aku berjalan dipesisir pasir pantai itu . ombak laut menghempas kuat pasir pantai itu
angin sepoi sepoi menyapa kulit
matahari yang hampir terbenam menjadi santapan mata . masih segar diingatan
disini la Jungkook menyatakan janji nya untuk setia bersama aku sehingga akhir hayat nya
sayang nya , janji itu lebur hanya kerana seorang wanita
aku menarik nafas dalam bagi menahan air mata daripada jatuh
“ Soohyun ? ” panggil seseorang . aku mengalihkan pandangan kearah suara itu
“ kau.. Felix ? ” kata ku bersama senyuman tipis
dia tersenyum manis lalu mengangguk laju
kami duduk disatu bangku berdekatan
“ tak sangka pula boleh jumpa kau kat sini Yun ” ujar Felix
“ tula.. last kita jumpa pun masa hari terakhir sekolah.. masa tu kau minta maaf kalau kau pernah buli aku ” kata ku bersama tawa kecil
“ eo ! penat tau aku cari kau satu sekolah.. rupa nya kau tengah berdrama dengan Jungkook ” kata Felix dengan nada tidak puas hati
aku tertawa kecil . “ mianhae ” tutur ku perlahan . mata aku masih tak lepas melihat ombak kuat itu
“ kau datang sorang ? ” soal Felix setelah kami berdua mendiamkan diri
“ kau ada nampak orang lain ? ” soal ku
“ tak ”
“ ha maksud nya aku sorang la bingai ! ” kata ku kepada Felix . dia tertawa kecil
“ mana tau kau datang dengan Jungkook ke ” kata Felix perlahan
“ aku dengan dia dah nak bercerai.. ” kata ku bersama senyuman tipis
“ wae ? ” soal Felix bersama riak wajah terkejut
“ dia dah jumpa jodoh sebenar dia.. aku terima takdir ni.. aku dah tak nak sakit Lix ” tutur bersama nada suara sedikit bergetar
“ aku faham.. maaf kalau aku buat kau sedih ” ujar Felix . aku menggeleng laju
“ takpe la.. aku balik dulu la ” pamit ku lalu bangun dari bangku
“ Yun ! ” panggil Felix . aku hentikan langkah lalu memandang kearah nya . kening aku jungkit sedikit
“ ni nombor aku.. kalau nak kopi kopi , bagitau la ” dia menghulurkan kad nya . aku sambut lalu disimpan dalam tas tangan
“ okay nanti aku text kau ” kata ku bersama senyuman manis . tangan aku lambai lalu masuk kedalam perut kereta
laju aku memandu pulang kerumah Naeyoun . kang balik lambat mengamuk pula dah la guna kereta dia
✿•˖*
kereta aku parkir dihadapan rumah Naeyoun . mata aku tertancap pada plat kereta dihadapan ku
itu kereta Jungkook
nafas panjang aku tarik sebelum perlahan lahan keluar dari perut kereta
daun pintu aku tolak perlahan . Sah Jungkook berada didalam bersama Naeyoun dan Jimin
ketat saja wajah mereka berdua manakala Jungkook masih dengan muka selamba nya
mata aku tertancap pula pada satu sampul berwarna coklat yang besar itu
“ ini mesti dokumen cerai tu kan ? ” soal ku lalu membuka sampul itu . Jungkook diam tak bersuara
setiap isi kandungan dokumen itu baca . makin sebak apabila mengenangkan Jungkook yang bersungguh untuk bercerai dengan aku
dengan segala kudrat yang masih ada , aku gagahkan diri untuk mengukir satu senyuman manis
pen aku capai lalu menanda tangan dokumen itu tanpa berfikir panjang
aku simpan semula dokumen itu kedalam sampul nya lalu dihulur pada Jungkook
lantas dia bangkit dari duduk nya untuk keluar dari rumah ini . mungkin benci tengok aku lama lama
“ Jungkook ! ” panggil ku menghentikan langkah nya . dia tak memandang sedikit pun kearah ku
“ terima kasih ” ucapku . dia terus keluar tanpa membalas apa apa
akhir nya aku kalah jua dengan air mata . tubuh aku dibawa masuk kedalam pelukan Naeyoun
teresak esak aku menangis dibahu Naeyoun
“ Yun stop it.. jangan bazir air mata kau untuk dia.. dia tak layak ” kata Naeyoun sambil mengusap lembut belakang badan ku
“ aku sayang dia Youn.. aku tak nak hilang dia ” kata ku dengan sedu
“ aku tau tapi kau ingat apa yang kau pernah bagitau aku dulu ? kita tak boleh ubah takdir.. mungkin Tuhan dah cipta satu lagi kebahagian buat kau dan bahagia itu bukan dari Jungkook ” jelas Naeyoun
“ sekarang kau rest je dulu.. jangan banyak fikir eo ” tubuh aku ditolak sedikit jauh
aku mengganguk perlahan lalu bergegas masuk kedalam bilik . pintu aku kunci lalu bersandar pada pintu
“ Tuhan kuatkan aku ” desis hati ku
✿•˖*
lama aku merenung borang penceraian antara aku dan Soohyun
“ betul ke apa aku buat ni.. a-aku sayangkan dia ” bisik ku perlahan
rumah yang dahulu nya bising dengan bebelan gadis itu kini sunyi sepi
TING
TINGlantas telefon aku capai . group aku bersama Jimin dan Taehyung aku buka
VMinKook 🐯🐥🐰
Park Jimin
dah tak function
caw dulu[Park Jimin has left the chat]
Kim Taehyung
sorry bro[Kim Taehyung has left the chat]
telefon aku campak ketepi . bagus Jungkook . kau bukan setakat hilang Yun tapi kau juga hilang kawan kawan kau
bangga la Jungkook !
- tbc -
YOU ARE READING
Love Me Till The End ; jjk
FanfictionC O M P L E T E D [ S1 & S2 ] ❛ 𝗶𝗳 𝗳𝗮𝘁𝗲 𝗹𝗲𝗮𝗱𝘀 𝘂𝘀 𝘁𝗼𝗴𝗲𝘁𝗵𝗲𝗿, 𝘄𝗲'𝗹𝗹 𝗺𝗲𝗲𝘁 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻 𝗶𝗻 𝘁𝗵𝗲 𝗳𝘂𝘁𝘂𝗿𝗲 ❜ 𝐒1 : 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐞 𝐓𝐢𝐥𝐥 𝐓𝐡𝐞 𝐄𝐧𝐝 ✓ start : 3 june 2020 end : 14 june 2020 𝐒2 : 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐚𝐭𝐞 ✓ sta...