s e m b i l a n

926 83 11
                                    

dari tadi seonghwa masih jauh termenung. banyak benda yang dia fikir tentang yuna dan dia rasa mereka ini perlu disiasat. hongjoong yang sebilik dengannya pun tidak senang buat kerja sebab dari tadi termenung.

sudah seminggu kejadian pencuri pecah masuk rumah mereka dan ateez masih tidak percaya yang isteri mereka yang berlawan.

" kau okey tak ? kau rindu yuna ? "

seonghwa tersedar dari lamunanya dengan soalan hongjoong. digeleng kepalanya berulang kali dengan wajah yang dingin. hongjoong tahu yang seonghwa ni hati keras.

" hyung yang tua ! jom kita pergi makan ! san lapar ! " , san menerjah bilik mereka berdua.

" eh kau ni. seonghwa hyung aku punya " , wooyoung menolaknya kemudian memeluk seonghwa.

yunho dan yeosang berjalan bersama diikuti dengan mingi dan jongho. masing masing tersenyum walaupun penat bekerja. isteri mereka selalu bertanya walaupun mereka tidak saling mencintai.

" balik ni kita belikan kek untuk dorang. hana ada bagitahu aku yang dia lapar kek cheese " , kata yunho.

hana dari semalam asyik pandang gambar kek cheese di skrin telefonnya sehingga tertodur. hana tidak pernah beritahunya tentang itu tetapi dia perlu melayan keinginan hana.

" aku takut tengok chunae. dari semalam dia tengok aku lain macam " , kata yeosang.

semalam yeosang mahu tidur tetapi chunae berdiri di tepinya sambil memandangnya. seram yeosang melihat chunae begitu.

" chunae ? kenapa dengan dia ? " , soal hongjoong.

" aku tanya ara dia kata chunae period jadi dia takutlah nak tidur dengan aku "

ateez hanya mengangguk sahaja tetapi bagi yeosang ianya kelakar dengan wajah chunae. tetapi yeosang tidak terfikir pun untuk menyentuh isterinya.

" semalam micha dengan aku lawan tumbuk " , selamba wooyoung berkata dengan memanjat meja seonghwa.

" tu bini kau hanat ! " , jerit mereka semua.

" aku sentuh phone dia je pun , macam harimau nak terkam aku "

phone micha berbunyi kerana ada orang telefonnya. baru sahaja wooyoung mahu menjawab , micha sudah menumbuk hidungnya. sebab itulah hari ini dia pakai plaster di hidungnya.

" korang semua tak nak tanya khabar abang seonghwa ke ? dari tadi dia tengok dinding. aku tak tahu la apa yang cantik sangat dinding tu dari yuna " , usik jongho.

semasa mereka bergosip , seonghwa masih dalam dunianya sendiri sehingga tidak lepas matanya memandang dinding. entah apa yang difikir tentang yuna.

" kau tak ingat ke seonghwa ? kau rasa semua perempuan semua sama je kan ? kau tengok apa yang isteri tu dah buat pada kita sampai yunho tak lekang senyuman dia tu " , kata hongjoong.

mereka baru perasan dengan perubahan dalam diri masing masing. yunho dan yeosang dari jejaka yang dingin menjadi jejaka yang banyak tersenyum.

wooyoung tidak pernah keluar rumah sejak berkahwin kerana micha selalu ada dengannya. san selalu ditemani ara bermain game.

tetapi seonghwa masih sama. kini dia lebih banyak mengelamun dan tidak banyak merungut tentang yuna. yuna pula selalu bertanya khabar seonghwa.

" kau tak rasa yang kita semua ni dah jatuh cinta ? " , soal hongjoong balik.

ateez memandang antara satu sama lain. seonghwa masih tidak percaya dengan penyataan itu kemudian keluar meninggalkan mereka.

" aku rasa ego seonghwa hyung masih tak tertunduk " , kata san.

" aku harap yuna dapat buat seonghwa tundukkan ego dia dan gaya badboy dia tu macam wooyoung dengan yunho " , pening hongjoong.

" wooyoung fuckboy lah hyung "

wooyoung dipandang tajam oleh mereka kemudian jongho menarik telinga wooyoung keluar dari bilik pengarah urusan. seonghwa sudah menunggu di kereta.

____________________________________

" kau tak rasa ni ada kaitan dengan pesaing ? i mean kita tak tahu siapa pesaing tu. adakah dia kawan , family sepupu sepapat atau- "

" atau ex girlfriend ateez ! " , sambung micha.

mereka berpandangan antara satu sama lain dan tidak pernah terfikir pun yang pesaing itu ex girlfriend ateez. ren cuba mencari data data ateez dan hubungannya sebelum ini.

" aku tahu mesti salah seorang perempuan yang berdendam dengan ateez. tapi ex siapa ? " , soal micha sendirian.

memang suami suami mereka cekap bermain ganti perempuan. tetapi masalahnya terlalu banyak maklumat tentang ex girlfriend ateez.

" aku tak sangka ramai perempuan simpanan dorang " , terlopong ren melihat senarai nama berikut.

masing masing mempunyai lebih dari 10 orang ex girlfriend dan semuanya cantik cantik belaka.

" korang rasa ex siapa yang pesaing ? yang ketua ? "

" cuba kau tengok senarai wooyoung. aku tahu yang wooyoung ni playful dengan semua perempuan " , kata micha.

ren mencari perempuan di senarai wooyoung sehingga lah yuna menyuruhnya berhenti. seorang perempuan yang pernah dilihatnya bersama seonghwa.

" aku rasa aku pernah nampak perempuan ni dengan seonghwa tapi aku nampak dorang macam bertengkar hari tu "

yuna teringat ketika dia diajak keluar makan bersama seonghwa dan ketika dia menghubungi ara , dia ternampak seonghwa bersama perempuan itu. wajah seonghwa tampak marah ketika itu.

" jadi kau rasa perempuan ni pesaing ? " , soal hana.

" perempuan akan target orang yang berjawatan tinggi. wooyoung jawatan dia lebih rendah dari yunho jadi siapa yang paling tinggi di ateez holding's ? "

" seonghwa dan hongjoong " , jawab mereka serentak.

kunci kereta dicapai ren kemudian mereka memandu ke ateez holding's untuk melihat keadaan suami mereka. tiba tiba telefon yuna berbunyi. pemanggilnya tidak dikenali.

" risaukan tuan park seonghwa ke ? jangan risau dia selamat dengan saya. oh ya ! bagitahu ren , encik hongjoong pun selamat "

panggilan itu diakhir dengan suara ketawa ateez berada jauh dengan perempuan itu. hati mereka sudah rasa tidak keruan dengan keadaan yang akan berlaku sebentar lagi.

" chunae , pasang penjejak lokasi dekat telefon ateez "

____________________________________

bersambung...

[c] Badboy Anti Perempuan [ Ateez ]Where stories live. Discover now