Part 1

109 2 0
                                    

Tangannya sibuk menyelak satu persatu helaian baju yang telah disusun mengiku tona warna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangannya sibuk menyelak satu persatu helaian baju yang telah disusun mengiku tona warna. Disebabkan hari ini hari Isnin, dia mengambil keputusan untuk memilih baju kemeja berwarna putih.

Kemudian kakinya melangkah pula ke bahagian suit. Terus diambil suit yang berwarna dark blue. Kemudian dia pergi ke bahagian tie.  Jari runcing menari-menari memilih warna yang sesuai. Setelah itu tie berwarna hitam diambil.

Selesai bahagia tie, dia bergerak ke drawer yang menyimpan pelbagai jenama jam. Jam rolex diambil. Dan akhir sekali, dicapai sepasang stoking serta sepasang kasut kulit berwarna hitam.

Setelah itu, segala yang diambilnya tadi diletak dan disusun rapi dia atas katil milik lelaki itu.

Setelah berpuas hati, dia melangkah keluar dari bilik tidur lelaki itu lalu terus turun menuju ke dapur.

Di dapur, terdapat seorang orang gaji, Kak Ros sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi.

"Morning Kak Ros!" Sapa Nur Hana dengan ceria. Dia terus pergi dan
berdiri di sebelah Kak Ros yang sedang memotong timun.

"Morning Hana" sapa Kak Ros. Kos Ros digajikan untuk memasak pada waktu pagi serta malam sahaja dan mengemas rumah. Waktu kerjanya bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Jadi sebelum dia pulang dia perlu memasak untuk makan malam.

"Sedapnya bau. Kak Ros buat nasi lemak eh?" Tanya Hana sambil matanya terus meliar ke bahagian dapur.

"Ya, pagi ni Tengku request nak makan nasi lemak" kata Kak Ros sambil tangannya terus sibuk memotong timun.

Hana hanya mengangguk kepalanya. "Ada apa-apa yang Hana boleh tolong?" Soal Hana.

"Hana tolong hidangkan makanan di meja makan. Semua Kak Ros dah sediakan. Hana tinggal angkat ke meja makan." Arah Kak Ros.

"Baik bos" terus tangannya lincah mengangkat pinggan mangkuk yang terdapat table island kitchen.

Selesai menghidang makanan di meja makan, kelibat seorang lelaki turun dari tangga sambil tangannya sibuk membutangkan lengan baju. Tapi tali leher dibiarkan tergantung.

"Morning boss" sapa Hana dengan sopan. Kakinya terus melangkah ke arah Tengku Naufal.

"Morning" sapa Tengku Naufal tanpa memandang Hana. Setelah Hana berdiri di hadapannya, dia terus menghulurkan tali lehernya.

Hana yang faham dengan tindakan bosnya terus mengambil tali leher itu lalu tangan lincah mengikat tali leher. Kakinya terpaksa dijengkitkan sedikit kerana Tengku Naufal yang terlalu tinggi.

Setelah selesai, tangannya automatik menepuk perlahan didada Tengku Naufal seolah membuang habuk.

"Dah smart bos" kata Hana sambil tersenyum.

"Dah smart bos" kata Hana sambil tersenyum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My HanaWhere stories live. Discover now