Our Fate : 13

72 11 39
                                    

“ tolong Hyunjin lepas kan Yun ” kali ni Naeyoun pula merayu

“ aku takkan lepas kan dia ! kalau aku tak dapat dia , takde siapa boleh dapat dia ! ” jerkah nya lalu pisau yang berada dipinggang nya itu ditarik keluar

tanpa menunggu lama pisau tersebut ditusuk tepat pada perut ku . aku memegang tempat tusukan itu sambil merenung sepasang mata milik Hyunjin

darah sudah mula mengalir laju dari perut dan juga mulut ku

perlahan lahan Hyunjin menarik tusukan pisau itu lalu aku jatuh rebah ke lantai

“ Yun ! ” jerit Naeyoun lalu berlari ingin mendapatkan ku . aku dibawa masuk kedalam pelukan Naeyoun

“ Yun tolong tahan ! ” jerit Naeyoun dengan air mata yang sudah mengalir laju

nafas ku mula tersekat sekat . sedaya upaya aku cuba untuk membuka mata aku yang ingin ditutup

“ kau memang sial ! ” jerit Jungkook lalu melayangkan penumbuk tepat diwajah Hyunjin . tak nampak seperti ingin berhenti

“ berhenti ini polis ! ” polis datang tepat pada masa untuk menghentikan Jungkook

“ Ya Tuhan Yun ! ” jerit Hyunmi lalu berlari kearah ku

“ t-tolong j-jaga kan anak anak a-aku ” pesan ku dengan nada berbisik

“ tak Yun tahan ! ” tutur Hyunmi dengan air mata

“ aku m-minta maaf k-kalau pernah menyusahkan k-korang ” perlahan lahan air mata aku mengalir menahan rasa sakit

“ tak Yun kau tak pernah susah kan kitorang tapi tolong tahan ” kata Hyunmi yang sudah memeluk ku itu

“ J-Jungkook ” panggil ku . dia terus sahaja berlari kearah ku

mata nya yang sudah berair aku tenung

“ s-saya minta m-maaf ” tutur ku lalu tersenyum tipis

dia menggeleng laju . air mata nya sudah jatuh membasahi pipi

mata ku seakan meminta ingin ditutup . makin lama makin layu

I love you ” perlahan lahan mata aku tutup

✿•˖*

“ pihak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada defendan bernama Hwang Hyunjin atas cubaan membunuh ” tutur hakim mahkamah itu

ttak

ttak

aku , Jimin , Taehyung , Naeyoun dan Hyunmi keluar dari mahkamah . nafas berat dihelakan

“ aku kesian kan Hyunjin.. dia terlalu stress sampai dapat penyakit mental ” tutur Naeyoun selamba

“ salah dia sebab tak nak rawat sayang.. kalau dia rawat , tak mungkin jadi macam ni ” kata Jimin pula

“ sebab dia , Soohyun jadi mangsa.. ” Hyunmi pula bertutur

“ ada hikmah sebalik apa yang jadi Hyun ” balas Taehyung

“ aku harap sangat Hyunjin dapat pulih ” tutur ku lalu tersenyum kecil

“ eh Jungkook kita kena pergi hospital.. nak uruskan hal Yun ” sampuk Taehyung

maklum la dah jadi salah satu doktor tersohor dekat Hospital Seoul itu

aku mengganguk lalu kami semua bergerak ke kereta

Love Me Till The End ; jjkWhere stories live. Discover now