Ambie POV
Sekolah Tinggi Tonan, Jepun. Setelah melabuhkan punggung aku ni di dalam kelas. "Pagi yang memenatkan?" Suara perempuan yang aku suka dengar -sangat. "Haah." Termengah-mengah aku jawab. Maklumlah... masuk sekolah selalu ontime. "Kau tak nak cuba bangun awal sikit ke?" Soalan ni. Hari-hari aku dengar. "Aku ada homework nak kena siapkan. Kau pun tahu yang aku tak suka kerja tangguh-tangguh ni." Kawan aku ni hanya mengangguk tanda faham.
Yuko Aihara. Gadis berdarah jepun. Baik orangnya tapi bila berbahas dengan dia, boleh menangis aku. Padu juga apabila dia berbicara. Susah nak baca permainan minda dia ni. "Kerja rumah yang cikgu math bagi tu kau siap, kan?" Tanya dia lagi. "Haah." Jawab aku dengan ringkas. "Itu kena hantar esok. Bukan hari ini."
"Aku tahu..." Aku bukan nak tunjuk lagak tapi aku memang tak suka kerja tangguh-tangguh ni. Maklumlah... telah di didik dari kecil lagi.
Nama aku Ambie. Ambie Irie. Sebenarnya aku mempunyai darah kacukan Spain dan Jepun. Umur 18 tahun dan tahun ini adalah tahun terakhir aku bersekolah disini. Aku mempunyai ramai kawan! Tidak juga sebenarnya.
"Yow." Dia ni. "Kerja rumah dah siap?" Tanya Yuko dengan mesra. Atau lebih dikenali sebagai perli. Dia gelak kecil apabila melihat Ryan tak jadi duduk. "Kita ada kerja rumah ke!?" Jeritnya.
"Kita orang tak pekak lagi, ok." Aku sebenarnya penat dengan dia ni. "Kerja rumah apa???" Nampak sangat paniknya. "Sains." Jawab Yuko sebelom dia beredar dari situ.
"Am...bie...." Manjanya dia panggil nama aku. Dah mula dah... "Tak nak!" Aku tahu dia nak tiru jawapan aku. Aku pura-pura sibuk dan membaca nota sejarah.
"Kali ni saja." Merayulah pula. Naik menyampah aku! Dengan hidung mancungnya, bibir kemerah-merah jambu itu, mata yang cantik dan jawline yang perfect! Aku benci semua ni. "Aku tak nak kau copy jawapan aku tapi aku nak kau buat sendiri." Dia tahu kalau aku cakap.macam ni maksudnya aku akan ajarkan dia. "Thank you!"
Ryan... Lelaki berdarah British ni asal dari London. Dia tinggal bersama datuknya yang juga asal dari London. Sebab apa dia duduk sini? Itu aku tak tahu tapi apa yang aku dengar dia memang rapat dengan datuknya dan ibu bapanya mengendalikan syarikat besar di London. Walaupun kedengaran mewah tapi dia lebih suka hidup secara sederhana.
"Cikgu Bio tak masuk ke?" -Ryan.
"Tak." -Ambie.
"Bagus! Tapi kenapa?" -Ryan.
"Ish! Kau ni. Bulan depankan ada ujian akhir tahun. Mestilah dia ada meting!" -Ambie.
"Aku tanya saja! Tak payahlah nak marah-marah. Datang bulan apa..." -Ryan.
"....Ryan..........." -Ambie.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kelas bahasa english bermula. Seperti biasa, bila aku toleh ke kiri ada makhluk bumi yang sedang nyenyak tidur. Tempat kami agak strategik. Di bahagian belakang sebelah tingkap. Kadang-kala aku tetfikir, tahun lepas memang kami satu kelas tapi apa yang aku nampak dia jarang tidur dalam kelas. Dia duduk di tempat yang sama cuma aku duduk di bahagian hadapan. Tak sangka tahun ni aku kena duduk disebelahnya.
Gara-gara markah dia agak menurun, cikgu suruh aku duduk disebelahnya. Aku dengar ada orang cadangkan nama aku, puas aku siasat tapi tak tahu sampai sekarang. *Bengang*
Sedang aku berkhayal "Woi..." Aku terdengar ada orang menegur tapi tak jelas. "Woi." Rupanya Ryan. Agak terkejut sebab aku sangka dia tengah tidur. Bila aku pandang depan, cikgu sedang pandang aku. Begitu juga dengan yang lain. "What the answer?" Tanya cikgu. Aku mula panik. Apa aku nak buat ni.
"Ambie. What the answer? ....Number 7." Wajah cikgu agak menyeramkan. "Woi." Aku toleh ke Ryan, dia duduk agak tegak sambil mengusap muka dan matanya agak terjaga dari tidur. "Jawab B." Suaranya yang separuh bisik itu. "Arr... B, mam."
"It's wrong. You two. O-U-T out." -Teacher.
"Sleep in my class, not focus--" Cikgu tu belum habiskan cakap lagi, dia dah gerak. "Cepatlah. Nanti dia mengamuk." Ryan sengaja kata begitu dan membuatkan satu kelas tergelak apabila mendengarnya. Pipi cikgu menimbulkan kemerah-merahan. Malu agaknya.
"Kamu berdua berlari satu padang 10 kali ! ! !" -Teacher.
"Oh-My-God..." -Ambie.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setelah 10 kali pusing satu padang, akhirnya dapat juga aku berehat. Aku dan Ryan nampak satu pokok yang agak rendah. Tak kisahlah apa orang nak kata tapi aku memang rasa penat sangat. Termengah-mengah aku dan dia.
End POV.
"Ni semua salah kau. Kalau kau tak cakap macam tadi dekat Teacher, benda ni tak akan jadi lah!" -Ambie.
"Yelah... Semua salah aku. Kau tak fokus pun sebab aku lah. " -Ryan.
Walaupun Ryan cakap dengan selamba, itu telah membuatkan pipi Ambie agak merah. Ambie bersamdar sambil kakinya diluruskan. "Merah pipi kau. Kenapa?" Tanya Ryan.
Ambie menutup pipinya dengan kedua belah tangannya. "A-aku just penat." Untuk tidak disyak lebih lagi, dia mengipas-ngipas pipinya, bagaikan keadaan di situ panas. "Takkan lah panas sangat. Aku penat sangat. So, aku nak tidur." Kata Ryan sambil terasenyum.
Ambie sebenarnya tak kesah apa yang Ryan nak cakap atau buat tapi tanpa Ambie sedari Ryan meletakkan kepalanya di paha Ambie dan salah satu tangan menutup matanya.
Terbeliak mata Ambie dibuatnya. Ambie mahu saja bangun dari situ tapi "Aku nak rehat sekejap. Jadi, kau jangan bangun dulu. Aku rasa selesa macam ni." Pergerakan Ambie terhenti. Entah kenapa, dia suka mendengarnya.
Angin bertiup dengan perlahan. Sangat tenang. Cuaca agak mendung tapi tak ada tanda-tanda nak hujan. Ambie mahu menikmati saat indah ini tapi kelopak matanya tidak dapat menahan kepenatan. Akhirnya, mereka dibuai mimpi disitu.
YOU ARE READING
Kawan Kelas (Classmate)
FanficBayangkan, salah satu rakan sekelas kau kuat tidur. Selalu ketinggalan matapelajaran. Lelaki ini duduk bersebelahan dengan kau. Kerap tak bawa buku texts. "Tak guna punya cikgu. Bagilah aku duduk dengan orang pandai." Rungut kau. Kau bukanlah pandai...