4

20 3 1
                                    

Suria menyinar terang menjadikan pagi Ahad itu segar dan tenang. Tambahan lagi dengan kehadiran kicauan burung-burung, bunyi deruan angin lembut, jeritan nyaring Lucas....

"ELIYAN! DAH BERAPA KALI AKU CAKAP, PAKAIAN KOTOR NI LETAK LAH KAT BAKUL PAKAIAN KOTOR! MERATA-RATA NI SEMAK LAH MATA AKU!"

"Rilek ah Lucas, sepah sikit je"

"SIKIT APANYA? KEMAS SEKARANG!"

"NIYYAZ DAH BERAPA KALI AKU KATA, KAT SINI TAK ADA BIBIK NAK SUSUN KASUT-KASUT KAU NI." 

"Alah, esok kan housekeeping service tu datang. Susah-susah je lah kita panggil dia datang kalau rumah ni kemas..."

"OH BANYAKLAH ALASAN KAU. TAKDE TAKDE, KEMAS SE-KA-RANG!"

"FARISH- Oh bagus, kemas."

"Well, look at whom you are talking about lah. This is Farish Amrin okey! Huh!"

"MIKYAD!! KALAU NAK MAKAN, JANGAN LAH MAKAN DALAM BILIK KAU BUKANNYA RETI KEMAS PUN ADUHAI!" 

"Kau pun makan dalam bilik... Macam lah kitorang tak tahu kau makan ayam goreng atas katil sambil tengok drama korea..."

"ATLEAST AKU KEMAS!"

Maka Melfo pun terpaksalah kemas rumah dua kali ganda daripada biasa kerana amukan Lucas. Lucas dan perangai emak-emak? Berpisah tiada.

************************************

Jam menunjukkan angka 2 petang. Kesemua ahli Melfo yang kepenatan duduk di ruang tamu yang berhawa dingin. Mana tak penat, setiap inci sudut rumah itu disapu, dimop, dilap sampai berkilat. Bak kata Lucas ; 

"Selagi tak berkilat, jangan harap korang boleh rehat!" - Lucas, 2020.

Mikyad berjalan ke dapur dan kembali bersama 5 botol Coca-Cola dingin. Dia mencampakkan Coca-Cola tersebut ke arah kawan-kawannya. "Duit dah masuk ke belum?" Soal Mikyad sambil tangannya ligat membuka penutup botol air berkarbonat Coca-Cola itu. Air itu diteguk perlahan sambil mata dikerling memandang Lucas.

"Dah. Payment masuk dalam account Melfo RM15,000. Sorang dapat RM3,000" Balas Lucas.

"RM3,000 je? Hmm memang patut pun, job semalam senang gila." Kata Farish.

Eliyan tersengih sinis. "Senang-senang pun, siapa lah yang menjerit macam orang gila semalam sebab nampak tikus?" Farish menjeling Eliyan. "Geli okey tikus! Ergh.." Botol hand sanitizer berjenama Dettol dikeluarkan daripada poket. Beberapa titis hand sanitizer dituang ke atas tangannya, lalu disapu menyeluruh kedua-dua belah tangan. Hygienic betul mamat ni.

"ARGH!!!!" 

Jeritan Niyyaz tidak diendahkan rakan-rakannya.

"AKU LAPAR GILA NI JOM LAH KELUAR MAKAN!" Niyyaz menjerit histeria. 

Nampaknya, ahli-ahli Melfo dan terbiasa dengan jeritan maha kuat oleh Niyyaz. Lucas hanya menggelengkan kepalanya perlahan,  daripada pertama kali jumpa pun Niyyaz memang sewel macamtu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 29, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MelfoWhere stories live. Discover now