s e p u l u h

962 85 23
                                    

" kalau semua nak selamat , tunduk ! "

lelaki yang memakai topeng itu berkata dengan memegang senapang. dia membawa 10 orang lagi orang suruhannya untuk mengepung ateez holding's.

ateez juga tertunduk tunduk di bawah meja kerana takut ditembak. hongjoong mahu menelefon ren tetapi line telefonnya tidak berapa bagus.

" aku nak dokumen tu " , lelaki itu menghulurkan tangannya pada yunho.

" apa kau ni ? dokumen apa ? "

lelaki itu menarik rambut yunho sehingga terbangun dia dari tempatnya. mahu sahaja jongho menolong tetapi kepalanya sudah diacukan senapang.

orang suruhan lelaki itu menyelongkar laci meja ateez untuk mencari dokumen pewaris itu. habis berselerak bilik mereka semua.

" tak ada guna korang cari dokumen tu " , kata san perlahan.

" apa maksud kau ? ! mana dokumen tu ? ! "  , san hanya tertawa mendengar soalan lelaki itu.

san bangun perlahan lahan dan mendekati lelaki yang menarik rambut yunho itu. mingi dan yeosang berada di belakang san untuk melindunginya.

" dokumen tu selamat dengan isteri isteri kami " , kata san.

" kalau kau nak , lawan dengan isteri kami dulu " , sambung yeosang.

terus terlepas tarikan rambut yunho kerana terkejut dan sia sia sahaja mereka pecah masuk ateez holding's sedangkan dokumen itu ada bersama isteri mereka.

tiba tiba terdengar bunyi tembakan dari luar dan bunyi jeritan staff dan kakitangan di syarikat itu. tersenyum sinis ateez kerana tahu siapa yang datang.

" isteri kita datang " , wooyoung tersenyum lalu mula bangun untuk sertai san.

" jadi bersedia tempah kubur sendiri " , hongjoong dan seonghwa serentak berkata.

" jom- jo- blah " , lelaki itu menolak nolak orang suruhannya itu beredar.

tetapi belum sempat mereka mahu keluar , isteri isteri ateez sudah tersenyum sinis di hadapan mereka itu. satu tumbukan diberi dari ren dan micha pada ketua penculik itu.

yuna dan wyna mengunci tangan mereka kemudian ara dan hana mengikat tangan mereka semua. bersorak sorak ateez seperti mereka pula gadis gadis disitu.

" korang ni sebenarnya siapa ? "

satu soalan diajukan pada mereka dan gadis gadis itu memandang ren. ren tidak tahu mahu berkata apa kerana misi mereka belum selesai untuk menangkap pesaing ateez.

" mereka ni sebenarnya agent " , sampuk seorang gadis dari pintu bilik.

terkejut ateez melihat kesemua ex girlfriend mereka berada disitu. wooyoung pula mahu menumbuk gadis yang pernah dicintainya dahulu.

usai mengikat orang suruhan itu di satu tiang besar , mereka mengorak langkah mendekati ex girlfriend ateez dan ternyata betul lah kata yuna tentang gadis yang bertengkar dengan seonghwa hari tu.

" apa perempuan perempuan tak guna buat dekat sini ? " , soal yeosang.

chunae masih fokus mencari maklumat sebaik sahaja ex girlfriend itu masuk. semua lokasi dan cctv dapat dikesan dengan cara chunae scan wajah kesemua perempuan itu.

" betul cakap kau yuna , perempuan ni " , kata ara dan cuba mendekati ex wooyoung itu.

" seperti yang aku dapat , dorang pesaing tu ! " , jerit chunae dari jauh.

sebaik sahaja menerima maklumat , mereka terus berlawan antara satu sama lain. ateez pula sudah takut kemudian melihat chunae yang tenang mencari maklumat di laptop.

micha dengan penuh tak sabar menumbuk bertalu talu wajah ex wooyoung disitu sehingga wooyoung pun sudah hampir pengsan dengan kelakuan micha.

yuna menolak ex seonghwa itu kepada seonghwa kemudian dia memegang tangan perempuan itu supaya tidak lari dari yuna. seperti orang gila mereka berdua.

" kau nak dekat seonghwa dulu tapi kau yang sakitkan hati dia ? ! perempuan jenis apa kau ni ? binatang ! " , yuna menumbuk wajah perempuan itu.

seonghwa terkejut dengan kata kata yuna kerana dia tidak pernah lagi menceritakan kisah silamnya pada yuna. yuna masih lagi menumbuk gadis itu tanpa belas kasihan.

suasana disitu masih tidak aman sehingga tuan besar datang bersama agent dan polis yang lain. terus mereka berkelakuan baik dan ateez juga sama.

" tahniah girls. saya bangga dengan kamu semua dan misi ni berjaya "

mereka melompat kegembiraan walaupun kaki wyna luka akibat tersandung di meja jongho tetapi dia masih okey. dipek tubuh tuan besar seerat eratnya.

" terima kasih ateez kerana jaga agent kesayangan saya. saya akan ambil balik agent ni dari kamu semua "

" tak boleh " , dingin percakapan seonghwa.

wajahnya dingin dengan kata kata tuan besar. dia tahu yang dia banyak buat salah pada yuna sepanjang tempoh perkahwinan mereka ini tetapi dia tidak mahu keseorangan lagi.

" tolong tuan jangan ambil dorang ! "

wooyoung dan san siap melutut di hadapan tuan besar. ara dan micha terdiam dengan perbuatan mereka berdua itu. mereka juga tidak mahu tinggalkan suami mereka.

" saya merayu tuan , walaupun kami tak jaga isteri kami dengan baik tapi kami janji lepas ni kami akan buat yang terbaik " , kata hongjoong.

seonghwa terlebih dahulu menarik yuna berdiri di belakangnya. sungguh dia tidak mahu gadis itu tinggalkannya. yeosang juga membuat perkara yang sama.

" yuna hak seonghwa. tak ada siapa boleh ambil dia kecuali park seonghwa sendiri "

tidak pernah mereka mendengar kata kata sebegitu keluar dari mulut seonghwa dan ateez juga terkejut. sempat lagi mingi menepuk bahu seonghwa kerana bangga dengannya.

" baik , saya akan bagi isteri kamu. tapi dengan syarat "

" syarat apa ? " , soal mereka serentak.

" AKU NAK KAHWIN DENGAN MINGI " , terkejut dengan jeritan ex mingi itu.

belum sempat polis dan agent membawanya keluar , munhee terlebih dahulu menampar wajah ex mingi. mingi pula seronok melihat kejafian itu.

" seperti yang tertulis mereka ini akan jadi pemilik dan pelatih akademik. jadi benarkan mereka menjadi agent walaupun mereka berkahwin dengan kamu "

memang sudah tersurat yang mereka akan dilantik menjadi pemilik akademik selepas misi ini. ateez memandang antara satu sama lain untuk memberikan kata putus.

____________________________________

bersambung...

[c] Badboy Anti Perempuan [ Ateez ]Where stories live. Discover now