Part 3

278 8 1
                                    

Ambie's POV

Dah hampir empat tahun aku mendiami apartment ni. Aku tak pernah bawa mana-mana kawan melalinkan Yuko dan.......... Ryan.

Sometimes Ryan ada juga makan or lepak dekat sini. Selalu juga dia buat alasan mahu bermalam, tapi tak pernah dapat.

Yuko ialah orang pertama yang pernah bermalam di 'Home Sweet Home' aku ni. Agak lama sebab baru first time pindah sini.

Apartment yang aku tinggal ni berdekatan dengan tempat aku belajar. And now, perjalanan ke tempat kerja aku mengambil masa 15 minit jika menaiki bas.

Apa pekerjaan aku?

Kerja di stesyen tv. Arr.... just pembantu. Aku still baru dekat situ.

"Ambie!" Suara perempuan yang aku paling benci. Terkejar-kejar aku berlari mengambil kertas kerja yang dia pinta.

"Ini dia." Aku tunjuk kertas tersebut. "Bagi tahu aku." Sambil tangannya menaip sesuatu di gajet canggih itu. Dia tinggi, cantik, pandai berbicara dan perfect! Idaman semua lelaki. (Tapi bukan aku.)

"Tetamu khas tu akan sampai pukul 9.30 pagi nanti. Salah satu krew kita akan menyambut dia dan terus pergi ke bilik menunggu. Sementara itu, cik kena buat double check audio dan PA system, manakala saya akan buat double check di sini. Semua tetamu yang lain akan saya handle." Tidak dapat di nafikan, bahawa perempuan ini sangat handal mengendalikan sesuatu perkara. Dan semuanya menjadi dan berjalan dengan baik.

Cuma aku rasa terbeban sangat-sangat!!!

Hanya nama aku sahaja yang dia ingat. Apa-apa hal aku yang kena.

"Bila cik sudah selesai di bahagian PA system, cik boleh berjumpa dengan tetamu khas itu. Dan saya akan pastikan semua berjalan dengan lancar. Selesai." Aku menarik nafas panjang.

Dia pandang aku dengan muka hairan. Seperti aku lupa sesuatu. Matanya yang tajam pandang tepat kearah aku. "Kenapa cik pandang saya macam tu?"

"Kau pasti yang kau tak lupa something?" Pertanyaan dia membuatkan aku rasa gelisah. "Apa dia?" Aku masih dalam clueless.

"Coffee!!! I need coffee for our special guest!" Tengkingnya. "Arrrgggghhhh!" Dan itu salah satu cara dia nak menahan marah.

"Ok. Ok." Tergesa-gesa aku dibuatnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Cik Miki, coffee ni saya letak di bilik menunggu, ya?" Baru saja aku mahu melangkah pergi, dia manarik aku. "Biar aku yang buat. Kau pergi selesaikan kerja kau." Katanya dengan sombong. Aku mengangguk tanda faham.

"Di mana bilik menunggu?" Ada suara lelaki. Aku cuba menoleh tapi di tolak oleh bitch ni. Arrrggghhh! Nasib baik tak jatuh.

"Awak tak apa-apa?" Lelaki itu cuba nak backup aku tapi Cik Miki menukar topic. "Dia tak ada apa-apa. Ikut saya." Dengan senyuman hipokritnya itu.

Aku tak sempat menoleh pun kewajah lelaki itu. Aku menunduk tanda hormat sambil mengusap lengan.

Suara dia semakin dekat. "Jumpa aku lepas ni." Aku mendongakkan sedikit kepala aku. Cukup untuk melihat wajah lelaki ini.

"Ryan!?" Kejut aku. Matanya sempat wink pada aku dan membuatkan para krew di situ terkejut. Begitu juga dengan Cik Miki.

"Hi! Long time no see...!" Sapanya. Aku sedar ada mata-mata yang sedang memerhatikan aksi Ryan ni.

Aku pandang ke arah Cik Miki untuk jelaskan situasi tersebut. Panic. Terkebil-kebil aku.

"Saya! Dia.... Kami....!... Kawan...?" Aku tak tahu nak buat apa!!!!!!!!

Kawan Kelas (Classmate)Where stories live. Discover now