kau?" Tanya Rysya tegas.

"Aku...aku..tak...tahu"

"Jawab!" Ujar Rysya lagi.

"Aku kata aku tak tahu...tak tahu lahhh bodoh!!!"

"Betul kau tak tahu?" Tanya Rysya seram.

Yang lain yang melihat senyuman seram Rysya itu berpandangan sesama sendiri. Akan tetapi mereka hanya mendiamkan diri saja. Tak berani ingin menentang Rysya ketika itu.

"Bagitau aku sekarang.."

Lelaki itu hanya mendiamkan diri dan menunduk kepalanya kebawah, tidak sanggup melihat mata Rysya yang memandangnya tajam.

Rysya tersenyum sinis. Dia melangkah perlahan kearah lelaki itu dan duduk bercangkung didepan lelaki itu. Rysya mengangkat dagu lelaki itu lalu tersenyum seram apabila melihat muka lelaki itu tampak takut.

Pyscho HusbandWhere stories live. Discover now