× bab tiga ×

360 51 46
                                    

DAGU ditongkat dengan tangan, termenung. Matanya sesekali menjeling telefon pintar yang masih gelap pada bahagian skrin. Dia mengeluh sebentar melepaskan lelah daripada menunggu orang yang tidak tahu akan muncul atau tak.

Boleh masuk wad gila kalau macam ni!

“Mamat ni kata nak call. Dari tadi aku tunggu takde satu pun yang masuk. Melayu betul lah alien ni.” Haney merungut geram. Siapa je tak marah kalau suruh tunggu call tapi sampai ke sudah takde bunyi pun.

“Dah, dah lah tu kau tunggu mangkuk tu call. Dah macam tunggu pakwe pulak.” Lea yang datangnya dari arah dapur tiba-tiba saja bersuara. Mulutnya mengunyah jajan sehingga penuh. Makan makan makan. Makan je si minah Lea ni tahu buat.

“Aryan dah kata tunggu dia call sebab ada benda nak bagitau kita. So, aku tunggu lah.” balas Haney.

“Kalau ya pun tak payah tunggu macam beruk kat situ. Phone kau ada ringtone, kan? Alah bodoh kau ni Haney Razlyn. Apa ke bengap lah kawan aku ni.”

Haney terasa baru tersedar dari mimpi yang panjang. Eh, ya tak ya jugak kan. Asal aku duk tunggu dia call? Tak sangka pulak aku ni slow. Eh, bila masa aku slow! Aku bijak okay!

“Malas aku tunggu mamat alien tu call. Baik aku pergi makan. Kenyang perut aku.” Haney melangkah ke dapur untuk mengambil makanan. Peti sejuk dibuka dan terdapat sepotong kek red velvet yang masih tidak berusik. Rezeki.

Haney kembali ke ruang tamu bersama Lea.

“Lea, kau couple ke dengan jiran rumah kau tu?” persoalan daripada Haney membuatkan Lea tercekik jajan yang dimakan sehingga batuk. Aih, teruk sangat ke soalan aku sampai tercekik tulang gear box ni?

“Kau ni acah tercekik lah. Aku tanya je kut. Ke kau memang couple dengan dia?” membulat mata Haney apabila memikirkan kenyataan itu menjadi benar. Oh no! Jiran Lea yang Playboy tapi muka macam pecah rumah! Dah lah pakai spek bulat acah macam Harry Potter. Derh, baik aku bagi ikan aku pakai spek tu lagi hensem. Geli aku yang menengok budak Playboy tu. Dasar buaya tembaga darat!

“Mana ada lah, kau ni kan. Takkan lah aku nak couple dengan mamat rempit gitu. Baik aku couple dengan Aryan,” ayat yang terakhir diperlahankan sehingga tidak sampai ke pendengaran Haney.

“Apa kau cakap?”

“Takde pape.”

Haney berasa ragu-ragu. Budak ni tak betul kut. Aku rasa aku ada dengar pasal couple dekat belakang tapi tak tahu dengan siapa. Ni, kalau aku korek betul-betul boleh dapat jawapan ni.

Kring! Kring! Kring!

Telefon Haney yang berada di atas meja kopi berdering minta diangkat. Dengan segera dia menjawab panggilan itu.

'Apa ke teruk sangat ringtone Si Haney ni pun. Nampak je pakai IPhone tapi ringtone macam rumah nenek aku kat kampung.' sempat lagi Lea mengutuk phone ringtone Haney.

“Hello. Ye waalaikumussalam. Nak jumpa? Dekat mana? Okay, okay nanti kitorang pergi. Bye,” terus sahaja Haney bangun mengatur langkah ke biliknya untuk bersiap.

”Hoi, hoi kau nak pergi mana?” soal Lea dengan gaya makcik-makcik kampungnya itu.

“Bersiap. Kita pergi rumah Aryan. Ada discussion.” jawab Haney sambil berjalan menaiki tangga.

“Kau dah bagitau belum dekat yang lain?”

“Dah Lea sayang.”

Lea membuat muka geli bila Haney memanggilnya sayang. What the fish! Sayang kepala hotak kau! Euww, lesbian ke budak tu?

The Tengku's Spy Where stories live. Discover now