Hana yang sedang menaip sesuatu di komputernya terhenti apabila seseorang mencuit bahunya.
"Psst Hana. Akak ada berita hangit nak story ni" bisik Kak Ifa kepada anak yang sedang tekun menaip itu.
"Amboi, Kak Ifa. Awal pagi dah nak membawang. Saya baru nak asah pisau" seloroh Hana sambil pusing menghadap Kak Ifa yang bertenggek dimejanya.
"Ish, kak ni. Merapu pula. Ni akak nak cerita. Ada manager baru yang lapor diri kelmarin." Cerita Kak Ifa dengan semangat.
"So? Apa yang bestnya kalau ada manager baru?" Soalan Hana dengan dahi yang berkerut.
"Takkan tak dapat tangkap lagi? Maksudnya manager baru tu hensem nak mati. Dengar cerita dari baru transfer dari hotel di UK. Lagi satu, dengar kata dia graduan Harvard, kau." Lagi excited Kak Ifa bercerita sambil menampar bahu Hana.
Hana apa lagi, dia dah tersengih-sengih mendengar gosip Kak Ifa. Semua pekerja di Hotel Zeus tahu Kak Ifa presiden bawang. Kalau Kak Ifa presiden dia mestilah pembantu presiden. Muahahahhah.
Apa ingat si Hana ni pekerja yang cemerlang, dia tak membawang ke? Inilah kerjanya kalau tak banyak kerja dan bila Tengku Naufal tiada. Ingat dia baik sangat ke nak duduk saja di meja kerjanya sepanjang masa.
Bila dia bosan mulalah dia nak merewang ke serata tempat. Dengan makcik cleaner pun dia boleh huat
"Ala, ruginya Hana tak tengok dia dulu." Kata Hana dengan nada sedih yang dibuat. Saja drama.
"Takpa Hana, Hana boleh tengok dia hari ini. Sebab dia dah start kerja hari ni" kata Kak Ifa dengan ceria.
"Iye ke. Wah, akak kena tunjuk dia kat saya lunch nanti. Kalau boleh ajak lunch sekali." Ulat bulu dah naik daun. Mulalah Hana nak menggedik.
"Jangan kata tunjuk. Nanti akak bawa dia terus jumpa kau" kata Kak Ifa dengan bangga.
Hana hanya tersengih sambil menepuk tangan perlahan.
"Ehemm" dehem seseorang.
Terus tegak badan Hana apabila mendengar deheman itu. Air liur ditelan dengan kasar. Susah rasa. Macam inilah orang yang kantoi buat kerja jahat.
Hana memusingkan badan dengan perlahan. Menghadap bosnya yang berdiri di hadapan meja kerjanya.
"Eh, bos rupanya. Kenapa bos? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Tanya Hana lalu bangun dari kerusinya. Suaranya dia dilembutkan ketika menyoal bosnya.
Kak Ifa dah lama cabut lari tadi. Tak guna punya presiden bawang. Dia tinggalkan aku sorang menghadap semua ini.
"Kalau saya bergosip boleh rugi 1 juta tapi kalau awak yang bergosip, awak rugi apa eh?" Soal Tengku Naufal sambil berpeluk tubuh. Muka serius sengaja ditayangkan.
"Maaf bos" mukanya ditunduk.
"Saya bukan nak marah awak. Tapi tadi kan saya minta awak ambilkan file kat saya. Berkurun haa saya tunggu dalam bilik tu" kata Tengku Naufa dengan geram. Nadanya cuba dikawal.
Hana menepuk dahi perlahan. "Ya Allah saya terlupa" tangan Hana terus sibuk mencari fila dalam timbunan file yang lain di atas mejanya. Memang tunggang langgang mejanya sekarang. "Semua ni kak Ifa punya pasal haish" mulutnya mengomel sama sibuk dengan tangannya mencari file.
"Haa dah jumpa. Nah bos" kata Hana dengan gembira. File tersebut diserahkan kepada Tengku Naufal.
"Thanks" ucap Tengku Naufal lalu berlalu pergi.
Speechless sebentar Hana disitu. "Okay" tanpa apa-apa Hana pun terus menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
####
"Hana! Hana!" Panggil kak Ifa dengan excited. Tanganya menepuk kasar bahu Hana.
"Adoi akak. Sakitlah" adu Hana dengan geram. Mahal tau bahu aku ni. Sesuka hati dia saja tampar bahu mahalnya itu.
"Kamu tak ada nak sakit ni. Ni, akak dah adjust dengan manager baru tu. Dia setuju nak lunch sekali dengan kita. Bolehlah Hana berkenalan dengan dia" beritahu Kak Ifa dengan ceria.
Muka Hana sudah terpancar riak kegembiraan disitu.
"Tunggu apa lagi. Jom kita gerak sekarang" Hana terus mengambil beg tangan di bawah meja lalu bangun.
"Amboi, tak sabar nampak. Yalah kejap akak pergi beg akak" ujar kak Ifa.
Manakala Hana menunggu kak Ifa dihadapan lif.
####
Mereka berdua sabar menunggu si manager baru yang lambat itu di restoran Rara. Restoran yang berdekatan dengan Hotel Zues itu memang menjadi tempat tumpuan pekerja hotel untuk makan tengah hari. Sebab itu sekarang restoran itu penu dengan orang.
"Ish mana manger baru tu akak. Hana dah lapar ni" kata Hana dengan berang. Makanan sudah terhidang diharapkan mereka. Hanya tunggu si prince charming itu.
Kak Ifa tidak menjawab soalan Hana. Matanya terpandang kelibat seseorang yang ditunggu. Tangannya diangkat melambai kepada orang itu.
"Maaf kak Ifa. Ada hal emergency tadi" kata lelaki itu dengan rasa bersalah.
"Eh takpa. Kita orang pun baru sampai saja ni" kata Kak Ifa.
'Iyalah tu baru sampai. Aku dah kebulur teruk ni' kata Hana dalam hati dengan geram.
"Haa ini akak kenalkan pembantu Tengku Naufal, Nur Hana nama dia. Hana, inilah manager baru tu, Hairul Naim" ujar Kak Ifa sambil menunjuk ke arah Hana yang cemberut itu. Tak cover langsung.
Hana terus mengangkat kepalanya memandang lelaki itu. Mereka bertukar senyuman.
"Hana" Hana memperkenalkan diri.
"Hairul Naim tapi boleh panggil saya Hairul" ujar Hairul.
Hanya mengangguk kepalanya. "Eh jemputlah duduk. Awak dah order ke belum?" Pelawa Hana.
"Dah order" ujar Hairul lalu mengambil tempat disebelah Hana.
Maka mereka makan sambil berborak hal-hal semasa. Gosip sudah tentu.
YOU ARE READING
My Hana
RomanceBerkhidmat selama 6 tahun di sebuah syarikat perhotelan yang dikendalikan oleh seorang usahawan muda Tengku Naufal membuatkan Nur Hana mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Dia mengambil keputusan untuk berhenti disebabkan ingin melanjutkan...