× bab satu ×

657 103 302
                                    

PADA pagi Isnin yang tenang itu, sekumpulan gadis yang dikenali sebagai Hot Lips ingin 'fly' keluar dari asrama ketika itu. Tetapi, langkah mereka terhenti apabila mata mereka tertancap pada sebatang tubuh yang amat dikenali oleh mereka sedang berjalan sekitar kawasan itu lalu memerhati keadaan sekitar.

Seminit mereka menunggu sebelum kelibat lelaki itu hilang dari retina mata mereka.

"OKAY, okay line clear!" Naura Insyeerah memberi arahan kepada Nafla Janna, Ayra Adawiyah, Aisya Syaeyla dan Nyra Amyrana.

Panjang nau nama!

Janna mengangguk laju lalu kepalanya melilau sesaat sebelum mereka berlari anak ke arah pintu C di belakang bangunan sekolah mereka, Terrasen International High School.

"Okay Jane, kau dah siap ke belum?" soal Janna melalui earpiece yang direka khas olehnya sendiri suatu ketika dahulu. Ketika itu, disebalik apa yang berlaku, Jane, Medina, Lea dan Hani sedang menunggu mereka di dalam kereta di belakang tempat parkir yang disediakan khas untuk pelawat yang datang mengunjung.

Manakala yang selebihnya, Mai dan Fiya sudah lama menunggu mereka di pusat membeli-belah yang terkemuka di bandaraya KLCC.

Jane pula masih ralit menghadap komputer ribanya sambil telinga dipasang tajam mendengar setiap butir arahan mahupun maklum balas yang bakal dia terima melalui earpieace itu sendiri.

"Dah? Okay aku dah disablekan sistem yang connect dekat padlock tu now kau hanya perlu addkan microchip dekat ruang natang jadah kosong tu," arah Jane tenang manakala Medina sibuk memerhati keadaan sekeliling jika ada sebarang kelibat pengawal yang meronda mahupun pekerja-perkerja sekolah itu sendiri.

"Weyh, natang jadah ni nak masuk belah mana siot? Belah sisi ke depan ke belakang?" Aisya bersoal seraya cuba memasukkan perlahan-lahan microchip ke dalam mangga elektronik itu dengan berhati-hati. Banyak kali mencuba tapi tetap tidak mahu masuk. Apa masalah kau?! Tolonglah bagi kerjasama sikit!

"Takkan kau tak reti main dengan natang tu?" Hani di sisi Jane bertanya dengan geram. Mustahil bagi seorang Aisya Syaeyla tidak pernah menggunakan microchip. Sedangkan dia ratu IT mahupun coding di sekolahnya sendiri.

Aisya menghembus nafas kuat seketika. Mata tetap fokus pada kerjanya yang tergendala tadi.

"Chip yang normal aku biasalah ni microchip tanah!" balas Aisya dengan nada yang sama, marah. Setakat chip biasa memang dia mahir cara-cara menggunakannya tapi ini 'microchip'! Saiznya lebih kecil berbanding dengan chip biasa.

"Kau pusing sikit padlock tu then nampak tak ada lubang kecik kat situ? Ha masukkan baby aku tu kat situ." Baby? Itulah gelaran Jane terhadap microchip yang direka minggu lalu. Microchip itu membolehkan sistem kunci itu tidak mampu berfungsi lagi seperti biasa. Ia melemahkan sistem sehingga kunci itu sendiri tidak mampu melakukan tugasannya. Itulah tugas baby-01, microchip ciptaan Jannah Nafeesa ataupun Jane.

"Any problem?" Medina Zulaikha menyoal sambil cuba untuk memahami apa yang terpapar pada dada skrin komputer riba milik Jane. Medina mengeluh kecil untuk seketika waktu. Kepalanya pening membaca nombor-nombor yang berselerak pada skrin.

Ya Allah, aku benci nombor!

"Okay done, korang dekat mana?" Nyra Amyrana atau nama pendeknya Mel pula bersuara selepas mereka selesai memasukkan microchip itu dan akhirnya pintu berjaya dibuka dengan mudah tanpa penggera berbunyi seperti selalunya.

Sekarang, kereta milik Lea dicari kerana di situ juga terletaknya kereta milik Hani. Mereka perlu menggunakan dua buah kereta untuk ke KLCC. Ramai kot! Mana muat nak sumbat dalam satu kereta sahaja. Kang jadi ikan sardin.

The Tengku's Spy Where stories live. Discover now