Prolog

595 7 1
                                    

Aisya Warda mengeluh lemah di atas katilnya. Selepas membuka tudungnya, terus dia baring di katil. Sungguh dia penat menghadap semua ini. Dah banyak kali dia cari kerja, tapi satu pon tak dapat. Siapa cakap belajar tinggi tinggi sekarang ni senang nak dapat kerja. Bagi Aisha, semua tu bukan sesenang dahulu. Dulu kalau dapat masuk universiti memang terus dapat kerja. Tapi sekarang, berapa banyak dah tempat Aisya pergi dengan ijazahnya, satu pun tak dapat. Kata mereka semua kene berpengalaman dahulu.

Ehh kalau semua tempat nak pengalaman celah mana dia nak dapat kerja. Pening kepalanya. Haishh...

Sedang sedang memikirkan masalahnya, tiba tiba handphone nya berdering. Dengan malas dia lihat kepada pemanggil. Setelah melihat nama itu, terus dia tersenyum dan cepat cepat dia mengangkat handphonenya.

"Hello awakk...." Jawab Aisha manja.

"Hello sayang... Buat ape tuuu..." Sapa suara di sebelah.

"Hmmmm awakk... Saya tengah baring ni. Awakkkk.... Saya penat laaa macamni. Hari hari hadap benda sama jaaa. Bukannya dapat kerja pun.." kata Aisha.

"Sabarlah sayang... Nanti ada lah tu rezeki. Takda rezeki lagi kan. Lagipun tak semestinya sayang mintak kerja tu based on your course. Cuba try mintak kerje biasa biasa je dulu. Mana tahu dapat. Kan?"

"Hmmm tengok lah dulu macam mana. Sorry kacau mood awak." Kata Aisha lagi.

"Sokay. Saya tak kisah lah..." Jawab lelaki itu.

"Okay kalau macamtu Aisha nak mandi dulu tau. Babai awakkk..." Kata Aisha lagi. Selepas itu dia matikan talian telefonnya.

Aisha tersenyum sendirian. Hilang penatnya bila ada teman lelakinya itu ada di sampingnya. Walaupun berada jauh daripadanya, tapi tetap support nya dari jauh.

Alif, teman lelakinya yang dia jumpa semasa belajar lagi. Yang selalu ada dengannya ketika susah dan senang suatu ketika dahulu. Dan sekarang masih bersama. Sungguh dia sayangkan Alif.

Namun panggilan Aisha kepada Alif hanya awak atau namanya sahaja. Baginya mereka masih belum berkahwin, lagipun dia geli dengan panggilan pelik pelik ni. Tapi dia tak kisah kalau Alif memanggilnya sayang. Dia lagi rasa disayangi bila Alif memanggilnya begitu.

Selepas menutup panggilan, Aisha terus ke bilik air untuk mandi. Aisha tinggal di apartment yang dikatakan mewah. Walaupun tidak bekerja, ibu dan ayahnya yang menyuruh Aisha duduk di situ. Walaupun beberapa kali Aisha menolak, keluarganya tetap menyuruh Aisha tinggal di situ.

Awalnya Aisha hanya nak ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja setelah berpenat mencari kerja di tempat asalnya. Aisha hendak berdikari sahaja di sana tapi ibu dan ayahnya beria menyuruh Aisha tinggal di rumah itu. Bagi mereka biarlah anak mereka itu tinggal dengan selesa walaupun duduk seorang diri. Rumah itu juga telah ibu dan bapanya yang membayar sewa. Aisha akur sahaja tapi selepas itu dia pasti akan membayar balik duit ibu dan ayahnya setelah dia mendapat kerja dan akan membayar sendiri sewa rumah itu.

Selesai mandi, Aisha bermain dengan telefonnya, kemudian dia memikirkan tentang apa yang Alif bagitahu tadi. Ya dia tak boleh terlalu memilih kerja. Sepatutnya terima sahaja mana mana kerja dahulu. Lagipun duit belanjanya jugak dah nak habis. Dia kene kerja untuk menampung hidupnya.

Sambil sambil scroll laman social, tiba tiba dia ternampak sesuatu. Matanya terbuka luas. Yes!!! Fikirnya dalam hati. Terpampang di situ ade jawatan kosong. Walaupun kerjanya 7 Eleven sahaja tapi Aisha tetap suka. Bukan sebab apa, sebab tempat kerjanya dekat sahaja dengan rumahnya itu. Memang ada 7 Eleven berhadapan dengan apartment dia. Hehehe.

Cepat cepat Aisha mengambil nombor telefon pengurus itu.

Setelah bermesej dengan pengurus itu, akhirnya dia mendapat jawapan supaya ke temuduga dahulu pada hari esok.

Jiran Sebelah RumahWhere stories live. Discover now