❝ if I get the courage to stand before you, would everything be different now ? ❞++
KLEK !
Seolbi kalihkan pandangan kearah pintu . Jihyo masuk dan henyahkan duduk di sebelah Seolbi . Dia sandarkan badan seraya penjamkan mata . Terasa penat kerana banyak kerja hari ini di pejabat serta ada kerja di luar bertemu klien .
Seolbi perlahan televisyen dan tumpukan kepada Jihyo di sebelah ." Kenapa aku tengok kau macam tak ada mood aje ? ada problem apa ? "
Tegur Seolbi . Jihyo jelikan mata dan pandang Seolbi di sebelah ." Penat .
Banyak kerja dekat pejabat .
Tambah pula aku banyak keluar hari ni jumpa klien "
Seolbi mengangguk faham .
" Oh ya , tadi Nura call aku sebab dia call kau tak dapat "" Dia cakap apa ? "
" Dia suruh kau bank in kan dia duit untuk bayar yuran kolej yang tertunggak "
Balas Seolbi dan pandang Jihyo bersimpati .
Kawannya itu terlalu bekerja keras .
Jihyo angguk .
" Nanti aku bank in kan "
Song Nura ialah adik Jihyo yang sekarang belajar di sebuah university di China .BIP !
Jihyo mengeluarkan telefon dari dalam tas tangan . Telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk .
saera .
jihyo , jumpa I dekat taman .
I nak jumpa you , ada benda I nak
bincang dengan you .Dahi Jihyo berkerut .
Apa pula yang Saera mahu bincangkan dengannya . Kerana jarang sekali keduanya bertemu .
Malas mahu fikir banyak . Jihyo pergi sahaja ke taman tersebut . Mungkin ada hal penting yang Saera mahu bincangkan dengannya .Sampai di taman , Jihyo turun dari kereta dan menghampiri Saera yang sudah berdiri di situ .
Saera tampak riak memandang Jihyo .
Sepeti selalu memang dia tidak suka senyum kepada Jihyo .Saera hela nafas .
" I tak sangka you sanggup khianat I .
I ingatkan sebagai perempuan you faham perasaan I "
Kata-kata Saera membuatkan Jihyo pelik .
Kenapa tiba-tiba Saera mengatakan kepadanya sebegitu ?" Khianat ?
Apa maksud awak ni , Saera ? "
Jihyo menyoal bingung . Tidak faham akan apa yang Saera cuba sampaikan .Saera melabuhkan duduk .
" You ingat I tak tahu malam semalaman you berpelukan dengan Sehun .
I nampak dengan mata kepala I sendiri .
You tak boleh nak berdalih lagi yang . . "
Percakapan Saera di pintas .
" Saera awak dah salah faham .
Serius , saya tak ada niat pun Saera .
Saya betul-betul tak sedar . Keadaan terlalu drastik . Saya hampir diculik Saera .
Sehun cuma nak tenangkan saya . Kalau saya sedar saya bersumpah saya tak akan buat macam tu . Situasi kami masa tu adalah kawan Saera . Dia tenangkan saya sebagai seorang kawan "