1

49 8 22
                                    

Seorang lelaki mengorak langkah melintasi deretan loker di sebelah kanan dan kirinya. Sampai di sebuah loker yang penuh dengan contengan berbentuk cacian dan makian, lelaki itu berhenti dan membuka loker tersebut. Beberapa buah buku diambil, airpod di-onkan, iPhone dicapai lalu lagu Water Fountain oleh Alec Benjamin dipasang kuat. Cukup kuat hingga dapat menenggelamkan suara manusia-manusia yang berada disekitarnya.

Langkah diatur menuju ke kelas. Dirinya leka menunduk memandang lantai mozek sekolahnya yang berkilat-kilat sehingga tidak sedar akan gerangan yang berada di hadapannya. 'Auch' getus lelaki itu. Dia mendongak ingin melihat gerangan yang menunjal dahinya secara tiba-tiba. Matanya membulat, riak mukanya bertukar riak.

"Well, look who's here. This guy really is a loser, huh? Look at his uniform. I bet he got it from a rubbish bin tho" sinis suara Tengku Inara mengejek lelaki itu. Teman lelakinya di sebelah, Lutfi Muayyad beriya-iya ketawa mendengar kata-katanya. Apa yang lawak pun tak tahu lah.

"You, you rasakan kenapa si loser Ian ni boleh masuk sekolah ni eh? You suruh lah ayah you buang mamat ni. Semaklah mata I tiap hari kena hadap muka hodoh dia ni eww" Inara menambah lagi kutukan terhadap lelaki yang digelar Ian itu.

Ian. Seorang lelaki berambut serabai, pipinya penuh dengan jerawat batu, berkaca mata petak tebal, memakai pendakap gigi berwarna kuning, uniform sekolahnya kusut tidak bergosok. Memang macam tipikal nerd sekolah.

Ian dikenali sebagai pelajar tajaan di sekolah Ladenine Highschool, sekolah milik keluarga Lutfi yang sekarang dikelola oleh ayahnya, Pengetua dan Pengarah Latif Muazzam. Atas statusnya sebagai pelajar tajaan, ramai pelajar memandang hina terhadap dirinya. Almaklumlah, Ladenine Highschool merupakan sebuah sekolah swasta terbaik di Malaysia. Sekolah ini menyediakan fasiliti kelas pertama sesuai untuk kegunaan para orang kaya. Semua kerabat diraja, orang kaya, menteri berpusu-pusu menghantar anak mereka bersekolah disini. Tambahan lagi, pelajar-pelajar Ladenine Highschool amat terkenal dengan kehebatan pelajarnya dalam semua bidang. Kehebatan dalam bidang akademik, sukan, muzik mahupun seni sememangnya menjadikan sekolah tersebut sekolah pujaan semua orang.

"Inara dear, why do you even bother to look at him? Dont dirt your eyes, sweetie. Come on, let's go. Pandang mamat Ian ni lama-lama boleh buat muntah." ujar Lutfi seraya memeluk bahu girlfriend-nya lalu pergi meninggalkan lelaki yang digelar Ian itu tadi.

Ian mengeluh lalu mengorak langkah menuju ke kelasnya. Pagi-pagi lagi dah kena layan dua ketul manusia bongkak nak mampus. Buat badmood saja.

***************************

"Assalamualaikum!!" salam dilaung kuat setelah pintu rumah dibuka. Ian melangkah membuka kasut lalu meletakkan kasut sneakers berjenama Converse itu di atas rak kasut. Kakinya melangkah masuk lalu dirinya menuju ke dapur.

"Lambat gila kau sampai rumah Yad." Ian ditegur oleh seorang jejaka kacak yang berada di dapur. "Ye, aku kena tahan ngan Lutfi tak guna tu tadi. Apalah yang dia tak puas hati sangat dengan aku." rungut Ian sambil mencapai gelas berisi fresh orange milik jejaka kacak tersebut.

"Hidup loser memang macam tu. Ramai pembuli MUAHAHHAHHAHAHAHAHA" tiba-tiba datang seorang lagi lelaki kacak berambut perang keriting mengutuk Ian lalu ketawa macam mak lampir.

Ian mengerutkan kening. "Kau ni kan Niyyaz. Aku sekeh kang." Kata Ian sambil mengacukan penumbuk kepada lelaki berambut perang yang digelar Niyyaz. Tergelak Niyyaz melihat kelakuan rakannya itu. Ada dia takut? Tak ada. Dia menjelir lidah lalu berlari meninggalkan dapur sambil mengilai.

Gelas fresh orange yang dipegang Ian tiba-tiba dirampas seorang lagi lelaki kacak yang entah muncul dari mana. Dengan muka penuh selamba lelaki itu cakap, "Dah lah Yad. Pergi mandi. Sakit mata aku tengok baju kusut kau ni." Ian membulatkan matanya memandang air fresh orange yang sudah dihabiskan lelaki itu. Dia belum minum pun air tu!

Matanya tajam memandang lelaki itu. "Kau ni lagi sorang Eliyan, suka sangat dengki dengan aku kan! Air aku pun nak curi eeeeee" rungut Ian sambil mengusutkan rambutnya yang dah sedia kusut. Rambut kusut, dikusutkan lagi. Jadi apa? Kusut kuasa dua. JDHJSJKSGDJG hambar betul.

"Technically, tu air aku. Kau yang curi dari aku." Lelaki yang mula-mula mengur Ian tadi bersuara. Dia mengangkat tangan untuk ber-hi-5 dengan Eliyan. "Naise, Lucas." Kata Eliyan.

Ian menjeling Eliyan tidak puas hati. Dia menuju ke biliknya sambil mendengus.

***************
Seorang lelaki kacak keluar dari bilik air lengkap berpakaian. Dia menuju ke ruang tamu. Keempat-empat orang rakannya sedang duduk menonton tv sambil makan super ring. Dia merampas plastik super ring yang dipegang oleh Lucas lalu melabuhkan punggung di sofa.

"Peh, kau tengok Mikyad weh. Dah hensem bhaii. 10 minit lepas nerd habis." Kata Niyyaz sambil tersengih kerang busuk memandang Ian.

Ian, atau nama sebenarnya Mikyad Fariyan. Ya, perwatakan nerd dan loser yang ditayang olehnya kepada pelajar sekolah hanyalah dusta semata-mata. Dia memakai kanta lekap berwarna hitam, kaca mata tebal, jerawat palsu yang ditampal di pipi, pendakap gigi palsu. Kita panggil dia Mikyad okeh. Mikyad merupakah seorang lelaki kacaks dengan rupa yang menawan semua perempuan diluar sana termasuklah saya- eh em. Paling unik, Mikyad mempunyai mata berona hazel terang seperti mat salleh. Memang dia ada kacukan British pun. Tetapi, kerana nak nampak rupa seperti nerd sejati, sanggup Mikyad memakai kanta lekap berwarna hitam pekat.

Mikyad membuat roll eyes. "Diam ah Niyyaz. Eliyan, ada job baru masuk?" Soal Mikyad kepada Eliyan yang sedang khusyuk memerhatikan skrin Macbook miliknya. Eliyan memandang Mikyad. "Esok. Pukul 10 semua dah kena ready. Siapa lambat aku potong gaji."

"ADUH RISH! KENAPA KAU TEMBAK AKU WEH!"
"SUMPAH TAK SENGAJA DO SORRY NIYYAZ."

Lucas menoleh memandang Niyyaz dan seorang lelaki berambut blonde yang bernama Farish. "Korang dengar ke tidak apa yang Eliyan cakap?" Mata Lucas mencerlung memandang dua orang rakannya yang sibuk bermain game.

"TAK DENGAR LAH WEHHHHHHH ADUH MATI LAGI AH BENCI LAH AKU GAME NI." Niyyaz mencampak iPhone miliknya ke tepi. Dia membuat muka serius, kedua tangan menongkat meja. "Apa kau cakap tadi Eli?" tanya Niyyaz dengan muka serius.

Farish juga mengikut jejak langkah Niyyaz. Telefonnya dibaling entah ke mana lalu tangannya ditongkatkan ke meja seperti Niyyaz. Muka serius ditayang. "Betul cakap Niyyaz tu. Kau cakap apa tadi Eli?"

Eliyan membuat muka bengang. Benci betul dengan budak nakal dua ketul ni. Adakah patut nama Eliyan dipendekkan menjadi Eli? Dah macam nama perempuan! Hilang macho huh! "Gi mampos ah korang. Tak dengar sudah." Balas Eliyan lalu dia sambung memerhatikan skrin Macbook-nya.

"Habislah korang berdua. Fuh masyuklah gaji kita bulan ni, gaji Farish dengan Niyyaz mesti kena potong punya. Siapa suruh korang cari pasal dengan Eliyan?" Mikyad memprovok kedua rakannya itu. Muka Farish dan Niyyaz sudah cemberut.

Lucas menggelengkan kepalanya perlahan sambil ketawa. "Esok kita ada job. Pukul 10. Siapa lambat, gaji kena potong. Tapi kalau korang nak lambat pun takpe, gaji korang bulan ni kan memang akan kena potong MUAHAHAHAHAHAHAHA" Lucas gelak jahat.

                        Mikyad Fariyan.
Muhammad Eliyan.
                        Lucas Zandani.
                        Farish Amrin.
          Niyyaz Ouqasyah.

Sebuah alkisah tentang lima sekawan, MELFO.

------------------------------------------------------

hi semua! Ni first time saya publish story dekat Wattpad, biasa baca je tapi tiba-tiba rasa nak publish story hehehe. Please support new-writer ni dengan vote and comment tau! And share lah story ni dengan kawan-kawan korang sekali ye hehehe.

MelfoWhere stories live. Discover now