× bab empat ×

157 22 3
                                    

Suasana yang bingit dengan gelak tawa beberapa buah keluarga, suara keriuhan kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan mini yang terdapat di dalam McDonald ini tidak mengganggu fokus Aryan terhadap laporan berkaitan kes kematian Tan Sri Ethan yang sudah berlalu satu bulan yang lalu.

Serasanya mahu sahaja dia menghentak kepalanya ke dinding. Tugasan ini perlu diselesaikan secepat yang mungkin. Namun semuanya tidak berjalan lancar seperti yang direncanakan. Apatah lagi dengan karenah-karenah sekumpulan gadis remaja itu.

Hendak berkumpul untuk berbincang, semuanya tidak berguna. Dengan beberapa dari mereka itu masih sahaja bersekolah.

'Gila kau Aryan, gila!'

Terbit rasa kesal dalam hati apabila dia membuat keputusan untuk berkerjasama dengan mereka.

Tangan dibawa naik meraup muka, sebelum dia kembali menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kertas kerja yang ada di depan mata.

"You know what? Semalam Adam confess dekat aku siot!"

Suara yang agak familiar pada pendengaran Aryan itu, menarik perhatian dia. Kepala dipusingkan sedikit melihat ke belakang.

Nampak sahaja gadis-gadis itu masuk ke ruang McDonald ini, membuatkan Aryan mahu lari ke hujung dunia! Eh kalau boleh tolong tanamkan dia hidup-hidup dalam tanah dengan mayat firaun.

Kenapa, mesti ada budak-budak ni? Fly lagi?

Aryan serta merta menundukkan kepalanya. Topi yang berada di atas meja diambil lalu dipakai ke kepala, menutup separuh wajahnya dari kelihatan.

"Serius lah Syee! Omo, omo! Kau... terima ke?" tanya Lea.

"Eww, mamat Adam tu? Memang tak lah weh! Reject!" Tanpa rasa bersalah Insyee menolak.

Mereka yang lain sudah agak, benda ini sudah menjadi satu kebiasaan bagi mereka. Bunga, coklat, tudung... Semua mereka pernah dapat. Tapi, malangnya mereka hanya menerima hadiah seperti beg, kasut yang berjenama sahaja.

Contohnya, hadiah dari Tengku Aryan Syah.

Dehek?

"Untung lah, muka lawo. Ramailah peminatnya," ujar Wiyyah dengan nada yang agak kecewa. Dia sedar dia tak lawa mana.

PAKK!

"Sakit bongok! Kau pehal siot?" Wiyyah memandang tajam ke arah Mai.

"Kau tu yang kenapa? Acah tak ada peminat, kau je yang tak nak layan diorang tu," Mai menyilangkan tangan ke dada sambil memandang Wiyyah yang sudah memuncung.

"Babe, tak akan all of us nak pergi order serentak? Takut-takut dapat abang cashier miang nanti semua dia ngorat nak buat bini," Med menyoal seraya berhenti berjalan. Mereka yang lain turut berhenti dan memandang sesama mereka.

"Ye tak ye juga kan. Aku dah lah paling cantik among us. Tak nak aku. Kang tak hensem naya je," balas Haney selamba.

Aryan yang mendengar perbualan mereka itu hampir mahu membalas. Dasar tak sedar diri muka tak lawa mana! Kalau offer kat kambing nenek aku pun, dia tak nak.

"Hurm, Syee jelah yang order. Aku nak gi Starbucks lah. Know know craving, hehehe..."

"Balik balik saya, balik balik saya. Memang muka aku paling layak nak orderkan makanan ke?" Insyee menyoal geram. Asal order je aku, asal aku je kena pergi order.

"Bukan apa Syee, alang-alang tolong orderkan tu kau yang akan bayar sekali. Alhamdulillah, jimat duit aku nyah." Fiya sengih tak bersalah.

Sabar Insyeerah, sabar. Kau kena hormat orang tua.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Tengku's Spy Where stories live. Discover now