Part 2

340 10 1
                                    

"Semalam aku nampak kau dengan Ryan. Bawah pokok dekat tepi padang." -Yuko.

"Haah." -Ambie.

Penat semalam masih tidak habis lagi. Bila dia bangun dari tidur semalam, Ryan dah hilang. Nak marah pun tak boleh sebab orangnya tak ada, jadi dia terus ambil beg di dalam kelas.

Sewaktu dia mahu ambil beg, barang-barangnya telah di masukkan di dalam beg. Seperti ada orang yang telah kemaskan untuknya. Sekeping nota menarik perhatiannya.

'Aku dah kemaskan. Nanti balik hati-hati. -Ryan-'

"Ambie?" Yuko memanggil nama Ambie beberapa kali. "Ambie!" Jerit Yuko membuat Ambie terjaga dari ingatan semalam.

"Ambie, kau nak makan atau termenung?" Perli Yuko. "Ehehe. Makan." Kata Ambie sambil malu. Ambie pandang ke tempat duduk Ryan. 'Mana dia pergi?'

"Cari Ryan? Baru tadi jumpa dah rindu?" Berbisa juga mulut Yuko ni. "Rindu tu memang tidaklah. Kalau jumpa memang dia selalu tidur." Rungut Ambie. Memang betul pun.

"Tadi budak kelas kita nampak dia pergi ke bilik guru." Tersedak Ambie bile dengar Yuko kata Ryan pergi bilik guru. " Dia buat apa?" Bersungguh-sungguh Ambie tanya. "Entahlah. Lepas itu, dia bawa buku dan fail-fail." Sambung Yuko.

"Dia tolong cikgu ke?" Selama ni Ryan tidak suka buat kerja remeh-temeh ni. Baginya membuang masa. Sebab tu Ambie nak tahu sangat. "Hah! Tu dia. Pergilah tanya."

Baru saja Ambie nak panggil nama Ryan. Ada seorang perempuan dari luar kelas memanggil dia. "Ryan! Would you please?" Gadis berkulit putih dan bermata coklat memakai baju uniform sekolah dan rambutnya diikat tepi. Comel juga dia ni.

Ryan keluar tanpa berfikiran panjang. Ambie hanya perhatikan kemesraan mereka dari dalam kelas. Tampak mereka telah kenal lama. Sebelum gadis itu mahu beredar, mereka sempat melambaikan tangan.

Setelah kelibat gadis itu tidak kelihatan, Ryan masuk dan terus ke tempat duduknya. Ambie berpura-pura tidak perasan. Entahlah, kenapa dia buat macam tu.

"Nak juga~~~" Ryan membuka mulutnya setelah dia tunjuk bento kepunyaan Ambie. Yuko yang duduk dihadapan Ambie mula naik menyampah. "Suaplah baby kau tu, Ambie. Meluat aku tengok lama-lama." Kata Yuko.

Ambie ambil telur gulung menggunakan penyepit lalu suapkannya ke mulut Ryan. Terserlah wajah riang Ryan. "Sedap!" Sambil tersenyum.

"Aku yang buat. Memanglah sedap." Kata Ambie dengan tegas. Yuko tidak mahu mensia-siakan makanannya. Jadi, dia tidak ambil kesah wayang antara Ambie dan Ryan sebab dah selalu nampak yang mereka berkongsi makanan. Yuko menikmati makanannya sendirian.

"Kau marah aku sebab semalam?" -Ryan.

"Mana ada." -Ambie.

"Habis tu, kenapa kau cakap macam nak cari gaduh dengan aku?" -Ryan.

"Mana ada. Cepat habiskan makanan ni." -Ambie.

Ambie sumbat makanan dengan cepat agar Ryan tidak tanya soalan yang merapu lagi. 'Siapalah agaknya perempuan tadi.'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dua minggu kemudian.

*Bunyi Lonceng*

"Baiklah, kelas. Esok saya nak kamu semua hantar kerja rumah tadi." -Cikgu.

"Baik~~~" -Murid.

Ambie mengemas barangannya. Yuko datang ke tempat Ambie. "Ambie. Sorry sangat sebab aku tak dapat study dengan kau malam ni." Maaf Yuko. Wajah Ambie hampa apabila mendengarnya.

Kawan Kelas (Classmate)Where stories live. Discover now