Hari Selasa merupakan hari Tengku Naufal 'melawat kawasan' di Hotel Zues. Tengku Naufal akan membuat rondaan di setiap ceruk hotel bagi memastikan hotelnya berjalan berjalan lancar.
Disebabkan itulah hari ini Hana mengenakan sport shoes bagi memudahkannya. Gila kau nak pakai heels. Berjalan dari pagi sampai ke petang.
Bukan di branch sahaja 'melawat kawasan' tetapi di setiap cawangan hotel Zeus yang berada dalam Kuala Lumpur dan Selangor.
Dia ingat lagi semasa dia baru mula kerja dengan Tengku Naufal. Hana ditengking teruk oleh Tengku Naufal dek kerana kakinya bengkak teruk kerana memakai heels. Sejak daripada itu, Hana insaf dan belajar dari kesilapannya.
Tengku Naufal tiba di office semasa Hana sedang mengemas meja Tengku Naufal.
(Outfit Tengku Naufal)
Wah smartnya bos aku hari ni. Hurmm hensem dah tapi muka pulak tak comel.
Tengku Naufal masuk dengan muka yang bengang dia menghempaskan briefcase lalu duduk dengan kasar.
"Get out" Tengku Naufal menghalau Hana tanpa memandangnya.
"Baik bos" kalut Hana melangkah keluar. Seram pula melihat Tengku Naufal begitu. Angin apa pula yang serang pakcik tu pagi-pagi ni.
Tidak lama selepas itu seorang pekerja lelaki masuk ke dalam bilik Tengku Naufal setelah menanyakan Hana tentang keberadaan Tengku Naufal di dalam biliknya.
Pak!prang!
Terhinjut bahu Hana mendengar bunyi itu ikuti dengan suara tempikan Tengku Naufal.
Hana dah mula gelabah dengan situasi sekarang. 'Apa aku nak buat ni?' Fikir Hana dengan tidak senang duduk. Hana gelabah kerana dia tidak tahu sebab bosnya marah. Kalau tahu dia duduk membuat kerjanya dengan tenang. Enam tahun kerja dengan Tengku Naufal dah terbiasa bila lelaki itu mengamuk.
Selang 10 minit kemudian seorang lagi pekerja lelaki masuk kedalam bilik Tengku Naufal. Perkara yang sama berlaku. Hana dapat lihat Tengku Naufal mengamuk teruk sambil membaling sebuah file ke arah lelaki itu.
Hana mula menggigit jari. Bila takut campur dengan gelabah jadi macam inilah dia.
Setelah berfikir Hana membuat keputusan untuk pergi ke bilik Akmal untuk bertanya apa yang sedang berlaku.
"Akmal, kenapa bos mengamuk? Aku seram sejuk ni tak tahu nak buat apa"
Akmal mengeluh kuat. Dia pun dapat dengar dengan jelas suara Tengku Naufal yang sedang menggila itu.
"Ada kes penyelewengan projek di Sarawak"
Terkejut Hana mendengarnya. "Kenapa aku tak tahu pun pasal ni?"
"Kes ni hanya aku dengan Naufal saja tahu. Actually, kitaorang dah lama siasat kes ni sebab Naufal rasa pelik bila ada benda yang tak sama dengan report dia dapat. Semalam baru kitaorang dapat tangkap siapa orang yang terlibat. As you can see that person in that room is the person yang buat semua itu" terang Akmal dengan panjang lebar.
"I see. Patut bos masuk dengan muka garang"
"Yalah siapa tak bengang. Dah tak amanah buat kerja. Projek ni dah lama tapi baru 40 percent berjalan. Banyak yang kita rugi. Payment bagi tapi kerja tak jalan"
"Jadi apa patut aku buat sekarang" Tanya Hana dengan risau.
"I think you better stay at your desk. Sebab Tengku Naufal akan panggil kau nanti"
Dengar kata-kata Akmal, Hanl terus pecut keluar kembali ke mejanya.
####
Semasa Hana berada di mejanya, dia lihat ada seorang lagi pekerja lelaki dalam bilik Tengku Naufal. Terkejut juga Hana melihat mereka kerana mereka bertiga merupakan orang penting dalam menguruskan projek pembinaan Hotel Zues di Sarawak.
Semasa Hana melihat bilik Tengku Naufal, bosnya membuat isyarat memanggil Hana masuk ke dalam bilik.
"Ya bos" ujar Hana di muka pintu. Takutlah nak masuk bila tengok bilik Tengku Naufal macam dilanda tsunami. Tambahan pula dilihat ketiga pekerja itu sedang duduk melutut di hadapan Tengku Naufal yang sedang bercekak pinggang.
"Call Inspektor Razif right now" arah Tengku Naufal dengan tegas.
"Baiklah"
Pekerja lelaki yang mendengar itu sudah mula berasa takut.
"Tengku, tolong jangan laporkan kepada polis. Saya perlu menanggung keluarga dengan anak isteri saya. Saya memerlukan kerja ni, Tengku. Maafkan saya" rayu Saiful bersama tangisan. Ya dia menyesal kerana terlibat sekali dalam melakukan penyelewengan.
Tengku Nuafal ketawa sinis mendengarnya.
"Hey, masa kau buat benda ni ada ke kau fikir family kau. Dalam otak kau tu hanya fikir nak dapat duit dengan cepat. Adil ke kalau aku lepaskan korang macam tu saja? Hah! Adil ke untuk pekerja lain?" Jerkah Tengku Naufal.
Terdiam menikus ketiga-tiga pekerja itu. Mereka sedar kesalahan mereka yang telah memakan diri sendiri.
####
Setelah pihak polis datang memberkas ketiga orang pekerja itu, suasana gawat tadi kembali reda.
Hana masuk kedalam bilik Tengku Naufal setelah tiada respon dari bosnya.
Terlihat Tengku Naufal duduk bersandar di sofa sambil memejamkan mata.
Hana tidak mahu menganggu Tengku Naufal, dia mula mengemas bilik Tengku Naufal.
"Biarkan. Kau tak perlu kemas. Suruh cleaner kemaskan. Kau siap kita pergi round hotel" ujar
Terkejut Hana dengar suara Tengku Naufal. Ingatkan bosnya itu sedang tidur. Dia pun meninggalkan kerjanya.
Aku baru nak tunjuk rajin. Huh. Sempat lagi kau Hana.
YOU ARE READING
My Hana
RomanceBerkhidmat selama 6 tahun di sebuah syarikat perhotelan yang dikendalikan oleh seorang usahawan muda Tengku Naufal membuatkan Nur Hana mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Dia mengambil keputusan untuk berhenti disebabkan ingin melanjutkan...