LMTTE ; 32

34 6 6
                                    

“Kenapa pula kau nak pindah!” jerit Youngjae. Aku menghela nafas berat.

“Aku tahu tengah bad terms dengan Jungkook hyung tapi lari bukan penyelesaian dia Yun” sambung Youngjae.

“Tapi aku sakit Jae.. Kau tak kesian kat aku?” ujarku ingin meraih simpati. Wajah simpati Youngjae kian terlihat lalu dia menghela nafas.

“Kau exam besar tahun ni Yun.. Kau tak kisah?” soalnya inginkan kepastian. Laju aku mengganguk.

“Jadi kau nak duduk dengan halmeoni.. Lepaskan peluang kau untuk exam besar ni? Sekali lagi aku tanya” soal Youngjae lagi.

“Takpe Jae.. Aku akan uruskan syarikat appa aku.. Kau janganlah risau” tuturku ingin menenangkan jiwa jejaka itu.

“Kau sepupu aku Yun.. Mestilah aku risau.. Ini pun melibatkan pelajaran kau” tutur Youngjae perlahan.

“Aku tahu aku nampak bodoh buat keputusan macam ni hanya sebab seorang lelaki.. Aku janji Jae tak lama.. Aku dah okay, aku datang balik..” tuturku dijeda.

“Dan aku akan kembali untuk exam besar tu nanti” sambungku. Youngjae mengurut batang hidungnya.

“Baik.. Aku tolong” balas Youngjae.

      ꒰⚘݄꒱₊_______________   

“Jungkook..” panggil gadis itu. Laju saja aku mengalihkan pandangan ku kearahnya. Alis kening ku dijungkit sedikit.

“Kau tak tegur Soohyun?” soalnya. Aku menghentikan langkahku sebelum perlahan-lahan kembali berjalan.

“Tak.. Dia yang paksa aku buat macam ni.. Dia kena terima” balasku. Naeril mengganguk lalu satu senyuman tipis terukir dibibirnya.

“Kita jalan berdua macam ni kan, aku teringat masa kita dekat Busan dulu.. Pergi mana-mana mesti berdua” tutur Naeril ingin mengingati semula.

“Ye” balasku pendek. Lengan aku dipegangnya perlahan. Aku mengalihkan pandangan kearah tangannya yang sudah memeluk erat lengan ku itu.

“Dulu aku suka pegang lengan kau.. Tapi sekarang rasa lain mesti kau selalu pergi gym kan” ujar gadis itu sebelum perlahan-lahan melepaskan pelukan nya.

“Jungkook kau layan aku tak macam dulu.. Aku rindu Jeongguk aku yang dulu” luah gadis itu dengan nada kecewa.

“Kau buatlah apa cara sekalipun Kang Naeril.. Jeon Jeongguk takkan kembali.. Hadap realiti yang aku ni Jungkook.. Bukan lagi Jeongguk kau” iris mata tepat menikam wajah gadis itu.

“Tipis sangatkah peluang untuk aku kembalikan Gguk aku semula Jeon Jeongguk?” tangannya meraih tanganku.

Baru saja aku ingin melepaskan pegangan nya, bayang Soohyun kelihatan.

Dia bersama Youngjae.

“Gguk aku cakap dengan kau ni” teguran Naeril menyentak lamunan ku. Soohyun dan aku lalu bersebelahan namun dia mengganggap aku seperti tidak wujud disitu.

“Jungkook” panggil Naeril lagi. Aku memandang kearahnya. Tangan aku rentap perlahan.

“Maaf tapi Jeongguk kau takkan pernah kembali Kang Naeril" aku terus berlari meninggalkan dia disitu seorang diri.

Mata aku melilau mencari kelibat Soohyun. Jarang sekali dia mahu berjumpa dengan Youngjae. Aku harap dia tak buat benda bodoh.

Love Me Till The End ; jjkWhere stories live. Discover now