Bab 4

162 3 0
                                    

"Awak tidur dengan saya malamni?" kata Aisha.

Mata Ian membulat. "Maaa maksud kkk kkau, aku tii tidur sebelah kau ke?" tanya Ian tergagap gagap. Kalau itu yang Aisha nak, memang kenalah Aisha itu nanti.

Aisha cepat cepat bangun dari pembaringannya. "EHhh takkk bukan macamtu. Maksud saya awak tidur dengan saya. Bukan sebelah tapi dalam bilik ni. Saya takut lagi. Saya tak tahu nak mintak tolong sapa lagi. Awak boleh tidur kat sofa sana tu." kata Aisha menjelaskan kepada Ian. Gila ke apa nak suruh Ian tidur sebelahnya.

Ian masih kaku. Masih tak dapat berfikir dengan baik.

Aisha yang melihat Ian hanya berdiam diri itu kembali bertanya.

"Ian boleh tak? Kalau awak tak selesa tidur sofa, sayalah yang tidur sofa. Awak tidur kat katil saya tau." Kata Aisha lagi. Dia sanggup tidur di sofa daripada Ian meninggalkannya malamni.

"Ehh takpa aku okay je. Aku boleh teman kau tidur kat sofa tu. Lagipun esok tak kerja. Takdalah aku terkejar sangat.

Aisha tersenyum lalu bersuara. "Okay terima kasih"

Ian bangun berjalan semula ke bilik Aisha lalu baring di sofa itu. Manakala Aisha juga berbaring di katilnya. Sambil sambil memerhatikan Aisha akhirnya Ian tertidur.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"Ian bangunlah. Dah pagi ni" Aisha mengejutkan Ian yang tengah tidur itu. Lena sahaja nampaknya.

Ian membuka matanya bila terasa dirinya dipanggil. Dia melihat gerangan yang memanggilnya. "Dah pukul berapa Aisha?" tanya Ian.

"Pukul 6. Awak boleh balik rumah awak. Terima kasih teman saya malam tadi. Dan terima kasih jugak sebab selamatkan saya. Kalau awak takda tak tahu lah jadi apa kat saya. Sorry sebab tak dengar cakap awak. Saya menyesal sangat. Dan sorry susahkan awak untuk teman saya" kata Aisha.

Ian tersenyum. "Takpelah aku okay je. Aku balik dulu tau." kata Ian. Aisha membukakan pintu rumahnya untuk Ian. baru sahaja dia nak tutup, Ian menahannya kembali.

"Ehh jap Aisha. Aku takda kunci rumahlah. Malam tadi aku datang ikut beranda sana tu." Kata Ian tersengih.

"So awak nak balik macam mana ni?" tanya Aisha.

"Ikut pintu masuk aku malam tadi ler" kata Ian.

"Ishh bahaya lah Ian. kata Aisha."

"Takdelah. malam tadi aku boleh lompat takkan sekarang tak boleh kan." kata Ian.

Aisha membukakan pintu untuk Ian kembali. Dia mengikuti Ian ke beranda.

"Boleh ke Ian?"

"Boleh je. Jap kau tunggu"kata Ian. Dia naik ke beranda itu dan melompat. Setelah sampai dia berkata kepada Aisha.

"See?" kata Ian.

"Haaa yelah. tapi ni last awak buat. takutlah. takut jatuh"

"Okayy.. Babaiii" kata Ian.

🌸🌸🌸🌸🌸

Aisha sedang memakai tudungnya. Dia bersiap siap nak pergi membeli nasi lemak di bawah apartmentnya.

Setelah selesai dia keluar dari rumahnya dan memakai selipar. Kemudian dia bergerak ke lif.

Dia menekan butang lif. Kemudian menunggu. Lama dia menunggu lif tak terbukak. Monitornya hanya di tinggat 1 sahaja. Aisha pelik.

Jiran Sebelah RumahWhere stories live. Discover now