BADANNYA terbaring lesu di atas katil. Hidungnya dari tadi lagi mengeluarkan cecair yang mempunyai beribu-ribu virus yang datangnya dari mukus di dalam hidung.
"HACUMMMMM!" Lubang hidungnya ditekup dengan tisu dan menonyoh kuat beberapa kali sehingga merah.
Janna yang mendengarnya terasa geli kerana hanya mereka berdua yang ada dalam bilik itu, tiada orang lain selain mereka.
"Tu lah kau, pergi makan aiskrim buat apa? Kan dah demam. Degil lagi," bebel Janna lalu melemparkan sekotak lagi tisu kepada Insyee yang tidak sudah bersin. Tadi sudah habis dua kotak, tambah pula satu kotak. Tiga kotak semuanya. Gila makan tisu ke macam mana?
"Kau diam lah bongok. Aku makan sebab benda tu sedap."
Janna hanya mampu menggeleng kepala dengan perangai Insyee yang tidak sudah nak menangkan diri sendiri. Kau nak demam, demam lah. Jangan sebar Coronavirus dekat aku sudah.
"Aku tahu lah tu favourite kau tapi agak-agak lah nak telan sampai dua puluh cawan Baskin Robbins. Buat lah benda gila lagi."
Ya, memang seorang yang bernama Naura Insyeerah sudah makan lebih daripada satu cawan aiskrim. Nak bunuh diri ke apa minah ni.
"Diamlah kau! Banyak cakap lah kau ni. Dahlah membebel macam nenek kebayan. Bingitlah telinga Aku, " marah Insyee dengan suara sengaunya yang tidak berapa jelas.
Kemudian, keadaan di dalam bilik mereka sunyi sepi tanpa sebarang bunyi pun yang datang sehinggalah Janna membuka mulut untuk memulakan bicara.
"Weh, Syee." Panggil Janna.
Tiada sahutan.
Dia menjengukkan sedikit kepala untuk melihat rakannya itu. Mata terbuka lagi dan tidak berkelip. Takkan dah mati kut? Insyee mati ke?!
"Weh Syee! Woi minah bangun woi!" Janna bangun lalu menepuk pipi kanan Insyee yang tidak sedarkan diri itu.
"Woi gila kau tak yah mati lagi! Woi Insyeerah bangun lah bangang! Kau tak yah main-main kat sini lah! Woi!"
Semakin kuat tangannya menampar pipi mulus itu tapi tetap tiada reaksi dari Insyee. Janna sudah kalut bin gabra. Sudah apa aku nak buat ni?!
Kalau Insyee betul-betul mati macam mana? Weh tak boleh jadi! Kena buat sesuatu. Kakinya ke kiri dan ke kanan berjalan tanpa henti. Ibu jari digigit untuk menghilangkan kegusaran. Tiba-tiba akalnya diterjah dengan satu idea untuk mengejutkan rakannya. Kalau dia tak bangun jugak, bermakna dia dah mati. Tak tak, Insyee tak mati lagi.
Janna menghampiri badan Insyee yang pucat lesi tanpa darah itu lalu tubuh kecil tersebut dicempung dengan berhati-hati sekali dan dia terus...
DUSH!!!
Badan Insyee dilemparkan tepat-tepat di atas lantai simen tanpa beralaskan apa-apa material. Janna naik atas badan Insyee lalu dismack-down seperti dalam rancangan WWE.
"WOI BODOH BANGUN LAH! SAKIT LAH BANGANG!" Suara Insyee memecahkan gegendang telinga Janna yang berada di atasnya.
Dengan itu, cepat-cepat Janna bangun dari atas badan Insyee selepas dismack-down sehingga menyebabkan gadis itu mengerang kesakitan.
"BODOH LAH KAU JANNA! KAU BENGONG KE APA SMACKDOWN AKU!" Suara Insyee kuat memarahi Janna yang tiada riak bersalah apabila melakukan sedemikian kepadanya.
"Lah, ingatkan kau dah mati tadi sebab tu aku smackdown. Tapi kau hidup lagi. Alhamdulillah." Selamba sahaja Janna menuturkan ayat tersebut tanpa ada rasa bersalah.
"Kau ni kejut elok-elok tak boleh ke?! Dah lah aku demam."
"Aku dah kejut kau lah. Kau tak nak bangun. So, jalan terbaik aku buatlah macam tu."
YOU ARE READING
The Tengku's Spy
Teen Fiction『1st collaboration story 』 《 semua author tukar nama dah cari sendiri hehe 》 Kehidupan 11 orang remaja menjadi huru hara apabila mereka terpaksa menjalankan misi yang misteri. Ini semua angkara TENGKU ARYAN SYAH, pelajar tahun akhir sebuah universit...