6.00PM
Rysya keluar dari bilik dan terus menuju kearah dapur. Dah berapa jam dia membuta tadi! Haih aku ni pantang orang bagi aku tidur, kalau tidur jawabnya esok baru bangun. Nasib baiklah angah kejutkan tadi untuk solat asar kalau tidak dah kelaut dah asar aku!.
Getus hati Rysya. Sebaik sahaja sampai dimuka dapur dapatku lihat emak saudara-maraku sedang berbual mesra dengan yang lain. Sungguh membahagiakan!.
"Haa dah turun dah puteri gunung ledang ni? Asal tak turun esok aje?" Perli Ateh kepadaku. Aku hanya menjelingnya tajam.
Sibuk je! Suka hati titer lah nak membuta pun ibu dah bagi line clearkan. Jeles ler tu.
"Sibuk je!" Ujarku sambil mencium manja pipi emak saudaraku makngah, makteh, makuda, makusu, maklang dan makda.
Diaorang hanya mengelengkan kepala sahaja melihat telatah aku yang cukup manja dengan diaorang. Mahunya dielak ciumanku mulalah aku merajuk, habis dengan semua orang aku tak cakap. Merajuk punya pasal.
"Mak usu cantik tak baju pengantin yang ibu sewa untuk Rys?" Ujarku sambil menyuap buah epal kedalam mulut.
"Okay je. Nampak cantik! Kalah mak usu tau" ujar Makusu sambil memuncungkan mulutnya tanda 'tak adil'.
"Alaa! Mak usu ni. Mak usu kahwinkan zaman ni tak moden lagi. Mak usu tu baru zaman dulu, sekarang ni zaman moden mak usu. Kalau nak rasa pakai baju pengantin lagi mak usu kahwin lah lagi. Mintak izin dengan Pak usu." Ujarku sambil tertawa kecil.
"Memang mak usu berhajat pun" kata-kata mak usu membuatkan semua orang didapur tertawa.
"Haa! Nak bagitau pak usu" ugutku.
"Syuhhh! Diamlah Rys" ujar mak usu sambil meletakkan tangannya dibibirnya.
"Oh nak kahwin lain eh? Nak tinggalkan abang lah ye? Sampai hati eh sayang buat camni kat abang? Dah tak sayang abang dah ke? Nak merajuk lah camni!" Sampuk pak usu sambil melipatkan tangan didada dan memuncungkan bibirnya kedepan.
Mak usu meluru kearah pak usu untuk memujuk. Tulah siapa suruh cakap camtu hahaha kan dah kena!
"Alaa abang ni Nia gurau aje pun. Takdenye nak duakan abang pun. Nia sayang abang sebesar lautan tau bang." Pujuk Mak usu bersungguh-sungguh.
"Eleh sebesar lautan konon tadi bukan main stalk budak tiktok dalam Ig." Sampuk Makteh sambil menjuihkan bibirnya.
"Diamlah bodoh"
"Oo! Macam tu. Okay takpe, haa pergilah stalk syuh syuh! Malas nak layan" pak usu melangkah kearah tangga. Mak usu pula berlari anak mengikut langkah besar suaminya.
"Hish kau ni! Siap kau eh japgi! Abang! Tunggu lah Nia. Abang!" Ujar mak usu dan sempat lagi memberikan warning pada Makteh.
Makteh hanya buat tak tahu aja. Malas hendak melayan perangai adiknya itu.
-♡-
8.15PM
Selesai sahaja makan malam kaum adam semua keluar pergi ke masjid untuk solat isyak disana. Kata abi ada penceramah nak datang di masjid.
Kaum hawa masih sibuk didapur untuk membuatkan persiapan kahwin Rysya. Pelamin yang berwarna putih itu dipandang gembira. Tak sabar nak duduk esok dengan bakal suami auch! Gatal.
Sungguh mewah pelamin itu! Ibu kata dia sewa untuk aku khas disebabkan aku sorang aje yang tak kahwin lagi. Besar gila cantik dan luas. Aku memerhati orang yang sedang memasang bunga dikelilingi pelaminku itu. Sungguh cantik! Pandai betul mereka menghiasnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/230664772-288-k1fab31.jpg)
YOU ARE READING
Pyscho Husband
Ação"AKU SAYANG KAU LAH BODOH!?" ucap lelaki bertopeng itu. "kau sape hah?! nak sayang ii aku?! aku tak kenal kau lah gila?!" bentak seorang gadis. "betul kau tak kenal aku?!" tersenyum sinis lelaki bertopeng itu pada seorang gadis anggun. "YER LAH AKU...