s a t u

1.7K 109 28
                                    

peluh membasahi dahi lelaki itu kerana peristiwa hitam yang asyik menyelubungi mimpi malamnya. hampir setiap hari dia mimpikan benda yang sama.

" kau memang tak guna perempuan ! "

perempuan yang sama datang dalam mimpinya. perempuan itulah yang menyebabkan dia bencikan semua perempuan. baginya semua perempuan sama saja.

" seonghwa hyung ? bangunlah "

yunho mengejut seonghwa yang masih mengigau. dia tahu kerana sudah lama dia berkawan dengan seonghwa. semua peristiwa lalu mereka dikongsi bersama.

" jangan sentuh aku ! kau jijik "

seonghwa meronta ronta dalam tidurnya. ketika itu semua member ateez datang kerana terkejut mendengar suara jerkahan seonghwa. hongjoong percikan air dan seonghwa terjaga.

" kau mimpi lagi ? " , soal hongjoong.

seonghwa mengangguk perlahan. jongho memeluk tubuh seonghwa yang sejuk kerana ketakutan. macam macam benda mereka lakukan untuk pulihkan seonghwa tetapi tidak berjaya.

" sudah. kita semua kena tidur sebab esok sekolah " , san menepuk lembut bahu mingi untuk keluar dari bilik itu.

" aku tahu kau kuat seonghwa. jadi lawan peristiwa tu " , yeosang memberi semangat.

seonghwa menutup matanya dan masih teringat perempuan yang pernah buatkan hatinya tertutup untuk mencintai wanita. tiba tiba dia menangis.

" aku benci perempuan tu ! "

sudah 2 tahun dan mulutnya masih mengucapkan kata kata itu. yeosang dan yunho memeluk seonghwa dan cuba memberinya semangat.

wooyoung baru saja pulang dari kelab malam kegemarannya. terjengket jengket wooyoung masuk ke rumah kerana takut kantoi.

" baru balik jung wooyoung ? " , satu suara menyapanya dalam gelap.

kemudian , satu rumah itu menjadi terang benderang dan terlihat hongjoong berpeluk tubuh di tangga. wooyoung tersengih seperti kerang busuk.

" kau pergi kelab malam lagi ? dah puas berjoli dengan pelacur dekat sana ? "

jongho dari jauh tertawa melihat wooyoung ditarik telinga oleh hongjoong. walaupun wooyoung bencikan perempuan , dia masih melayan perempuan di kelab malam.

" ampunkan wooyoung ! "

" pergi masuk bilik , mandi then tidur "

serius wajah hongjoong berkata. sudahlah dia diberi tanggungjawab untuk menjaga budak budak ni. lepastu boleh pula buat perangai balik lambat.

" tapi jangan bagitahu omma "

hongjoong mendengus geram. wooyoung ini sangat hormatkan omma appa nya dan tidak mahu mereka susah hati dengan wooyoung. hongjoong hanya mengiyakan sahaja kata kata wooyoung.

" sayang hyung ! " , wooyoung mencium pipi hongjoong.

" wah gay detected " , san menangkap gambar wooyoung mencium hongjoong.

habis hongjoong mengejar san di dalam rumah 3 tingkat itu. sudah 2 pagi dan mereka masih aktif seperti biasa. tidak sedar esok hari persekolahan.

____________________________________

" ren oh ren ! bangunlah perempuan hodoh ! aku micha yang comel sudah penat kejut kau "

micha mengetuk senduk pada kuali di telinga ren. ren menendang micha jauh darinya dan menutup telinganya dengan bantal.

kemudian , wyna baru sahaja bangun kerana terdengar bunyi bising dari bilik micha dan ren. dia melihat munhee yang sibuk menyikat rambutnya dan sudah bersiap berpakaian sekolah.

" sekarang dah pukul berapa ? aku mengantuk nak mampos ni "

" siapa suruh layan kdrama semalam ? "

munhee mengutuk wyna kerana suka sangat bising pada tengah malam butaa. kejap menangis , kejap gelak. dah macam orang gila wyna ni.

" anak anak dah bangun ke ? "

suara ara kedengaran di pintu bilik mereka. sebaik sahaja chunae buka pintu , wyna membaling bantal ke wajah chunae. digustinya wyna sehingga lelah budak tu.

" mana hana dengan yuna ? aku tengok dua eko tu tak ada pun " , micha datang membawa kuali dan senduknya.

" dorang dua sibuk masak " , kata munhee.

mereka semua tertawa mendengar hana masak. iyalah , selalunya yuna yang rajin masak tetapi keluar nama hana pula yang masak. rasanya boleh meletup rumah ni.

" kejap , hana masak ? kau serius lah ? kau buat lawak apa pagi pagi buta ni ? " , ren sudah tertawa seperti orang gila.

" dia suruh yuna ajarkan. sudah lah semua pergi mandi sekarang sebelum aku terajang sekor sekor "

semua kalut keluar dari bilik wyna dan munhee. setiap hari datang lewat ke sekolah dah menjadi perkara biasa buat mereka. denda yang sama cuci tandas.

" munhee , mana budak budak tu ? " , soal yuna sebagai anggota paling tua selain wyna dan munhee.

" dorang baru kalut nak mandi. baguslah cuci tandas lagi sampai tandas rumah pun tak sempat nak cuci "

hana sibuk menyusun pinggan di setiap meja untuk mereka berlapan. makanan yang dihidangkan seperti biasa nasi goreng kimchi.

" sebenarnya pengetua nak jumpa kita kejap lagi. jadi kita kena cepat "

" kenapa pula orang tua tu nak jumpa ? " , sampuk ara yang turun bersama yang lain.

" kau takkan tak tahu orang tua tu nak mengatal dengan chunae "

chunae memandang tajam ke micha yang suka mengacaunya. memang pengetua sangat miang dengan mereka sehingga ren terpaksa mengugut pengetua.

" korang kenal kan ateez ? i mean badboy , fuckboy yang femes dekat sekolah kita tu ? takkan tak kenal "

" i want to be a fuckboy ~ " , ren menyiku perut micha.

" kenapa dengan dorang ? " , soal ara.

kumpulan ateez yang cukup dikenali di sekolah tinggi seoul. perangai mereka yang cukup anti dengan perempuan. tiada perempuan yang berani dekatkan diri dengan mereka walaupun wajah yang kacak.

semua orang tahu ateez berasal dari keluarga yang kaya dan ternama. pengaruh mereka cukup besar di bandar seoul itu. siap ada kelab peminat sendiri iaitu atiny. tapi jangan harap peminat mereka dilayan seperti teman wanita mereka.

" lepastu apa kerja kita ? " , soal chunae.

yuna tersenyum sinis teringatkan misi yang perlu mereka lakukan. yuna cukup suka bermain permainan ini dengan badboy.

" ini permintaan omma appa ateez. jadi kita sebagai agent yang hot-- kejap apahal aku nak tergelak ? "

yuna menutup mulutnya kerana hampir tertawa dengan kata kata sendiri. munhee menampar kepala yuna yang suka sangat main main.

" okey , sakit lah tak guna. okey fokus yuna fokus "

" aku rasa yuna ni dah gila sejak tak balik akademik " , chunae berbisik dengan ren.

akademik yang dimaksudkan ialah akademik agent yang ditubuhkan oleh pihak perisikan seoul. gadis gadis yang terpilih sahaja yang akan masuk ke akademik itu.

" like pengetua cakap dekat hana , kita kena bukakan pintu hati ateez untuk mencintai perempuan semula "

" eh ? ! "

____________________________________

bersambung...

[c] Badboy Anti Perempuan [ Ateez ]Where stories live. Discover now