"Eh abang Adam buat apa kat sini pagi-pagi ni?" Tegur Hana ketika dia hendak keluar untuk pergi kerja.
"Tengku tak inform Hana ke? Dia suruh abang Adam jemput Hana pergi office" ujar abang Adam iaitu driver Tengku Naufal.
"Tak adalah pulak."
"Tengku terlupalah tu. Jomlah kita gerak sekarang." Ajak abang Adam lalu terus membuka pintu kereta.
Hana pun terus masuk ke dalam kereta setelah menguci pintu pagar rumahnya.
"Pelik. Tak pernah bos suruh abang Adam ambil saya dekat rumah. Ni mesti ada apa-apa ni" ujar Hana dengan pelik.
"Itulah abang pun hairan. Semalam dia call abang suruh ambil Hana. Abang tak tanyalah pulak kenapa."
"Haa satu lagi, Tengku suruh bawa Hana pergi breakfast. Hana nak makan di mana?" Soal abang Adam tanpa memandang Hana. Matanya difokuskan kepada pemanduan.
"Aik? Lagi pelik ni. Dah kenapa dengan Tengku tu? Kena sawan angin monsun barat daya ke macam mana? Baik abang Adam bagi tahu sebab kenapa" ugut Hana. Badannya dikalih menghadap abang Adam.
"Sumpah abang tak tahu. Abang hanya ikut arahan Tengku saja" kata abang Adam sambil mengangkat tangan kirinya tanda sumpah.
"Hurmm" Hana masih curiga. Dalam fikirannya ligat berfikir arahan pelik Tengku Naufal yang tiba-tiba berbuat baik dengannya.
"Ala Hana, tak payah fikir banyak-banyaklah. Tengku nak belanja. Terima sajalah." Ujar abang Adam.
"Yalah. Haa tunggu apa lagi, jom pekena roti canai" ajak Hana dengan ceria. Dilupakan terus pasal Tengku Naufal. Yang penting perutnya kena isi dulu.
"Jom" pedal minyak terus ditekan menuju ke kedai mamak.
####
Seperti biasa bila sampai office Hana akan mengemas terlebih dahulu bilik Tengku Naufal selepas itu barulah dia akan membuat kopi tarik yang kaw untuk bosnya. Hehehehhe
"Morning my honey bunny. How are you today" sapa Akmal lalu terus menempel di sebelah Hana yang sedang membancuh kopi tarik kawnya itu.
Kepala Hana dipusing seolah-olah sedang mencari sesuatu.
"Hana cari apa?" Soalan Akmal dengan pelik.
"Honey bunny kau. Tak ada pun kat sini" kata Hana dengan selamba. Tangannya masih sibuk mengacau kopi dalam cawan.
"Hahahaha, Hana buat kelakar waktu pagi" perli Akmal dengan ketawa besarnya.
"Anjir" maki Hana.
"Oit, awal pagi dah maki. Advance."
"Kau ni tak ada kerja ke? Mengacau orang jaa kerja kau" tempelak Hana.
"Awal lagilah honey. Chill. Mulakan pagi anda dengan senyuman." Ujar Akmal sambil tersengih.
Bila tengok Akmal yang sedang tersengih macam kerang busuk tu buatkan Hana ketawa kecil. Kepalanya digelengkan melihat telatah Akmal.
"Ehem" deheman seseorang mematikan ketawa mereka.
"Ehh bos" terkejut Hana melihat Tengku Naufal yang sedang bersandar dimuka pintu pantry sambil berpeluk tubuh.
"Lama betul awak buat coffee saya" tanpa nada Tengku Naufal berkata.
"Eh dah siap ni bos. Kawan bos ni haa mengacau saya. Terbantut kerja saya, bos" adu Hana lalu terus mengangkat cawan itu untuk diberi kepada Tengku Naufal.
Sebelum beredar sempat dia menjelir lidah kepada Akmal tanpa Tengku Naufal perasan.
Akmal hanya ketawa kecil melihatnya.
Tengku Naufal hanya menjeling kecil kelibat Hana yang lalu disebelahnya.
"Yang kau ni pagi-pagi bertenggek kat sini dah kenapa" sindir Tengku Naufal.
"Eh aku kat sini nak minum air ni haa" dalih Akmal sambil mengakat cawan minumannya.
"Nak minum buat cara nak minum air" tempelak Tengku Naufal sebelum beredar.
####
Badannya ditempatkan ke kerusi kulit dalam officenya. Dalam kepala dia teringat adegan antara Akmal dan Hana.
Tiba-tiba dia berasa tidak suka melihat adegan tersebut. Kalau ikutkan tadi rasa nak dimaki hamun Akmal yang nampak sangat obvious cuba memikat Hana.
Bukan dia tak tahu Akmal ada hati dekat Hana. Rakannya itu pernah luah yang dia ada hati pada Hana.
Tangan dikepalkan tanda geram. Timbul urat-urat di pergelangan tangan.
Tok..tok..tok
Ketukan pintu mematikan lamunan Tengku Naufal. "Masuk" arahnya.
Hana masuk dengan sopan, dia terus menuju ke meja Tengku Naufal lalu duduk.
Tengku Naufal membetulkan duduknya. Matanya difokuskan kepada Hana.
Hana pun membaca jadual Tengku Naufal. Tapi dia berasa tidak selesa kerana mata Tengku Naufal tajam memerhatinya. 'Apahal dengan mamat ni. Selalu buat tak layan je time aku bercakap' kata Hana dalam hati dengan gelabah.
"Itu saja bos untuk hari ini." Kata Hana.
Tengku Naufal seolah baru tersedar dari mimpi. 'Itulah kau renung sangat anak dara orang sampai tak ingat dunia.'
"Nanti awak emailkan saya schedule hari ini. Saya nak semak balik" Tengku Naufal cuba nak cover kelakuannya tadi. Sebenarnya dia tak dapat tangkap satu pun apa yang diberitahu oleh Hana.
"Baiklah bos" ujar Hana dengan ragu.
"Yang tu saja. Awak boleh keluar" kata Tengku Naufal lalu tangannya sibuk menyelak helaian kertas.
Hana hanya mengangguk. Dia bangun tapi duduk semula bila teringat sesuatu.
"Bos, kenapa bos suruh abang Adam ambil pagi tadi dan suruh dia bawa saya pergi breakfast?" Soal Hana dengan berhati-hati. Takut pula Tengku Naufal marahnya.
Terdiam terus Tengku Naufal. Dalam kepalanya ligat mencari alasan.
"Saja. Sebagai balasan terima kasih." Ujar Tengku Naufal. Yang itu sahaja alasan yang difikirkannya. Dia pun tak tahu kenapa dia buat macam itu
"Okay. Kalau macam itu, terima kasih bos untuk pagi tadi" ucap Hana lalu tersenyum manis.
Terpana Tengku Naufal melihatnya. Kenapa sebelum ini dia tak pernah nampak senyuman itu?
"Saya keluar dulu bos" pinta Hana lalu bangun.
Tengku Naufal hanya mengangguk kepalanya. Ekor mata memerhati kelibat Hana yang melangkah keluar.
Sebaik sahaj Hana keluar, dia membuka laci mejanya. Ditarik keluar sepucuk surat.
Lalu dibuka surat itu dan terpaparlah surah peletakan jawatan dari Hana.
Kelmarin tanpa sengaja dia terjumpa surat itu ketika mencari sebuah file di meja Hana. Hana ketika itu tiada di mejanya.
Terkedu dia ketika melihat isi surat itu. Tak sangka yang Hana ingin berhenti kerja dengannya.
Hatinya berdetak laju. Rasa tidak sanggup baginya untuk Hana berhenti kerja. Dia masih memerlukan khidmat Hana.
Hana seorang saja yang memahaminya.
Jadi dia perlu memastikan Hana sentiasa berada di sisinya. Tekad Tengku Naufal. Digenggam erat surat itu.Bunyi interkom menyenangkannya, terus diangkat panggilan itu.
"Bos, jangan mengelamun banyak sangat nanti rugi 1 juta. Saya mengelamun tak apa sebab tak rugi apa-apa. Kalau bos yang termenung bankrupt hotel bos" terus panggilan dimatikan oleh Hana. Hatinya berdebar teruk. Gila tak berdebar kau, first time dia sound Tengku Naufal.
Risau pulak dia lihat Tengku Naufal banyak mengelamun. 'Harap bos tak sound aku balik' doa Hana dengan penuh mengharap.
Manakala Tengku Naufal tersenyum kecil ketika mendengar kata-kata Hana. Dia menggeleng kecil.
'Hana...Hana... sentiasa menghiburkan'. Tengku Naufal terus menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
YOU ARE READING
My Hana
RomanceBerkhidmat selama 6 tahun di sebuah syarikat perhotelan yang dikendalikan oleh seorang usahawan muda Tengku Naufal membuatkan Nur Hana mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Dia mengambil keputusan untuk berhenti disebabkan ingin melanjutkan...