Our Fate : 5

71 12 21
                                    

“ korang tunggu dekat luar.. biar aku kemas baju baju aku sekejap ” kata ku lalu bergegas masuk kedalam rumah agam milik Jungkook

bagasi yang berada dibawah katil itu aku tarik keluar . semua pakaian dan keperluan aku dicampak masuk

tiada masa nak lipat satu satu

setelah selesai mengemas , aku ke bilik Junghyun dan Hyunbin pula . segala barang milik mereka berdua aku masuk kan kedalam satu beg besar

“ Yun ” tegur satu suara yang aku tidak mahu dengar . aku mengabaikan sahaja panggilan nya

pergelangan tangan aku ditarik supaya aku menghentikan segala perbuatan aku saat ini

pantas aku merentap tangan aku . tidak ingin disentuh

“ Yun please la dengar apa aku nak cakap ” ujar Jungkook

“ cakap apa lagi ? cukup la saya dah tau yang awak curang belakang saya Jungkook.. pergi la pada dia mungkin dia boleh bahagiakan awak lebih dari apa yang saya buat ” tutur ku lalu keluar dari bilik itu

Jungkook menghalang satu satu nya jalan untuk aku keluar dari rumah itu

“ Jungkook please.. saya dah cukup penat dengan apa yang saya lalui.. saya tak tahu apa salah saya pada awak sampai awak buat keputusan untuk curang ” kata aku perlahan

“ tapi saya tahu saya tak boleh halang awak walaupun awak suami saya.. cukup la saya menderita selama hidup saya ni.. saya yakin Tuhan dah ciptakan satu takdir baru buat saya ” sambung aku lagi

“ curang itu satu pilihan.. bukan nya dipaksa atau terpaksa jadi saya harap awak bahagia dengan dia ” kata ku bersama suara yang sedikit bergetar

“ kau.. betul betul nak aku lepaskan kau ? ” soal Jungkook setelah aku menghabiskan ayat ku

perlahan lahan aku mengangguk . “ ye.. ceraikan saya ” balas ku lalu merenung dua pasang mata berwarna hazel milik Jungkook

dia mengangguk perlahan . “ baik.. aku ceraikan kau ” balas Jungkook lancar

“ terima kasih ” aku terus berlalu keluar dari rumah itu bersama air mata

✿•˖*

“ Yun.. buat sementara ni kau duduk la rumah aku dulu ” ajak Naeyoun

“ takpe Youn.. kau hantar je aku dekat hotel mana mana.. aku boleh duduk situ sebelum aku dapat rumah baru ” balas ku

rambut panjang Junghyun aku elus perlahan

“ bahaya la Yun kau duduk dekat hotel.. kau tinggal je dekat rumah kitorang dulu.. teman Youn ni.. Dayyen pun ada la teman kalau kau duduk dengan kitorang ” tutur Jimin dibalas anggukan laju oleh Naeyoun

aku menghela nafas berat . “ o-okay ” balas ku sepatah

“ aku nak angkat Junghyun dengan Hyunbin.. anyway thankyou bagi aku tumpang sini ” kata ku bersama senyuman tipis

“ takde hal la ” kata Naeyoun . aku mengganguk perlahan lalu bergerak ke tingkat dua rumah milik Jimin dan Naeyoun

tubuh Junghyun dan Hyunbin aku baring diatas katil empuk itu . dahi mereka aku cium lembut sebelum menarik comforter itu menutupi separuh badan mereka

aku bergerak pula kearah balkoni bilik ini . ruangan mesej kakaotalk aku buka

Hwang Hyunjin

Hyunjin-ah mianhae
✓✓ seen 11:34pm

Typing...

bukan salah awak pun..
takpe :>>

jeongmal mianhae Hyunjin-ah

dah la tu..
pergi tidur
rest your mind
goodnight ❤️

nae :)
✓✓ seen 11:36pm

ruangan mesej aku dan Hyunjin ditutup . nombor seseorang aku dail . tak sampai beberapa saat panggilan itu diangkat

“ hello ahjussi ” sapa ku ramah

✿•˖*

“ eo ! ahjussi happy sangat bila kamu kata kamu dah ready nak ambil alih syarikat tu ! ” kata Ahjussi Choi merangkap pakcik aku yang diamanahkan oleh appa untuk serahkan segala harta dia pada aku

“ Yun rasa Yun kena berdikari sekarang ni ahjussi ” balas ku ramah

“ tapi Jungkook bagi pula kamu berkerja ? bukan dia tak benarkan ke ? ” soal ahjussi

“ Yun dengan dia bakal bercerai.. kami dah tak sehaluan lagi ahjussi ” tutur ku perlahan

Ahjussi Choi mengangguk perlahan

“ tak apa Yun.. ahjussi tau Yun kuat ” kata ahjussi ingin menyalur semangat buatku

aku tersenyum tipis . aku harap aku cukup kuat untuk hadapi segala ujian yang bakal datang

“ so ahjussi bila Yun boleh mula kerja ? ” soal ku apabila keadaan mula hening

“ esok kamu boleh datang ke pejabat untuk kenal pekerja pekerja dekat sana.. lusa kamu boleh mula kerja ” jelas ahjussi

aku mengganguk faham . “ gomawo ahjussi ” ujar ku lalu menunduk sedikit

semoga semua berjalan lancar . kau boleh Choi Soohyun

- tbc -

Love Me Till The End ; jjkWhere stories live. Discover now